Charles Santiago |
MPK Peruntuk RM194 Juta Untuk Penyelenggaraan Posted: 30 Dec 2011 02:20 AM PST Source: Selangorkini
Thursday, 29 December 2011 | Ruangan: Berita Oleh Hafizan Taib KLANG, 29 DISEMBER – Majlis Perbandaran Klang (MPK) meminta kerjasama masyarakat dalam usaha menjaga kebersihan di bandar itu supaya kehidupan masyarakat menjadi lebih baik dan sempurna. Pemangku Yang DiPertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, usaha sebegitu membolehkan MPK menjimatkan kos penyelenggaraan yang tinggi kerana pihaknya mendapati antara punca berlakunya masalah itu adalah kerana rakyat sering membuang segala sampah dan bahan buangan ke tempat yang tidak sewajarnya. Katanya, MPK memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM6 juta dari peruntukan keseluruhan RM193.9 juta bagi tujuan kerja penyelenggaraan di seluruh bandar itu bagi tahun 2012. "Perkhidmatan ini kita boleh berkongsi dengan rakyat. Kenapa penyelenggaraan tinggi kerana longkang banyak tersumbat. Kenapa longkang tersumbat kerana rakyat suka buang sampah," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Bulanan MPK di sini. Bagi mencapai sasaran itu, katanya, MPK sudah merangka program holistik bersama beberapa pihak seperti NGO, persatuan penduduk dan yang lain untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Menurutnya, perancangan juga dibuat bagi mewujudkan jawatankuasa bertindak di kawasan penempatan penduduk bagi tujuan menjalankan kerja pembersihan kawasan serta yang lain yang bersesuaian demi kebaikan bersama. Tegasnya, usaha itu sudah dirintis Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mewujudkan jawatankuasa bertindak di kawasannya bagi mengatasi masalah seperti banjir dan sebagainya. Bagi menambahkan kecantikan bandar itu dan keselasaan masyarakat, katanya, MPK juga sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang secara berperingkat serta kawasan terbiar yang bakal dibangunkan sebagai kawasan hijau. "JPS tiada halangan benarkan kami bersihkan Sungai Klang di samping bersihkan tebing. Kita bantu JPS cantikkan Sungai Klang. Dan kita ada pula tanah-tanah kita milik MPK di Meru dan Pandamaran yang terbiar semak. Mengapa tidak kita jadikan nurseri," katanya. |
You are subscribed to email updates from Charles Santiago To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan