Isnin, 6 Disember 2010

Charles Santiago

Charles Santiago


DAP MP claims police assault in water protest

Posted: 05 Dec 2010 11:32 PM PST

Source: The Malaysian Insider

By Clara Chooi
December 06, 2010

KUALA LUMPUR, Dec 6 — An opposition MP claimed today that he was "barbarically" assaulted by the police in what he said was the violence that invaded a peaceful rally against the potential bailout of Selangor water utility companies yesterday.

DAP's Klang MP Charles Santiago (picture) alleged that several policemen dragged and kicked him during the protest, just as he was helping an elderly man who had fallen during the chaotic assembly.

"I was trying to help this elderly man who had fallen during the stampede and as I tried to bring him to his feet, the police caught me from the back, dragged me and kicked me around, especially on my legs.

"At least three of them dragged me close to the water fountain and kept on kicking me," he told reporters in Parliament today.

The MP added that as a result, he was now suffering from "sheer pain" in his legs.

He said that in the incident, the elderly man and a young woman who was in tears nearby were also attacked.

"There was a young woman beside me, in tears because of the tear gas that the police had already fired. But the police did not care. They used the opportunity to continue beating people up.

"The lady was hurt and the old man was also hit and his shirt was torn to pieces," he lamented.

The police had charged at more than 1,000 protesters during yesterday's peaceful rally at the KL Railway Station, forcing hundreds to seek refuge at the nearby National Mosque.

Despite this, the police, together with Federal Reserve Unit personnel, fired tear gas canisters at protesters and several jets of chemical-laced water from water cannons.

The action at the National Mosque began after police had allowed a group of protesters through to deliver a memorandum the Yang di-Pertuan Agong seeking support for Selangor's takeover of the state's water industry.

According to witnesses, police used tear gas and water cannons on the crowd after allowing Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and several state exco members to proceed to the Istana Negara.

Khalid's administration is fighting for the rights over the water industry and promised to provide the first 20 cubic metres water for free and maintain a 12 per cent increase in water tariff compared to Syabas' plans of a 25 per cent increase in 2012 and a 20 per cent increase in 2015.

Sources told The Malaysian Insider recently that Selangor water bondholders will urge Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to intervene directly in the state's water restructuring deadlock in an effort to safeguard their bonds from being further downgraded.

The Malaysian Insider understands that major bondholders — including CIMB Principal Asset Management, Hong Leong Investment Bank and Great Eastern Life — have drafted a joint letter to Najib asking the federal government to bail out Syabas with a soft loan worth some RM1 billion.

In the letter, the bondholders contend that further downgrades of debt ratings will put capital markets at risk and will seriously impede the government's effort to promote its Capital Markets Masterplan.

Putrajaya bailed out Syabas once already last year when it gave a RM320.8 million soft loan to parent company Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) in December to help settle its debts to water treatment

 

// //


Air Selangor: Putrajaya dinasihati guna perunding bebas dan berwibawa

Posted: 05 Dec 2010 11:24 PM PST

Source: Selangorkini

KUALA LUMPUR 5 Dis – Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor mampu menyelesaikan pertikaian mengenai masa depan industri air negeri ini jika ada sikap keterbukaan untuk memastikan rakyat tidak menanggung beban akibat perancangan yang buruk.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Projek Langat 2 yang ditaja oleh kerajaan pusat untuk menambah bekalan air ke Selangor hanya untuk menampung keperluan sehingga tahun 2025, dan dengan syarat kadar hujan adalah sama sepanjang tempoh itu.

"Saya fikir satu isu yang tidak diambil kira oleh kerajaan Persekutuan ialah perubahan iklim. Saya telah mencadangkan isu ini beberapa tahun dahulu dan juga baru-baru ini di parlimen saya tekankan bahawa perubahan iklim ini merupakan satu isu penting yang perlu ditangani," kata beliau.

"Sekiranya hujan tidak turun di empangan yang akan dibina, apa mereka akan buat? Jika setelah empangan tersebut dibina di Pahang dan hujan tidak turun, bagaimana hendak mendapatkan air?" tanya beliau lagi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mahukan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memastikan bekalan air Selangor tidak akan terjejas, lapor The Star.

Pertikaian antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri membabitkan pengurusan aset air di Selangor dan perlaksanaan projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor termasuk pembinaan loji rawatan air Langat 2 bernilai hampir RM10 bilion ringgit.

Kerajaan negeri menyatakan kesediaan untuk mengambil alih pengurusan air di Selangor bagi menjamin harga air yang jauh lebih rendah daripada apa yang di tawarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Putrajaya bagaimanapun tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk mengambil alih asset syarikat konsessi berkenaan. Rundingan telah berjalan lebih dua tahun.

Pada masa sama, kerajaan negeri mengambil pendirian projek Langat 2 tajaan Putrajaya adalah terlalu mahal dan tidak perlu disegerakan kerana Selangor mencukupi bekalan air sehingga 2019.

Kerajaan negeri sedang menumpukan usaha untuk menerokai sumber air yang lebih menjimatkan duit rakyat.

Ini kerana kerajaan negeri tidak mahu rakyat dibebankan lagi dengan harga air mahal akibat pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada syarikat kroni Umno-BN.

Mengulas kenyataan Sultan Sharafuddin itu, Charles bersetuju teguran baginda harus diambil kira oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

"Kalau kita baca dengan teliti apa yang disuarakan oleh Tuanku, sebenarnya Baginda berkata kedua-dua pihak termasuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor, mesti bersepakat dalam hal ini," jelas beliau.

Beliau menyarankan Putrajaya supaya menggunakan badan perunding bebas dan tanpa kepentingan untuk mengkaji bekalan dan keperluan air di Selangor dan tidak berpandukan kepada rumusan oleh syarikat-syarikat yang mengharapkan kontrak kerajaan.

Kerajaan Persekutuan membuat keputusan berasaskan kajian oleh dua pemain industri air, iaitu Ranhill Corporation dengan Sendi Mahir Sdn Bhd (yang mempunyai kepentingan masing-masing), menurut Charles.

"Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah membuat kajian yang telus dengan menggunakan firma yang bebas dan tidak ada kepentingan dalam industri air," kata beliau lagi.


Laporan terkini Perhimpunan Aman (KEMAS KINI)

Posted: 05 Dec 2010 11:21 PM PST

Source: Selangorkini

KUALA LUMPUR 5 Dis – Berikut adalah laporan terkini sekitar suasana dan keadaan di beberapa kawasan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Istana Negara bagi program perhimpunan aman 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat'.

1.40pm – Menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Badrul Amin, seramai 15,000 orang sudah berkumpul di Masjid Negara.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menyampaikan ucapan. Dalam pada itu, isyarat baik diterima dari Istana Negara dengan menyaksikan pintu utama Istana Negara dibuka luas dan pihak polis juga dilihat memberi laluan kepada rombongan rakyat menuju ke istana.

1.10pm – Semua jalan menuju ke Istana Negara dan Masjid Negara ditutup.

Sementara itu, laungan 'tolak Syabas, tolak BN, hancur Syabas, hancur BN' terus bergema di pekarangan Masjid Negara.

Presiden Persatuan Mahasiswa atau Perwasis, Mohamad Izuddin Zaini memberitahu Tv Selangor, pihaknya berkumpul bersama-sama kerajaan negeri atas tike'student power' dalam usaha menyokong kempen 'Kembalikan Hak Air kepada Rakyat'.

Lebih 400 wakil mahasiswa dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) turut menyertai perhimpunan pada hari ini.

1.00pm – 5 lagi peserta demo berpakaian merah sambil membawa sepanduk ditahan di Muzium Negara.

12.55pm – Lebih 10,000 mula membanjiri Masjid Negara untuk menyertai perarakan menyerahkan memorandum 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' kepada pihak Istana Negara.

12.45pm – 10 ahli GAPS diketuai Hamizon Khairuddin tiba di pekarangan Istana Negara menaiki dua kenderaan MPV menyerahkan memorandum mereka kepada wakil pegawai Istana. Polis dilihat memberi kerjasama sepenuhnya dan membenarkan kedua-dua kenderaan terbabit memasuki pekarangan istana.

12.10pm- Dalam perkembangan terbaru, Exco Selangor, Elizabeth Wong menulis dalam twitternya, ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim, S. Arutchelvan dan seorang lagi anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan polis di KL Sentral, ketika dalam perjalanan ke Istana Negara.

Sementara itu, Penyeleras Kempen Air untuk Rakyat, Badrul Amin Bahrom melahirkan kekesalannya di atas penangkapan ketiga-tiga mereka. Menurut beliau, ini adalah usaha untuk menakut-nakutkan orang ramai bagi menyertai perhimpunan aman tersebut.

Kira-kira 3,000 rakyat mula membanjiri Masjid Negara.

Turut kelihatan di pekarangan Masjid Negara ialah Badrul Hisham Shaharin, Elizabeth Wong, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Gobind Sing Deo.

11:45am – Orang ramai kelihatan mula membanjiri Masjid Negara. Sementara itu, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan seramai '50 marsyal demo' memaklumkan dalam twitternya bahawa Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membatalkan hasrat berarak dengan berjalan kaki ke Istana Negara, sebaliknya ke sana dengan menggunakan kenderaan.

11.15am – Polis kini mengadakan sekatan jalan raya di susur keluar Sungai Besi menuju ke Istana Negara.

11:10am – Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, suasana masih lengang. Difahamkan beberapa sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak polis bertujuan menghalang orang ramai dari berkumpul. Antaranya di Sungai Buloh, Bestari Jaya dan Batu 3.

Turut difahamkan operasi komuter di stesyen Batu 3, Shah Alam juga turut terjejas.

10.50am – Polis telah menutup Jalan Kinabalu.

Kira-kira tujuh trak FRU dan sebuah trak meriam air ditempatkan di depan Istana Negara. Sekumpulan 20 anggota polis biasa turut mengawal di sekitar kawasan berkenaan. Sementara jurukamera TVS, Mohd Hanafi yang membuat lliputan di kawasan berkenaan telah ditahan dan disoalsiasat oleh sekumpulan anggotan polis sebelum dibebaskan beberapa minit kemudian.

10.30am – Kira-kira 100 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) polis berada di sekitar Jalan Travers

10.00am – Seawal jam 8.30 pagi pasukan polis menggerakkan anggotanya mengawal setiap pintu masuk Masjid Negara. TVSelangor dimaklumkan, semua pintu masuk ke pekarangan masjid berkenaan ditutup dan dikawal ketat yang dirancang Kerajaan Selangor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan