Rabu, 12 Januari 2011

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Koh Tsu Koon Tidak Harus Mempersalahkan PR Atas Pengurusan Jeti Berlepas Bayan Bay dan Pulau Jerejak

Posted: 12 Jan 2011 12:47 AM PST

Koh Tsu Koon Tidak Harus Mempersalahkan PR Atas Pengurusan Jeti Berlepas Bayan Bay dan Pulau Jerejak Serta Syarikat Tropical Island Resort(TIR) Sedangkan Ia Diluluskan Di Bawah BN Oleh Beliau Dari 1992-2007 Kepada UDA Menyebabkan PDC Mengalami Kerugian Sebanyak RM19Juta .

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah membuat tuduhan ke atas Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang tentang salah pengurusan jeti berlepas Pulau Jerejak dan Bayan Bay serta syarikat Tropical Island Resort(TIR) semasa menghadiri bengkel BN pada hari Ahad lepas. Beliau tidak puas hati kerana tidak ada kunci bot dan terdapat ular di dalam bilik stor.

Saya ingin mengingatkan Koh Tsu Koon bahawa jeti berlepas Bayan Bay dan Pulau Jerejak adalah di bawah TIR dan bukan di bawah pengurusan Kerajaan Negeri PR. TIR dimiliki 51% oleh UDA dan 49% oleh PDC. Hampir semua tanah yang boleh digunakan di Pulau Jerejak telahpun diserahkan oleh Koh kepada UDA semasa BN memerintah. Yang teruk lagi, pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta dalam TIR dan pinjaman kepada TIR RM3.6 juta keseluruhannya RM19juta tidak boleh didapat balik.

Oleh itu adalah tidak bertanggungjawab untuk Koh terus mempersalahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang atas masalah jeti berlepas Bayan Bay dan Pulau Jerejak serta pengurusan syarikat TIR sedangkan semuanya diluluskan di bawah BN oleh beliau dari 1992-2007 kepada UDA menerusi TIR. Kelulusan kepada UDA menerusi penubuhan TIR menyebabkan PDC mengalami kerugian sebanyak RM19 juta.

Adakah Koh berani untuk memberikan penjelasan tentang skandal baru Pulau Jerejak sebanyak RM19 juta? Atau adakah beliau akan tunggu sampai bulan Mac atau tidak berani pun untuk menjelaskan skandal ini?


Laporan penuh dikepilkan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan