Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE |
Harga Tiang Lampu Kesenian MPJBT Sama dengan Rumah Kos Rendah? Posted: 24 Jun 2010 01:21 AM PDT Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Johot, Tingkat 5, Blok A, Wisma Persekutuan, Jalan Air molek, 80000 Johor Bahru. Faks" 07-2238127 21 Jun 2010 Tuan, Memohon Semakan Akaun Perbelanjaan Tiang Lampu Jalan Kesenian MPJBT Dengan segala hormatnya dirujuk kepada Jabtan Audit Negara Cawangan Negeri Johor berkenaan perbelanjaan Majlis Perbandaran Jahor Bahru Tengah terthadap tiang-tiang lampu jalan kesenian di sepanjang Jalan Skudan dan Jalan Pontian sama ada dikatakan berhemah atau pemborosan. 2. Pada petang 13 Jun 2010 angin ribut yang kencang telah memusnahkan 9 (sembilan) batang tiang lampu jalan kesenian di sepanjang Jalan Skudai di bawah bidangkuasa MPJBT/JKR. 3. Menurut laporan surat akhbar bertarikh 15 Jun 2010 Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Johor bahru tengah telah mempertikaikan tafsiran harag tiang-tiang lampu terbabit yang dikatakan oleh saya terlebih dahulu yakni dijangka harga pasaran RM 40 ribu sesebatang tiang lampu kesenian pada waktu ini. 4. Yang Di Pertua MPJBT menyatakan harga sesebatang tiang lampu itu adalah Cuma RM 7,330 atau RM 65,970 untuk haraga 9 batang tiang lampu yang roboh. 5. Yang Di Pertua MPJBT juga menyatakan semua 88 batang tiang lampu jalan kesenian yang dipasang pada tahun 2001 akan diroboh dan diganti dengan tiang lampu baru disebabkan struktur tiang-tiang lampu jalan tersebut merbahayakan. 6. Oleh itu, saya ingin merujuk perkeara ini kepada pihak tuan untuk pemeriksaan selanjutnya dalam budang kuasa pihak tuan: 6.1 sama ada perbelanjaan berkenaan akan membazirkan wang cukai; 6.2 sama ada tiang-tiang lampu kesenian berkenaan dipasang pada tahun 2000- 2001 menurut specifikasi dan prosidur yang dikenhendaki; 6.3 menurut kenyataan Exco Negeri berkenaan pada waktu itu, sesebatang tiang lampu kesenian itu bernilai RM 7,000 untuk pemasangan wayar dan kerja elektrikal, tidak termasuk RM 18,000 hingga RM25,000 untuk kerja memasang pembalut fiber glass yang diimpot dari luar negeri. Pada tahun 2001 tiang-tiang lampu dipasang dengan harga jangkaan di antara RM 25 hingggi 30 ribu, tetapi kerja yang sama dijangka mencecah RM40 ribu bagi setiap tiang lampu jalan kesenian yang dinyatakan menurut kadar inflasi, yakni sebuah rumah kos rendah dibeli pada tahun 2001 bernilai RM 25 ribu dapat dijual dalam pasaran RM 40 ribu pada waktu ini. Oleh itu, diharapakan pihak tuan akan memeriksa sama ada perbelanjaan ini adalah munasabah selepas struktur tiang kampu berkenaan telah diakui kurang selamat oleh Yang Di Pertua MPJBT sendiri. 6.4 Sebenarnya sebahagian tiang-tiang lampu jalan telah dirobohkan di sepanajang Jalan Pontian disebabkan pembalut fiber glass itu terjatuh sendiri, kecurian pembalut kesenian dan kerja melebarkan jalan berkenaan di antara tahun 2000 dan 2004. Diharapkan Jabatan Audit Negara akan mengkaji sama ada perbelanjaan sedemikian dapat dielakkan. 7. Diharapkan Jabatan Audit Negara dapat menyiasat dan memeriksa akaun-akuan MPJBT terbabit dan memastikan wang cukai dibelenaja secara lebih berhemah. Skian, terima kasih. Yang benar, ADUN Skudai Merangkap Ahli Jawatankuasa Kira-kira Raya Dewan Negeri Johor |
You are subscribed to email updates from Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan