Khamis, 14 April 2011

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉


Ulang Tahun ke-46 Penubuhan Lembaga Muzium negeri Pulau Pinang

Posted: 13 Apr 2011 11:19 PM PDT

Ucapan Aluan Oleh Pengerusi Lembaga Muzium YB. Tuan Wong Hon Wai Bersempena Upacara Ulang Tahun ke-46 Penubuhan Lembaga Muzium negeri Pulau Pinang pada 14 April 2011

Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang & Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Hajjah Majimor bt. Shariff

Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Majlis,

Ahli-Ahli Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang,

Ahli-Ahli Jawatankuasa Balai Seni Lukis Pulau Pinang,

Yang Dihormati Wakil-Wakil Agensi-Agensi Kerajaan,

Dif-Dif Kehormat, Tuan-Tuan & Puan-Puan yang saya hormati sekalian.


Selamat Pagi dan Salam Sejahtera,

Sebelum memulakan bicara, saya terlebih dahulu ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang & Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Hajjah Majimor bt. Shariff kerana sudi menghadiri majlis yang amat bermakna ini. Tahniah dan syabas kepada kakitangan Lembaga Muzium negeri Pulau Pinang kerana berjaya melangsung majlis perasmian Ulang Tahun ke-46, Penubuhan Muzium Negeri Pulau Pinang. Selain itu, saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi melapangkan masa yang ada untuk bersama-sama kami. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan dapat memeriahkan majlis ini dan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan juga dapat melancarkan majlis ini dengan jaya.

Hadirin-Hadirat yang dihormati sekalian,

Sebagai Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, saya berasa bangga dengan berlangsungnya majlis ini seperti yang dirancang dengan jayanya. Majlis sambutan Ulang Tahun Muzium Negeri Pulau Pinang ini merupakan kali pertama disambut selama 46 tahun ia beroperasi. Saya sangat berbangga dengan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam majlis sambutan ini yang akan berlangsung selama 4 hari, iaitu bermula pada hari ini 14 April sehingga 17 April 2011. Pelbagai aktiviti yang dirancang dan diharapkan aktiviti tersebut akan menjadi acara yang sangat meriah dengan penyertaan agensi-agensi berkenaan.

Mari kita renung sejenak tentang sejarah penubuhan Muzium Pulau Pinang. Pada 1816, Bangunan Muzium di Lebuh Faquhar dibina atas dermaan daripada Syarikat India Timur, di bawah kelolaan Kapten Robert Smith (Jurutera Diraja). Beliau telah menyediakan pelan bangunan ini untuk dijadikan sebagai sebuah pusat pendidikan, iaitu Penang Free School dan Sekolah Hucthing. Pada 1961, Perdana Menteri Malaysia yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan menjadikan bangunan tersebut sebagai sebuah muzium. Pada 1964, Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang ditubuhkan dan pentadbirannya berada dibawah Jawatankuasa Pentadbir yang dilantik oleh Kerajaan Negeri, iaitu Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai pengerusi. Muzium dan Balai Seni Lukis dibuka dengan rasminya oleh Gabenor Pulau Pinang yang pertama, Raja Tun Uda Al Haj Bin Mohamad pada hari Rabu, 14 April 1965 pada pukul 5.30 petang. Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang ditubuhkan selepas suatu enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Pulau Pinang pada 13 Jun 1972.


Setelah saya dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang pada tahun 2009 dan ditugaskan portfolio Kesenian dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya telah meneruskan usaha penambahbaikan dari segi infrastruktur serta kualiti pameran muzium dan balai seni lukis. Bersama dengan ahli Lembaga Muzium dan serta sokongan dari pentadbiran MPPP serta ahli Majlis MPPP, kita telah berjaya menggariskan terma penggunaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister dan usaha penyerahan bangunan telah disusuli pada 18 September 2010. Ini telah membuka lembaran baru bagi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang.

Setinggi-tinggi penghargaan saya sampaikan kepada pimpinan MPPP kerana berkongsi visi dengan Lembaga Muzium iaitu visi kita untuk menjadikan No 57, Jalan Macalister sebagai muzium dan balai seni lukis tambahan untuk menonjolkan lagi kekuatan warisan sejarah dan kesenian negeri Pulau Pinang. Muzium di Lebuh Farquhar akan dikekalkan dan No. 57 akan ditonjolkan sebagai satu lagi tambahan kepada muzium dan balai seni lukis negeri sedia ada. Sejak itu, pelbagai pameran diadakan di sini sebelum pejabat pengurusan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang berpindah ke sini. Pada hari ini, sambutan Ulang Tahun Ke-46, Penubuhan Muzium Negeri Pulau Pinang juga diadakan di sini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Pihak Lembaga juga mengambil peluang ulangtahun ke-46 ini untuk menerbitkan buku laporan tahunan 2010. Kami menyedari bahawa buku laporan tahunan bagi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang sudah lama tidak diterbitkan. Tahun akhir buku ini diterbitkan adalah pada tahun 1993. Selepas 17 tahun kemudian, kami melihat penerbitan semula buku laporan. Ia akan merakamkan carta organisasi, aktiviti-aktiviti, sumbangan ahli Lembaga dan Jawatankuasa, komen-komen pengunjung muzium, senarai sumbangan orang ramai dan sebagainya. Ini akan menjadikan satu rekod sejarah bagi muzium tentang apa yang berkisar pada tahun 2010. Apabila kita memasuki tahun 2020, 2030 dan sebagainya dan kita dapat merenung kembali rekod 2010 dan dapat menghayati pencapaian muzium dalam 10 tahun atau 20 tahun selama ini.

Pencapaian sebuah muzium dan balai seni lukis bukan sahaja dapat dinilai melalui pameran, aktiviti sahaja. Muzium negara luar mempunyai sayap penerbitan yang kukuh. Sememangnya, muzium perlu menjadi agen penyebaran maklumat dan pengetahuan sejarah supaya orang asing dan orang tempatan dapat memahami sejarah komuniti, kampung dan bandar serta negeri dan negara kita.

Jawaharlal Nehru, bekas Perdana Menteri India yang terkenal pernah berkata "Art galleries and museums in a great city are like windows which look out on the broader, richer and deeper things of life". Melalui balai-balai seni lukis dan muzium-muzium yang terdapat di sesebuah bandaraya, orang ramai dapat menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan secara menyeluruh dan mendalam. Malahan, pelawat asing juga dapat memahami kehidupan sesebuah bandaraya melalui karya-karya dan koleksi dalam balai seni lukis dan muzium di bandaraya tersebut

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Kejayaan dan kemeriahan majlis ini akan menjadi sejarah bagi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Segala kerjasama yang diberikan bukan sahaja mendapat ganjaran bagi kejayaan majlis ini, bahkan juga akan menjadi suatu kenangan yang amat bermakna.

Akhir bicara, sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas sekali lagi kepada Jawatankuasa, ahli-ahli Jawatankuasa, dan warga kerja Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang kerana memberikan kerjasama yang terbaik melaksanakan majlis ini dengan jayanya. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi yang turut terlibat di dalam majlis Sambutan Ulang Tahun ke-46, Penubuhan Muzium Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

槟州博物馆及艺术画廊成立46周年纪念
槟州博物馆委员会主席黄汉伟致词

尊敬的槟州元首Tun Dato' Seri (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
尊敬的槟州元首后Toh Puan Datin Seri Hajjah Majimor bt. Shariff

各位市议员
槟州博物馆及艺术画廊委员会委员
各政府部门负责人
各位来宾, 各位记者朋友们

大家早上好,

在还没有开始致词前, 我首先在这里非常感谢我们尊敬的槟州元首及元首后拨冗出席这项对我们来说非常有意义的活动。我也想在这里向槟州博物馆及艺术画廊全体员工说声谢谢, 因为他们的努力及合作才能使得这项活动成功举行。

各位来宾,

身为槟州博物馆主席,我感到非常高兴的自豪今天在这里为这项有意义的活动主持开幕仪式。槟州博物馆及艺术画廊成立了46年以来, 今年是第一年庆祝周年纪念日, 我非常感谢各个部门给于的合作及参与, 槟州博物馆及艺术画廊成立46周年纪念活动将从本月14日至17日,一连4天在这里举行, 多个不同的相关单位将参与其盛。

槟州博物馆及艺术画廊在1964年于乔治市华盖街成立, 该建筑物是由当时东印度公司的Kapten Robert Smith所捐献的。Kapten Robert Smith 当时是将该建筑物用作教育用途,成立了Penang Free School 及Sekolah Hucthing. 在1961年才由我国第一任首相Tunku Abdul Rahman 建议将该建筑物改为现在大家所看到的博物馆, 而这座博物馆在1965年4月14日下午5时30分由槟城第一位州元首Raja Tun Uda Ai Haj Bin Mohamad 正式开幕。而博物馆委员会则在1972年6月13日在槟州州议会上通过有关法案之后成立的。

自从本人在2009年被委任为博物馆主席以后,我尽我最大的努力改善博物馆及艺术画廊,无论在建设或是展览素质方面 。在博物馆委员会的支持下,同时也得到槟岛市政局的配合,我们成功租借充满历史背景及广阔的建筑物 – 中路57号作为槟州博物馆分馆。

各位嘉宾,

博物馆及艺术画廊委员会也乘46周年纪念同时出版博物馆及艺术画廊2010年年度报告,在停刊17年后, 我们在从新出版博物馆及艺术画廊年度报告,这年度报告非常详细的纪录了博物馆及艺术画廊全年活动报告,访客建议及留言等等, 这也为2010年画下了美丽的句号。


一座成功的博物馆及艺术画廊, 它的功能不单单只是展览或举办活动而已。一间博物馆及艺术画廊的成功是成为那个城市的代言人, 访客可从博物馆了解这座城市的历史背景,从艺术画廊中了解当地的文化艺术气息及特点。

今天, 这充满意义的一天也将成为槟州博物馆历史性的一天, 如果没有大家的帮忙及协助,我相信今天也不会这么的成功。最后,我想跟所有给予充分配合得单位说声谢谢及我祝愿槟州博物馆及艺术画廊越办越好。

谢谢。

Tiada ulasan:

Catat Ulasan