Pengikut

Lim Guan Eng

Posted by : Admin Direktori Blog | Ahad, 1 Mei 2011 | Published in

sumber :-

Lim Guan Eng


If The Chinese Community Submit To UMNO’s And Chua Soi Lek’s Threats And Vote For MCA For Fear Of Losing Chinese Representation In Government, The Winning MCA Elected Representatives Will Not Be Beholden To The People But Beholden To UMNO.

Posted: 01 May 2011 12:42 AM PDT

MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek and MCA should be condemned for their reckless and desperate racial politics that has given UMNO the opportunity to up the racial ante and deepen racial polarisation in Malaysia. If the Chinese community submit to UMNO's and Chua's threats and vote for MCA for fear of losing Chinese representation in government, the winning MCA elected representatives will not be beholden o the people but beholden to UMNO.

What is the point then of electing wakil rakyat's who neither listen to the people nor do the people's work but will only listen to UMNO and do UMNO's dirty work of corruption and abuse of power. What hope is there for Malaysians, if BN, UMNO and MCA are allowed to continue to steal our children's future?

Clearly Chua is now the historical culprit because his reckless political gamble to claw back lost political support has assisted UMNO top leaders to demonise the Chinese community. Chua's political gamble has also resulted in UMNO top leaders jumping in with the twin racist strategy of threatening the Chinese community with losing representation in government whilst inviting PAS to join UMNO in BN to form a grand coalition of racist and extremist Malays.

The invitation of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to PAS to join BN is not only a betrayal of 1 Malaysia but also a naked attempt to cling on to power by pitting Malays against non-Malays. By also threatening the Chinese community with losing representation in government, UMNO has indicated that MCA's representation is decided by UMNO regardless of their performance. After all whether MCA wins or lsoes big in general elections, MCA still retain the same 4 minor Ministerial posts.

Chua should not to be a sore loser by playing into UMNO's racial politics but instead respect the verdict of the Sarawak people, calling for change with an end to Taib's Rule and corruption as well as implementing good governance. No amount of threats or fear can hide the fact that BN lost support with the popular vote going downby 8% from 63% in the 2006 general elections to 55% on April 16 because the people had enough of corruption,poor governance and Taib's misrule.

Instead of addressing the real message for hope and change by Sarawakians from all races, Chua had tried to distract or cover up the real causes by suggesting that SUPP should withdraw from the state Cabinet following SUPP losses in 13 of the 19 seats in the recent Sarawak state election. However Chua could not respond when challenged why he did not practice what he preached by directing MCA Ministers to withdraw from Cabinet or that the sole MCA State EXCO member withdraw from Perak and Negeri Sembilan State EXCOs.

Instead of directing MCA Ministers or the State EXCOs to withdraw now, Chua is threatening to do so if MCA loses at the next general elections. What is the point of just withdrawing from Cabinet when you do not withdraw from BN? Voters are voting against BN as this is the symbol and not MCA's symbol when contesting in elections. If Chua is sincere, he should direct MCA to withdraw now and also announce that MCA would withdraw from BN if it loses again in the next general elections.

Otherwise this is another desperate and dishonest tactic of fear to intimidate and frighten the voters. Such a tactic goes against the basic tenets of democracy of the freedom to choose without fear of favour. Unfortunately this has also deepened racial polarisation by giving UMNO the opportunity to show that they are ultra-Malay defenders by inviting PAS to join UMNO in BN.

Press Statement By Secretary General Lim Guan Eng In Kuching DAP Forum Released At DAP Headquarters In Kuala Lumpur On 1.5.2011.

—– Chinese Version—–

民主行动党秘书长林冠英于2011年5月1日在行动党吉隆坡总部发表声明:

如果华社屈服于巫统和蔡细历的威胁,因害怕失去政府华裔代表而投选马华, 中选的马华代议士将不会遵从人民,而是遵从巫统。

马华总会长拿督斯里蔡细历和马华必须被谴责,他们不计后果地诉诸种族政治,给巫统一个机会,以种族牌为赌注、加深马来西亚的种族两极化。如果华社屈服于巫统和蔡细历的威胁,因害怕失去政府华裔代表而投选马华, 中选的马华代议士将不会遵从人民,而是遵从巫统。

如果选中一个不听人民的话、不做人民的事,只听巫统的话、和巫统同流合污贪污、滥权的代议士有什么用?如果国阵、巫统和马华被纵容继续窍取我们孩子的未来,那么马来西亚人民还有什么希望可言?

很明显地,蔡细历是历史罪人,因为他不顾一切的孤注一掷,以挽回选票,已经助长巫统最高领袖继续妖魔化华社。蔡细历的政治赌注已经导致巫统最高领袖采用两个种族策略,一边威胁华社会失去政府代表,一边邀请回教党加入国阵巫统,以形成一个庞大的马来种族主义、极端主义联盟。

首相拿督斯里纳吉邀请回教党加入国阵,不只背叛了一个马来西亚,也赤裸裸地展现他企图利用马来人与非马来人之间的竞争来保住政权。巫统威胁华社将失去华裔代表,显示不论马华的表现如何,马华的代表性最终由巫统决定。 毕竟无论马华在来届大选是赢是输,马华还是可以保有四个次要的部长职位。

蔡细历不应该如此沮丧,玩起巫统的种族政治,反而应该尊重砂州人民要改变及终结泰益统治及贪污、同时要求实施良好施政的选择。无论国阵怎样威胁或害怕,事实上,国阵在4月16日获得55%的选票,得票率比2006年的63%下跌了8%,那是因为人民受够了贪污、不良施政及泰益的罪恶统治。

蔡细历不但没有回应砂州各族人民求希望、求变的心声,反而还想转移视线、掩盖事情的原因,并建议人联党退出州内阁,因为人联党在砂州选举竞选19席,输了 13个议席。不过,当他被挑战为什么没有身体力行,指示马华退出内阁,以及霹雳和森美兰两州的行政议员辞职?他却答不出 来。

他不但没有叫现有的马华部长或行政议员辞职,反而是威胁如果马华下届大选惨败才这么做。如果只是退出内阁而没有退出国阵,这有什么意思?选民投选的是国阵,而不是马华的标志。如果蔡细历真的有诚意,他应该指示马华现在就退出内阁,然后宣布来届大选如果再输,马华将退出国阵。

否则,这只是一招不择手段、不诚实的恐吓招术来吓唬选民。这种手段违背民主基本的自由原则,即无畏无惧的选择自由。不幸的是,这也加深了种族两极化,让巫统有一个机会 ,通过邀请回教党加入巫统和国阵,来展示他们才是马来人极端主义的捍卫者。

林冠英

Utusan Hari Pekerja 2011 (bm/cn)

Posted: 30 Apr 2011 09:24 PM PDT

Malaysia Harus Belajar Daripada Korea Selatan Yang GDP Hanya 1/3 GDP Malaysia Sebelum 1970 Kini 3 Kali Ganda GDP Malaysia.

Malaysia harus belajar daripada Korea Selatan yang GDPnya hanya 1/3 Keluaran Kasar Negara atau GDP Malaysia sebelum 1970, kini 3 kali ganda GDP Malaysia. GDP per capita sekarang pun lebih dua kali ganda Malaysia kerana penduduknya 49 juta jauh melebihi 27 juta rakyat Malaysia. Malaysia tidak boleh bergantung kepada alasan mudah kegagalan menandingi Korea Selatan adalah kerana penduduk Malaysia jauh lebih besar.

Salah satu punca utama kebangkitan ekonomi Korea Selatan adalah penekenan dan tumpuan kepada bakat-bakat dan pembangunan sumber manusia. Inilah perkara yang cuba ditutup bahawa kegagalan dasar ekonomi adalah kegagalan satu dasar pelaksanaan dasar sumber manusia yang mementingkan pekerja dan produktiviti. Kegunaan pekerja asing dengan kadar gaji yang murah mencacatkan kenaikan gaji selaras dengan peningkatan produktiviti dan penyelidekan dalam teknologi tinggi. Lagipun latihan semula diberikan bukan kepada pekerja tempatan tetapi pekerja asing yang merugikan negara.

Kesannya, para pekerja, sama ada kolar biru atau kolar putih, terpaksa menanggung beban kesan negatif ekonomi seperti kenaikan harga barang dan perkhidmatan, kedudukan gaji tidak berganjak serta masalah-masalah sosial yang berlaku akibat keadaan semasa.

Laporan terbaru Bank Dunia mengenai Malaysia mengesahkan aliran keluar negara cerdik pandai atau "brain drain" menunjukkan Malaysia kehilangan bakat dan pakar yang mampu meningkatkan kemajuan ekonomi, taraf hidup dan kemakmuran rakyat. Adalah dianggarkan 2 juta rakyat Malaysia telah berhijrah ke Negara lain sejak Merdeka kerana tidak dapat peluang yang sama rata.

DAP kecewa dengan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak laporan Bank Dunia dengan mendakwa "brain drain" bukan punca masalah ekonomi dan pelaburan negara; malah beliau dengan bangga mengatakan aliran masuk pelaburan telah meningkat enam kali ganda tahun lalu berbanding 2009. Menurut Laporan Bank Dunia,

"One out of 10 Malaysians with a tertiary degree migrated in 2000 to an OECD (the club of rich countries, but which does not include Singapore) country – this is twice the world average and including Singapore would make this two out of 10.

"In other words, it is very likely that 20% of our best graduates end up in other countries. The reasons why they leave are also instructive: 66% cited career prospects, 60% social injustice and 54% compensation."

Sungguhpun ketidakadilan social dan dasar-dasar diskriminasi membawa kerugian kepada Negara, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak kerajaan BN. Lihatlah negeri Sabah dan Sarawak yang merupakan fixed deposit atau simpanan tetap BN yang paling miskindan susah sekali. Sabah memiliki 42.9% daripada kadar kemiskinan Negara diikuti oleh Sarawak sebanyak 12%.

Dengan kehilangan 20% daripada golongan pintar kita. sebaliknya Malaysia mendapat lebih 2 juta warga asing yang bekerja di negara ini, di mana 60% hanya kelulusan sekolah rendah dan tentunya tidak mempunyai kemahiran tinggi. Dengan kata lain, tidak hairan mengapa Malaysia tidak dapat mengecapi kemajuan ekonomi yang cergas berbanding dengan Negara jiran, bila Malaysia kehilangan 2 juta rakyatnya berkemahiran tinggi yang digantikan dengan pekerja asing yang 60% adalah berpendidikan rendah.

Keadaan yang tidak seimbang ini memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia. Tetapi kerajaan BN lebih berkemahiran main politik perkauman daripada menarik balik aliran bakat atau pintar ini.

Yang menghairankan, jika begitu hebat kejayaan ekonomi Malaysia, mengapa inflasi dan tekanan kos kehidupan semakin meningkat? Semua orang tahu hari ini harga ikan, ayam, daging, sayur, the tarik, nasi lemak, roti canai, susu tepung dan sebagainya melambung berbanding satu atau dua tahun yang lalu.

Malah, apabila nilai Ringgit semakin kukuh – yang bererti Malaysia sepatutnya dapat mengurangkan daya saing industri eksport dan mengurangkan kadar inflasi kerana barangan import menjadi lebih murah – tidak nampak pula sebarang tanda harga barang dan perkhidmatan turun.

Kerajaan Pusat mengumumkan kadar inflasi negara sejak tiga bulan lalu berada pada tahap 2.8 peratus tetapi setiap rakyat Malaysia yang gigih berusaha mencari nafkah untuk keluarga sedar bahawa harga barang bukan sahaja tidak turun, malah semakin melambung tinggi. Yang sekali lagi menghairankan kita semua, di mana perginya wang hasil pelaburan yang dikatakan meningkat enam kali ganda itu? Sudah tentu ada yang tidak kena.

DAP telah banyak kali menyuarakan usaha supaya gaji dan pendapatan pekerja diberi keutamaan dalam dasar kerajaan. Malah bersama dengan PAS dan PKR melalui Pakatan Rakyat, DAP telah berikrar untuk melaksanakan dasar gaji minimum yang adil mengikut keperluan dan kemampuan ekonomi negara bagi melonjakkan keluar para pekerja yang berada di bawah garis kemiskinan.

BN pun mengaku mahu melaksanakan dasar itu tetapi sampai hari ini, ia masih di peringkat kajian. Tidak pasti sampai bila para pekerja perlu menunggu hasil kajian itu.

Sehubungan dengan itu, DAP merayu kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira sektor, kaum, agama dan jantina supaya berada bersama dengan Pakatan Rakyat untuk mengirak langkah "ubah" bagi memulihkan kembali ekonomi negara yang telah dicacatkan oleh BN.

Melalui Pakatan Rakyat, kita mampu untuk mengembalikan maruah ekonomi negara melalui usaha meningkatkan taraf hidup pekerja, berkongsi kemakmuran negara dan hidup aman harmoni dalam suasana yang stabil dan selesa.

Utusan Hari Pekerja 2011 Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Ibupejabat DAP Di Kuala Lumpur Pada 1.5.2011

——— Chinese version———–

民主行动党秘书长兼巴眼区国会议员林冠英于2011年5月1日在吉隆坡行动党总部发表劳动节献词:

马来西来应该向韩国学习,1970年之前他们的国民生产总值只是我国的三分之一,现在是马来西亚的三倍。

马来西来应该向韩国学习,1970年之前他们的国民生产总值只是我国的三分之一,现在是马来西亚的三倍。韩国人口4900万名,是我国2700万人的两倍,但是其人均国民生产总值却是马来西亚的两倍。马来西亚不能再用因为"我国人口更多"这种藉口来解释为何我们比不上韩国。

韩国经济复苏的其中一个原因是重视专才及人力资源发展。这是政府企图掩饰的事实,经济政策的失败,是因为人力资源政策不重视员工和生产力。我们聘用廉价外劳,扭曲了高科技生产和研究所应相符的工资涨幅。再说,我们提供职业培训给外国员工,而不是本地员工,令国家蒙受损失。

结果,我们的工人,不论是蓝领或是白领,都必须负面经济影响的负担,如物价及服务价格上涨 、工资不调整以及相应而生的社会问题。

世界银行最近关于马来西亚人力外流的报告指出,马来西亚失去很多可以提升国家经济、生活水平及繁荣的人才和专才。估计自国家独立后,因为不公平待遇而移民的国人约200万名。

民主行动党对于首相拿督斯里纳吉拒绝接受世界银行的报告感到失望,首相还说人才外流不是我国经济和投资的主因,相反地,他还自豪地说我国的投资者比2009年增加了六倍。根据世界银行的报告:"2000年,每10名受过高等教育的马来西亚人当中,便有一人移民到-经济合作暨发展组织国家(OECD,富有国家的组织,不包括新加坡),这是其它国家平均的两倍,如果包括新加坡在内,将变成每10人便有两人移民。"

"换句话说,我们优秀毕业生的20%最后移居到其它国家,他们居留海外的原因值得我们省思:66%是为了事业前途,60%是由于社会缺乏公义,54%是为了报酬。"

虽然社会缺乏公义及歧视政策为国家带来损失,但是国阵政府从来没有采取任何行动。看看沙巴和砂劳越,他们被国阵视为"定期存款" ,但是却是最贫穷的。沙巴贫穷率达42.9%,砂劳越达12%。

我国流失20%的人才,却有超过200万外劳在这里工作,当中有60%的外劳只有小学毕业,肯定没有高技能。换句话说,对于马来西亚无法取得和邻国一样的经济成长,一点也不出奇,因为我们流失了200万高技能国民,并以60%低教育水平的外劳取而代之。

这种不平衡的情况带给马来西亚人民负面的影响。但是国阵政府更热衷于玩弄种族政治,而不是吸引人才回流。

更令人惊讶的是,如果马来西亚的经济成就更好,为什么通膨而生产压力不断增加?全部人都知道今天鱼、鸡、肉、菜、拉茶、椰浆饭、煎饼、面粉等等的物价都比两年前还高。

当令吉更加强稳时,意味着入口产品会更便宜,我们应该能够减少出口竞争,减少通货膨胀, 但是,看起来物价和服务价格并没有下降。

联邦政府宣布自三个月前的通货膨胀率为2.8%,但是,每一名努力工作谋生的国人, 都发觉物价不降反而剧增。再一次让我们惊讶的是,纳吉所说的投资六倍增长收入去了哪里?肯定有些不对劲。

民主行动党已经多次发达国家政策必须优先重视员工的薪金和收入问题。 行动党、回教党、公正党通过民联,已经立志会实行公平薪金,依据国家经济的需求和能力,让所有处于贫穷线下的工人走出来。

国阵也曾经宣布要执行这项政策,但是直到今天他们还在研究阶段。我们不确定工人要等他们的研究等到什么时候 。

同时,行动党促请马来西亚全体工人,不分领域、种族、宗教及性别,与民联共同迈向"改变",以恢复被国阵弄垮的经济。

通过民联,我们才能通过提升工人生活水平、繁荣与共及和谐生活,让国家经济恢复尊严。

林冠英

Pelancaran “Peti 3R Setiap 100 Langkah”

Posted: 01 May 2011 01:11 AM PDT

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG DI MAJLIS PELANCARAN "Peti 3R Setiap 100 Langkah" DI PERSIARAN GURNEY PADA 30 APRIL 2011 (SABTU)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis pada hari ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana telah menjemput saya untuk merasmikan dan melancarkan pemasangan Peti 3R setiap 100 langkah di Persiaran Gurney.

