Isnin, 5 Disember 2011

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Bersihkan Malaysia Demi Menghalang BN Menang Balik Pulau Pinang Dan Majoriti 2/3 Pada PRU-13

Posted: 04 Dec 2011 01:46 AM PST

Ucapan Pembukaan Ketua Menteri Pulau Pinang Dan Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng Dlam Kongres DAP Wanita Pulau Pinang Pertama Di Red Rock Hotel, Pulau Pinang Pada 5.12.2011.

Bersihkan Malaysia Demi Menghalang BN Menang Balik Pulau Pinang Dan Majoriti 2/3 Pada PRU-13, Di mana Rakyat Akan Dipimpin Oleh Puak Rasis Yang Anggap Bukan Melayu Warganegara Kelas Ketiga Dan Melayu Mudah Ditipu Supaya Rasuah Bermaharajalela.

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada Wanita DAP Pulau Pinang kerana berjaya menganjurkan Kongres yang bersejarah ini. Kongres ini bukan saja merupakan kongres Wanita DAP yang pertama di Pulau Pinang, malah merupakan kongres Wanita DAP yang julung kali dalam sejarah Parti kita. Sekali lagi Pulau Pinang telah menonjolkan semangat “Penang Memimpin” dalam mengorak langkah memperkukuhkan jentera Parti melalui pengupayaan sayap Wanita. Syabas kepada Ketua Wanita DAP Kebangsaan Sdri Chong Eng dan ahli EXCO Pulau Pinang Sdri Lydia Ong.

Saudari yang saya hormati sekalian,

Pada hari ini, negara dan negeri kita berada di ambang perubahan. Di satu pihak kita sedang menghadapi krisis moral di peringkat Kerajaan Persekutuan yang bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman. Pada hari ini, negara terus meruncing kerana pentadbiran yang tidak telus oleh UMNO-Barisan Nasional. Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan Persekutuan gagal sama sekali. Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun.

Di satu pihak lagi, DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan satu harapan baru kepada rakyat Malaysia, bahawanya negara kita tidak perlu menuju ke arah kemerosotan seperti masa kini. Kita di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa, Kerajaan yang cekap, amanah dan telus mampu membela kebajikan rakyat dan bukan setakat itu, malah mampu memacu ekonomi ke paras yang lebih tinggi. Dalam aspek ini, kita bukan bercakap kosong semata-mata; buktinya ialah 10 pencapaian no.1 oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 2010:

1. Pulau Pinang merupakan negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, RM12.2 billion, iaitu yang paling tinggi dalam sejarah negeri Ini,
2. Pulau Pinang dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajRM1.13 bilion.
3. Pengurangan hutang yang paling besar di antara semua negeri sebanyak 95% atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
4. Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27% iaitu penurunan yang paling tinggi di Malaysia
5. Pulau Pinang merupakan negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam
6. Negeri tunggal yang dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
7. Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan dan ingin menjadi negeri pertama membasmi kemiskinan di Malaysia menjelang 2015.
8. Pulau Pinang merupakan negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM 100 setiap tahun kepada warga mas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
9. Pulau Pinang mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010
10. Pulau Pinang mennyumbang lebih 60% daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.

Saudari yang saya hormati sekalian,

Sebaliknya, bila BN bagi wang mereka tidak bagi setiap tahun macam PR. Lagipun PR bayar daripada lebihan bajet bukan macam bajet BN yang berdefisit sudah 15 tahun. Itulah sebabnya Kerajaan Persekutuan BN kena pinjam dan hutang telahpun naik sejak akhir 2007 sebanyak 71% daripada RM266 bilion kepada RM 456 bilion akhir tahun 2011.

Bandingkan pentadbiran bersih PR dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana lebih belanja RM3.7 bilion dan juga skendal RM250 juta "lembu dan kondo" yang melibatkan keluarga seorang Menteri Wanita. Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, UMNO menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti 2/3 pada PRU-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela.

Saudari-saudari yang saya hormati

Macam Mana DAP Boleh Memimpin PR Bila Hanya Bertanding 47 Kerusi Parlimen Berbanding Dengan PAS 66 Dan PKR 97 Dalam Pilihanraya Besar 2008?

Kegagalan mencari kelemahan kepmimpinan PR yang bertereskan integriti ini yang menyebabkan UMNO menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak pelajar pemimpin PR. UMNO sebenarnya pengecut kerana rela menfitnah anak 15 tahun saya mencabul kehormatan seorang gadis dan saya telah bayar RM200,000 untuk menutup kes ini.

Sungguhpun "simangsa" yang berumur 22 tahun adalah seorang jaguh chess Hong Kong, tak pernah jumpa anak atau saya, UMNO tidak lepas cuba menghancurkan anak saya dengan fitnah jahat ini. UMNO tak tahu malu sehingga Ketua Pemuda UMNO Datuk Khairy Jamaludin boleh mainkan isu ini dalam tweetnya, "Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

Dalam perhimpunan agung UMNO pula, UMNO mainkan perkauman dengan mensasarkan DAP dan cuba menakutkan rakyat bahawa DAP nak tuntut jadi Perdana Menteri sungguhpun DAP bertanding bilangan kerusi Parlimen yang paling kecil dalam PR. Dalam pilihanraya besar 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin PR? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu.

