Khamis, 21 Julai 2011

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


BN Dan UMNO Menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang Sebagai Berbentuk Rasuah Dan Pancing Undi

Posted: 20 Jul 2011 11:46 PM PDT

BN Dan UMNO Menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang Sebagai Berbentuk Rasuah Dan Pancing Undi Bila Belum Ada Pilihanraya Dan RM 100 Diberikan Kepada Setiap Bayi Dan Bukannya Kepada Pemimpin PR.

BN dan UMNO sekali lagi menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang sebagai berbentuk rasuah dan pancing undi bila belum ada pilihanraya dan RM100 diberikan kepada setiap bayi dan bukannya kepada mana-mana pemimpin PR. Malah Suruhanjaya Pilihanraya pun tidak boleh menyatakan ia ada kaitan dengan pancing undi bila tidak ada mana-mana pilihanraya sekarang. Kemungkinan besar kerajaan PR tidak akan mengadakan pilihanraya bersama dengan BN sekiranya dijalankan tahun kerana mandate rakyat adalah untuk lima tahun.

Sungguh tidak waras dan tidak bertanggungjawab untuk BN dan UMNO mentakrifkan pemberian wang untuk meraikan tambahan cahaya mata kepada Pulau Pinang kepada rakyat sebagai amalan rasuah kerana pemberian wang kepada rakyat memang tindakan mana-mana kerajaan yang baik di dunia. Sebelum ini, Kerajaan PR Pulau Pinang dikutuk keras melakukan rasuah berikutan kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 "one-off" urusan jenazah kepada waris warga emas pada 2010 demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri.

Ekoran tuduhan BN, saya telahpun menjemput Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang menyaksikan pemberian wang RM 100 kepada warga emas ataupun RM1,000 "one-off" urusan jenazah. Sehingga hari ini saya tidak pernah ditangkap ataupun disiasat pun melakukan rasuah kerana berikan wang kepada rakyat. Tuduhan rasuah oleh BN untuk mensabotajkan program penghargaan emas nyata gagal dengan kadar pendaftaran warga emas kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telahpun mendaftarkan diri.

Oleh itu, BN dan UMNO harus meminta maaf dan menarik balik tuduhan jahat rasuah ini kerana memperbodohkan rakyat seakan-akan rakyat boleh dibeli dengan rasuah RM100 sahaja. BN dan UMNO perlu menjelaskan mengapa mengutuk kerajaan negeri PR bagi wang sedangkan satu sen pun tidak dibagi kepada warga emas dan bayi semasa BN memerintah Pulau Pinang sebelum ini.

Mesyuarat EXCO besok akan memutuskan pertimbangan memberikan RM 100 wang tunai "one-off" kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini dan tahun berikutnya, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang dan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan. Sumber kewangan program baru "Anak Emas Pulau Pinang" ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada lebihan Bajet setiap tahun dan kejayaan kerajaan PR menjalankan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 21.7.2011.

—– Mandarin Translation —-
槟州首席部长林冠英于2011年7月21日在乔治市光大发表声明:

国阵和巫统污蔑"槟州宝贝计划",诬指槟州民联贪污贿赂、捞取选票,尽管现在都还没有举行大选,而有关100令吉是发给新生儿,而不是民联领袖。

国阵和巫统再一次污蔑槟州民联政府的"槟州宝贝计划",诬指槟州民联政府贪污贿赂及捞取选票,尽管还没有举行大选,而有关100令吉是发给新生儿,而不是民联领袖。由于现在并没有进行任何选举,就连选委会也不能指这项计划是在捞取选票。民联政府也很有可能不会与国阵同步进行选举,因为人民给予政府的委托期限是五年。

国阵与巫统把槟州政府发给新生儿的补助金视为贪污贿赂,实在是不合适、也不负责任,因为世界上任何一个好政府都会分钱给人民。之前,槟州民联政府也因成功实施每年分发100令吉乐龄人士回馈金,以对60岁以上乐龄人士的贡献表示感激,以及发出一次性1000令吉怃恤金给逝世乐龄人士的家属,惨遭批评为贪污贿赂。

针对国阵的诬蔑,我已经邀请了槟州反贪污局总监见证了100令吉回馈金及1000令吉怃恤金的颁发仪式。直到今天,我还没有因为分钱给人民,而在贪污贿赂的罪名下被逮捕、被调查。国阵企图通过指责我们贪污贿赂来破坏乐龄人士回馈计划,但是,从已有11万5000名(或87%)的乐龄人士已经登记看来,他们已经失败。

因此,国阵与巫统应该道歉、马上收回他们那种居心不良的指责,他们以为人民都是愚蠢的,那么容易就可以被100令吉收买。国阵与巫统必须解释,为什么民联政府可以一直派钱,但是,当国阵执政槟州时,他们一分钱也没有给过乐龄人士和新生儿?

我们将在明天的州行政会议上议决,今年开始,发出一次性100令吉给新生儿的"宝贝计划",只要新生儿的父母其中一人是槟州选民、并证明新生儿的家庭月入不及4000令吉便可。上述"槟州宝贝计划"的资金来源与乐龄人士回馈金一样,都是槟州开源节流的盈余,槟州推行的肃贪政策已经获国际透明组织表扬。

林冠英

Tiada ulasan:

Catat Ulasan