Selaras dengan hasrat menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri bertaraf antarabangsa oleh Kerajaan Negeri, pada 22 Mei 2010, program ‘Cleaner Greener Penang’ telah dilancarkan di kawasan Prangin Canal. Demi mencapai hasrat ini adalah perlunya Pulau Pinang menjadi negeri hijau dan bersih.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sisa pepejal dan pembersihan di Pulau Pinang. Pelbagai prasarana telah dijalankan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Pelbagai kempen juga telah dijalankan untuk meningkatkankesedaran di kalanganrakyat mengenai kaedah menguruskan sisa pepejal mereka, mengkompos sisa makanan dan kitar semula sebelum dilupuskan di tapak pelupusan sampah.Atas usaha 3R ini, pelupusan sisa pepejal telah dikurangkan sebanyak 175 metrik tan sehari di Seberang Perai.Pada tahun 2010, kadar kitar semula di kawasan pulau telah meningkat sebanyak 20% dari 80,000 metrik tan pada tahun 2009 ke 100,000 metrik tan.

Sejajar denganmatlamat "Cleaner, Greaner Penang", kita telah melancarkan program "Hari Tanpa Beg Plastik Percuma", " No Polistrin" dan hari ini diikuti dengan program "Peti 3R setiap 100 langkah" yang menggalakkan Kurangkan(Reduce), Guna Semula(Reuse) dan Kitar Semula (Recycle). Ini adalah hari yang amat bersejarah kerana "Peti 3R setiap 100 langkah" adalah kali pertama dijalankan di Malaysia. Sama seperti kempen pengurangan beg plastik dan No Polistrin, Pulau Pinang sekali memimpin negara- Penang Leads!

Peti 3R ini ditaja oleh Syarikat Tye Wei Marketing Sdn Bhd dan ianya merupakan tong kitar semula yang mematuhi semua konsep "Cleaner, Greener Penang" dimana ianya menggunakan "Green Power" (solar energy & LED) untuk mudah dilihat pada waktu malam. Secara tidak langsung ini akan menjimat tenaga eletrik yang selalunya digunakan oleh lampu biasa. Dengan kata yang lain, MPPP tidak perlu menanggung sebarang kos dalam program ini sebaliknya akan dapat untung dari kutipan lesen iklan.

Ini adalah konsep terbaru di Malaysia dan yang pertama di Pulau Pinang.

Peti 3R ini juga akan digunakan oleh Syarikat ICI Dulux dalam menjalankan kempen Go Green kepada orang awam. Dalam kempen ini, Syarikat ICI Dulux telah menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk mengkitar semula tin-tin cat yang telah digunakan. Mereka juga menggalakkan masyarakat mengkitar semula baki cat yang tidak digunakan bagi tujuan untuk dikitar semula.

Syarikat Tye Wei Marketing Sdn Bhd akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat swasta untuk mendapatkan tajaan dari segi pengiklanan. Syarikat ini telah melabur sebanyak RM3 juta untuk pemasangan infrastruktur Peti 3R.

Akhirnya, saya mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha gigih kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Syarikat Tye Wei Marketing Sdn. Bhd yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan Peti 3R setiap 100 langkah di kawasan George Town dan di tempat-tempat lain yang akan ditentukan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang kelak.

Dengan ini saya melancarkan program pemasangan Peti 3R setiap 100 langkah.

Sekian Terima Kasih!

槟州首席部长林冠英于2011年4月30日在新关仔角为"百步环保桶"致开幕词,重点如下:

我们进行了许多醒觉运动,威省的固体废料每天减少了175吨,而槟岛的再循环率提高了20%,从2009年的8万吨增加到2010年的10万吨。

配合绿意槟城的目标,我们进行了无免费塑料袋、拒绝保丽龙餐盒,今天我们也开展了"百步环保桶"的计划,以鼓励减少、再使用及再循环。这也是马来西亚首次进行的措施,与无免费塑料袋、拒绝保丽龙餐盒一样,槟州领先!这些3R桶是由Tye Wei公司赞助,也是遵守绿意槟州理念的再循环桶,采用太阳能及LED灯管,间接节省能源。换句话说,威省市政局不需承担任何费用,反而还可以从中获得广告执照费。

ICI Dulux 公司也使用这个3R桶来推广它的绿色活动。有关公司准备了回收漆桶设施,鼓励公众把所有漆桶以及没有再用的墙漆再循环。而Tye Wei 公司也与将私人公司合作,从中获取广告赞助。

这家公司投资了300万令吉来安装这些再循环设备。

UCAPAN OLEH YAB TUAN LIM GUAN ENG KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH PELANTIKAN YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO’ SERI UTAMA (Dr) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS

Posted: 01 May 2011 12:47 AM PDT

1. Pada saat yang bersejarah dan penuh gilang-gemilang ini, saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Negeri Pulau Pinang dengan segala hormat dan sukacita menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena lanjutan perkhidmatan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas sebagai Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang untuk kali ke-empat. Sesungguhnya, kami berasa amat bersyukur dan gembira kerana Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berdua akan terus menjadi payung kepimpinan kepada Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini.

2. Pada kesempatan ini, sukacita dinyatakan bahawa semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat memrintah Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun telah banyak memberi nasihat, pandangan dan tunjuk ajar dalam membantu pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sehingga kini, rakyat Negeri Pulau Pinang berpuas hati di atas keprihatinan Tuan Yang Terutama Tun. Pentadbiran Kerajaan Negeri juga amat menyanjung tinggi sikap mengambil berat Tuan Yang Terutama Tun yang sentiasa mendampingi seluruh lapisan masyarakat.

3. Negeri Pulau Pinang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang di samping kemajuan yang pesat lagi membanggakan. Ini terbukti apabila Pulau Pinang berjaya mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang melebihi KDNK Malaysia pada kadar 8.1 peratus bagi tahun 2010. Prestasi kewangan 2010 juga memberangsangkan dengan lebihan Belanjawan sebanyak RM33.5 juta berbanding dengan anggaran Belanjawan Defisit sebanyak RM79 juta. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri telah mencapai "turnaround" sebanyak RM112.5 juta. Perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum semakin erat bagi mewujudkan kestabilan dan keamanan di negeri ini yang membolehkan pentadbiran Kerajaan Negeri menumpukan usaha sepenuhnya terhadap pembangunan.

4. Ini dibuktikan dengan jumlah pelaburan yang meningkat sebanyak RM12.2 billion pada tahun 2010 berbanding RM2.1 billion pada tahun 2009.

5. Peningkatan pelaburan Pulau Pinang sebagai jaguh pelaburan Malaysia disebabkan tujuh (7) faktor kejayaan utama seperti berikut :-

· Urus tadbir yang baik dan kepimpinan berwibawa

· Memiliki tenaga kerja berbakat bagi pertumbuhan ekonomi negeri

· Bandaraya paling baik didiami di Malaysia yang menjadi pilihan profesional yang kreatif dan berinovasi bagi habitat kehidupan mampan

· Jaminan perlindungan harta intelek

· Memiliki hub lojistik yang cekap

· Pengurusan rantaian bekalan yang kompeten

· Usaha memupuk kreativiti dan inovasi di dalam bidang sains dan teknologi

6. Pelancongan yang merupakan penggerak ekonomi kedua Negeri Pulau Pinang selain sektor industri pembuatan menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Ini dicerminkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang mencatatkan pertumbuhan penumpang udara paling tinggi di Malaysia sebanyak 25%, jauh mendahului Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

7. Kerajaan Negeri juga amat serius untuk menjadikan Pulau Pinang "Cleaner, Greener and Safer" (Lebih Hijau, Lebih Bersih & Selamat). Indeks jenayah juga menunjukkan penurunan sebanyak 27% iaitu kadar yang paling besar di Malaysia. Dasar-dasar seperti No Free Plastic Bag Day' dan mempergiatkan kempen kitar semula 3R menunjukkan komitmen ke arah negeri hijau yang pertama di Malaysia. Pengurangan sisa pepejal sebanyak 175 tan metrik sehari di kawasan MPSP adalah satu tanda kejayaan.

8. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang mengamalkan 3P iaitu Perkasakan Rakyat, Perkuasakan Rakyat dan Perkayakan Rakyat, Kerajaan Negeri telah Perkasakan rakyat dengan meningkatkan tahap kemudahan ICT yang merupakan faktor penting yang dinilai bagi menjadi sebuah negeri maju dan bertaraf antarabangsa. Ini akan membantu anak-anak kita menguasai pengetahuan komputer. Sehingga kini, Kerajaan Negeri dengan tajaan percuma syarikat swasta telah menyediakan 750 lokasi hotspot internet WiFi percuma di tempat awam. Kemudahan ini akan diperluaskan ke 750 lokasi lagi dengan bayaran Kerajaan Negeri yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,500 lokasi demi mencapai hasrat Pulau Pinang sebagai negeri WiFi yang pertama di Malaysia.

9. Kerajaan Negeri mengambil inisiatif Perkuasakan rakyatnya dengan menghormati hak, kebebasan dan peluang rakyat dengan mewujudkan sebuah Sudut Pidato atau "Speaker Square" di Padang Kota pada bulan Mei tahun lepas. Rakyat diperkayakan dengan hasil ekonomi negeri dengan program warga emas sebanyak RM20 juta yang membayar RM100 setahun kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang berdaftar. Tahun ini merupakan tahun kedua pemberian seumpama ini diadakan, dan waris si mati diberikan RM1,000 untuk jenazah. Program ini yang mendapat sambutan yang begitu popular di kalangan 115,000 daripada 130,000 warga emas atau 88% di Pulau Pinang akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal.

10. Kerajaan Negeri berhasrat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi kebaikan negara dan kepentingan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang. Lantaran itu, Kerajaan Negeri menyambut baik inisiatif Kerajaan Persekutuan merangka satu rancangan megapolis George Town yang merangkumi Pulau Pinang. Sebagai tanda keikhlasan Kerajaan Negeri dalam merangka Greater Penang Masterplan ini secara bersama, Kerajaan Negeri telah ketepikan Laporan Penang Blueprint 2011-2015. Penang Blueprint yang telahpun disiapkan lebih awal untuk tempoh masa depan lima (5) tahun pelan industri Pulau Pinang. Adalah diharapkan lab selama 6 minggu yang akan dipandu bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Idris Jala dan saya akan dapat menjalankan kerja mulai bulan Jun ini.

11. Akhirnya kemudahan infrastruktur adalah paling mustahak. Demi mengatasi masalah kesesakan trafik, satu Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang sedang disediakan oleh perunding pakar trafik dengan kos RM3.2 juta. Ia akan merangkumi sistem jalan raya terowong. Di antara cadangannya telahpun dicatat dalam Memorandum Of Understanding yang ditandatangani oleh BUCG dari Beijing dan saya pada 28hb April 2011 dan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri China Wen Jia Bao. Projek jalan dan terowong adalah :

a) Gurney Drive menghubungkan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2KM

b) Bandar Baru Air Itam menghubungkan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.6KM

c) Terowong Pulau Pinang – Butterworth sepanjang 6.5KM. Pembinaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan trafik di kawasan pulau tetapi juga akan memacu pembangunan ekonomi di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) seperti Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Butterworth. Ini membuktikan Kerajaan Negeri bertindak adil menjaga semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

Projek-projek ini akan dijalankan secara tender terbuka. Menandatangani MOU ini juga adalah satu tanda pengiktirafan kebangkitan Pulau Pinang dalam pentas antarabangsa sehingga mendapat perhatian oleh negara-negara besar dan maju.

12. Secara keseluruhannya, dalam konteks pembangunan Negeri Pulau Pinang serta kemajuan sosial dan masyarakat, Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan telah banyak menyumbang kepada program-program kebajikan dan kebudayaan negeri. Sokongan dan galakan yang disumbangkan oleh Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan di dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan amat disanjung tinggi. Sesungguhnya, sifat keprihatinan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan tunjukkan menjadi mendorong ke arah perpaduan yang lebih erat sesama rakyat. Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada anggota pasukan keselamatan polis, tentera dan bomba yang tidak pernah berkompromi dalam usaha menjaga keharmonian dan keamanan negeri ini di bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama Tun.

13. Sempena hari bersejarah dan penuh bermakna ini, saya dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri serta rakyat negeri Pulau Pinang ingin mengambil peluang menzahirkan ucapan tahniah dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan Yang Terutama Tun.

14. Akhir kata, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa semoga Yang Maha Esa melanjutkan usia Tuan Yang Terutama Tun dan Toh Puan berdua dan sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat di bawah lindungan Yang Maha Esa sepanjang masa.

Sekian, terima kasih.

(0) Comments

Leave a Response

Sayap Parti

Bahagian