Ahli Parlimen UMNO Yang Hina Wanita Boleh Jadi Hero Kerana Berani Minta Menteri Wanita Turun?

Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat.

Dalam aspek ini, wanita memainkan peranan penting untuk menggerakkan perubahan untuk Bersihkan Malaysia. Bagai seorang ibu kepada anaknya, wanita mampu memberikan harapan kepada generasi muda negara bahawa masa depan akan lebih baik kerana kita semua sanggup berusaha untuk menjamin kesejahteraan mereka.

Lihatlah, sungguhpun kaum wanita lebih bermoral dan beretika serta jauhi diri daripada rasuah dan penyelewengan bila masuk UMNO dan BN jadi lain pula. Sampai seorang ahli Parlimen UMNO Bung Mokhtar yang suka menghina kaum wanita tidak boleh memandu dan yang lagi kesat dan lucah sehingga tidak senonoh untuk disebut di sini boleh menjadi hero kerana berani minta Menteri Wanita itu letak jawatan.

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang Martabatkan Wanita
Di Pulau Pinang, pemimpin wanita diberi peluang untuk berdiri sama tegak dengan pemimpin lelaki dalam menerajui tampuk pentadbiran negeri. Kita amat bangga kerana daripada daripada 148 Yang Dipertua dan Datuk Bandar di Malaysia, hanya terdapat 4 orang wanita dan daripada 4 ini, dua adalah di Pulau Pinang iaitu Yang Dipertua MPPP dan MPSP.

Kita juga mempunyai Pegawai Daerah wanita yang pertama di Semenanjung Malaysia, dan wanita-wanita berkaliber sedang menjawat jawatan paling tinggi dalam badan-badan kerajaan negeri termasuk George Town World Heritage Incorporation, Penang Global Tourism dan InvestPenang.

Kita sedar bahawa wanita mampu melahirkan kecemerlangan justeru, kerajaan Pakatan Rakyat berani untuk meletakkan wanita di kedudukan kepimpinan yang paling tinggi. Di samping itu, skim mikrokredit dan juga penubuhan sebuah syarikat dengan peruntukan RM1.5 juta setahun untuk mengusahakan hak saksama jantina, membuktikan rekod pentadbiran PR yang berani martabatkan wanita di Pulau Pinang.

Perjuangan Parti adalah milik kita semua. Justeru, saya berasa amat bangga kerana saudari-saudari saya pada hari ini telah bangkit mencipta sejarah, melaksanakan kongres buat pertama kalinya. Ini menunjukkan sayap Wanita dalam DAP sudah berdikari dan mampu menentukan halatuju sendiri.

Ini juga bermakna Parti kita akan menjadi lebih kuat kerana sayap Wanita sudah menjadi lebih kuat. Kejayaan saudari pada hari ini, sudah tentu akan menjadi inspirasi kepada Wanita DAP negeri-negeri lain, dan seterusnya menyemarakkan api perjuangan ini ke seluruh Malaysia.

Kita berharap pada masa ini tahun hadapan, Wanita DAP di negeri-negeri lain di Malaysia juga akan berkongres. Pada masa itu, kita akan melihat satu kebangkitan kaum wanita yang kuasanya berupaya mengubah masa depan negara kita ke arah yang lebih baik.

Sekian, terima kasih dan selamat bermesyuarat!

Lim Guan Eng

The BN Federal Government Practicing Double-standards By Dismissing The Unfavourable TI Corruption Perception Index (e/m/c) As Subjective

Posted: 04 Dec 2011 01:44 AM PST

The BN Federal Government Practicing Double-standards By Dismissing The Unfavourable Transparency International(TI) Corruption Perception Index(CPI) As Subjective But The Favourable Global Competitiveness Index Is Objective.

The BN federal government is clearly practicing double-standards by dismissing the Transparency International(TI) Corruption Perception Index(CPI) as subjective because it is unfavourable but the favourable Global Competitiveness Index(GCI) by the World Economic Forum is objective. Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said that Malaysia's Corruption Perception Index (CPI) rankings slide was "subjective" and "questionable", saying that measures based on perception should not be used as an ultimate gauging method.

TI said that Malaysia's 2011 CPI dropped for the third year running, slipping to 4.3 this year, leaving it in 60th place out of 183 countries compared with 37th place when Tun Abdullah Ahmad Badawi took over as prime minister in 2003. Worse, TI's survey of 1,000 respondents also found that the police and political parties were seen as the most corrupt institutions in the country, with most Malaysians believing that corruption levels would remain the same in the next three years. TI Malaysia Deputy President Mohammad Ali even noted that Malaysia's CPI has continued to decline as “elements of state" that facilitated ‘grand corruption’ were still prevalent.

This is a classic case of denial by the BN Federal government that corruption has worsened in Malaysia despite the Economic Transformation Program and Government Transformation Program by the Prime Minister. This state of denial that the truth hurts is most evident when the BN government praised itself for Malaysia's improvement by five spots to 21st place in the World Economic Forum's Global Competitiveness Index(GCI) 2011 ranking from No. 26 last year.

Why is the GCI not a subjective evaluation that is also questionable? Is the GCI neither subjective nor questionable just because it is favourable to the Federal Government? The BN should not take an ostrich in the sand approach but admit that Malaysia faces serious corruption levels.

If the evaluation by TI was done after the RM250 million "cows and condos" scandal was exposed by the 2010 Auditor-General's Report, Malaysia decline in the CPI would be even worse. However the refusal of even a learned economist like Husni to face hard truths and reality shows that there is no hope of successfully combating corruption under a BN and UMNO that is willing to sacrifice principles for political expediency.

—- BM Translation—

Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 4.12.2011

Kerajaan Persekutuan BN Mengamalkan "Double-Standards" Dengan Menolak Laporan Negatif Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Sebagai Subjektif Tetapi Menerima Laporan Positif Indeks Daya Saing Global (GCI) Sebagai Objektif.

Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan "double-standards" dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan. Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah "subjektif" dan "boleh dipersoal", dan bertambah bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

Menurut TI, CPI Malaysia bagi tahun 2011 telah menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 dan kedudukan Malaysia telah jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Lebih teruknya, laporan TI yang telah mengkaji selidik seramai 1,000 responden telah mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara kita. Kebanyakan daripada responden juga percaya bahawa tahap rasuah atau korupsi di negara kita akan berkekalan untuk tiga tahun akan datang. Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga menyatakan bahawa CPI Malaysian akan terus menurun kerana "elemen-elemen kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi berleluasa.

Ini adalah satu contoh penafian oleh Kerajaan Persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun Perdana Menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan. Sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila Kerajaan BN memuji diri kerana kedudukan Malaysia telah meningkat 5 tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.

Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal? Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif? Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius.

Jika penilaian TI telah dilakukan selepas skandal "lembu dan kondo" sebanyak RM250 juta telah didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, tahap penurunan CPI Malaysia barangkali akan lebih teruk. Akan tetapi, keengganan seorang pakar ekonomi yang terpelajar seperti Husni untuk menghadapi kebenaran menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

—- Mandarin Translation—

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2011年12月4日发表的声明:

国阵联邦政府对待贪污印象指数及国际竞争指数持有双重标准。国际透明组织对我国贪污印象指数的不利评语,被国阵点名为"主观评语",可是对我国有利的国际竞争指数评价,在国阵眼中则是客观的。

国阵联邦政府很明显地在对待国际透明组织提呈的贪污印象指数及国际竞争指数两个国际评价,持有双重标准。当一项指数是对国阵联邦政府不利时,像国际透明组织的贪污印象指数般,它就是主观的评价;反之,对国阵政府有利的世界经济论坛报告,称我国国际竞争指数提升的指数则是客观的评价。第二财长拿督斯里阿末原斯尼说,我国的贪污印象指数排名下滑,是"主观"及"值得商权"的,因为以印象作为测量的方式,不应该作为最终的测量方式。

国际透明组织指出,马来西亚在2011年度的贪污印象指数(CPI)排名,已经连续三年下滑,跌至今年的4.3分,在183个国家中,排名第60。这与敦阿都拉在2003年接任首相时的第 37排名相比,相去甚远。更糟糕的是,国际透明组织针对1千人展开的调查显示,警察及政党被视为国内最贪污的机构,大部分的马来西亚人相信,贪污程度在接下来的三年会保持不变。马来西亚国际透明组织署理主席莫哈末阿里说甚至点评,马来西亚的贪污印象指数会持续下滑,因为方便"大贪污腐败"的"政府元素"依然盛行。

虽然首相推出了经济转型计划及政府转型计划,但是国内的贪污情况却更加恶化,这也是国阵联邦政府患上否认状态的经典案例。这种否认状态,在国阵自己称赞自己时更为显著。他们说马来西亚在世界经济论坛中的国际竞争指数,已从去年的排名第26,升至2011年度的排名第21,跳了5级。

为什么国际竞争指数却不是主观或值得商权呢?难道只因它是对国阵联邦政府有利的评价就不是主观也不属于"值得商权"了吗?国阵不应该像驼鸟般把头藏在沙堆中,反之应该承认马来西亚正面对严重的贪污问题。

若是国际透明组织的评估是在2010年度总稽查司揭发2 亿5000万令吉"养牛与豪华公寓"丑闻之后进行的话,马来西亚在贪污印象指数的排名将会更糟糕。然而,连一名诸如胡斯尼曾学过经济的人,都不愿面对真相和现实的话,这证明了在国阵及巫统的领导下,是没有肃贪的希望了,因为他们愿意为了政治上的权宜之计而牺牲他们的原则。

林冠英

Tiada ulasan:

Catat Ulasan