Pengikut

Lim Guan Eng

Posted by : Admin Direktori Blog | Selasa, 7 Disember 2010 | Published in

sumber :-

Lim Guan Eng


”PULAU PINANG PASTI EMAS”

Posted: 06 Dec 2010 05:44 AM PST

Saya dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada atlet-atlet Pulau Pinang yang telah berjaya meraih pingat emas, perak dan gangsa di Sukan Asia ke-16, Guangzhou baru-baru ini. Atlet Pulau Pinang telah memenangi 4 emas, 7 perak dan 7 gangsa daripada 9 emas, 18 perak, 41 gangsa yang dimenangi oleh Malaysia.

Seramai 13 orang atlet dari Negeri Pulau Pinang akan diberikan insentif tersebut bagi menghargai pencapaian cemerlang mereka di Sukan Asia ke-16 Guangzhou baru-baru ini yang keseluruhanya sebanyak 4 pingat emas, 7 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Seramai 7 orang atlet telah mendapat pingat dalam acara individu dan 8 orang telah mendapat pingat dalam acara berpasukan.Di antaranya 3 orang atlet dari acara skuasy telah berjaya mendapat pingat dalam kedua-dua acara individu dan berpasukan.

Atlet-atlet individu dari Pulau Pinang yang mendapat pingat emas di Sukan Asia ke-16 Guangzhou akan diberi insentif bernilai RM10,000, RM7,000 kepada pemenang pingat perak dan RM4,000 untuk pingat gangsa.

Manakala bagi atlet-atlet berpasukan dari Pulau Pinang, RM5,000 akan diberikan kepada pemenang pingat emas, RM3,500 kepada pemenang pingat perak dan RM2,000 kepada pemenang pingat gangsa.

Penganugerahan insentif ini merupakan pemberian yang amat bermakna kerana ia dapat menggalakkan atlet-atlet yang berjaya untuk terus berusaha maju ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, ini juga dapat menjadi pendorong kepada atle-atlet muda yang berbakat menetapkan tekad demi kemajuan pencapaian mereka serta mengasah bakat mereka agar setaraf dengan atlet-atlet bertaraf antarabangsa.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai sumber kewangan yang terhad, namun, sumbangan para atlet tetap diberi sebagai menghargai jasa mereka menaikkan nama Pulau Pinang. Sebagai megeri yang berhasrat mencapai status negeri bertaraf antarabangsa maka tahap antarabangsa mestilah disasarkan termasuk dalam pencapaian sukan.

Saya menggesa agar lebih ramai rakyat Pulau Pinang yang akan berkecimpung di dalam bidang sukan tidak kira sukan apa sekalipun demi mengharumkan nama dan pencapaian Pulau Pinang.

(0) Comments

Leave a Response

Sayap Parti