Selasa, 26 Oktober 2010

Charles Santiago

Charles Santiago


Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

Posted: 26 Oct 2010 09:35 PM PDT


Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

Posted: 26 Oct 2010 09:32 PM PDT


Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

Posted: 26 Oct 2010 09:29 PM PDT


Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat

Posted: 26 Oct 2010 09:15 PM PDT


Syabas collected RM50m for reconnecting water supply, says MP

Posted: 26 Oct 2010 07:30 PM PDT

Tue, 26 Oct 2010 17:35

E-mail Print

By Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) has collected about RM50 million in fees for reconnecting water supply in the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya, and Selangor, claimed an opposition MP today.

Charles Santiago (DAP-Klang) said that the fees were collected by Syabas after it had disconnected water supply to 890,178 users between 2005 and 2009.

He was referring to a written reply given to him by Energy, Green Technology and Water Minister Peter Chin.

"As of September this year, Syabas has disconnected water supply to about 100,000 users," said Chin.

However, Santiago said the rate at which water supply was disconnected was “alarming”.

"What is more alarming is that to reconnect the water supply, these users are charged RM50 each time. If you calculate, from 2005 to 2009, Syabas has collected about RM44.5 million while for 2010, it has collected about RM5 million," said Santiago.

He also questioned why the number of users whose water supply had been disconnected was high although the Selangor government gives 20 cubic metres of free water every month.

"This demonstrates the growing impoverishment among the people in the state," he said.


Mengapa rakyat termiskin tanggung caj sambung air

Posted: 26 Oct 2010 07:21 PM PDT

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony a/l R Santiago menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membatalkan RM50 caj penyambungan semula bekalan air yang umumnya dihadapi oleh rakyat termiskin.

Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I didesak demikian kerana polisi itu mengakibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mendapat manfaat  ‘percuma’  sebanyak RM45 juta daripada mereka yang terbabit.

“Kalau kita terus mengenakan caj penyambungan ini kepada orang miskin, lagi sukarlah orang miskin untuk hidup.

“Ini adalah rintihan rakyat dan mereka (Syabas) membuat wang atas kemiskinan rakyat ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” ujarnya petang tadi di lobi Dewan Rakyat.

Beliau membuat anggaran perolehan RM45 juta tersebut berdasarkan penyata Parlimen Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui yang dikeluarkan hari ini.

Penyata tersebut mendedahkan sebanyak 890,178 bekalan air rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dipotong oleh Syabas sejak tahun 2005 hingga 2009.

Penyata tersebut turut mendedahkan sebanyak 100,000 bekalan air rakyat dijangka akan dipotong oleh Syabas antara Januari hingga September tahun ini.

Pendedahan terbaru itu baginya memberi isyarat kepada semua pihak bahawa masih ramai lagi rakyat gagal menikmati bekalan air yang bersih disebabkan faktor kemiskinan hidup.

Pendedahan itu juga katanya, wajar membuka hati kerajaan Pusat untuk menerima cadangan kerajaan negeri untuk membeli kepentingan Syabas dan beberapa syarikat konsesi air lain di Selangor.

“Ini menunjukkan bahawa walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat telah memberi 20 meter padu air percuma, tapi nampaknya masih banyak orang miskin di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak mampu menikmati air bersih,” ujar lagi.

Sedangkan katanya, bekalan air bersih adalah hak asasi setiap rakyat yang wajib dijamin oleh kerajaan yang memerintah.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat memberi sokongan moral kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu memiliknegerikan serta menyelamatkan kesemua syarikat konsesi air terbabit dari terus menjadi  ‘telaga duit’ pemimpin tertentu yang dekat dengan Umno BN.


Pemotongan Bekalan Air – Syabas Pungut RM45juta

Posted: 26 Oct 2010 07:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) didakwa mengutip keuntungan melalui keperluan asas rakyat dengan mengutip RM44.5 juta melalui jumlah bayaran pemotongan bekalan air dari tahun 2005 hingga 2009 di kawasan Lembah Klang.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang ditemui media berkata, jumlah keseluruhan RM45 juta yang dikutip Syabas sejak lima tahun lalu di kawasan Lembah Klang membuktikan bahawa syarikat swasta tersebut mengutip keuntungan melalui keperluan asas rakyat.

Beliau berkata tindakan Syabas membuktikan bahawa rakyat terutamanya golongan miskin dibebani bil air yang tinggi sehingga terpaksa dipotong bekalan asas itu.

Charles berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui di parlimen pagi tadi bahawa Syabas telah mengutip RM44.5 juta bayaran pemotongan bekalan air dari tahun 2005 hingga 2009 di kawasan Lembah Klang manakala RM500 ribu lagi diperolehi melalui kutipan pemotongan yang sama dari bulan Januari hingga September 2010.

Peter Chin juga berkata bahawa Syabas telah mengenakan pemotongan air kepada 990,178 unit sehingga September 2010.

“Jadi kita dapati cara yang membebankan rakyat tidak dapat diterima. Kita mesti balik kepada perkara yang diterangkan PBB bahawa air adalah hak asasi manusia dan ianya mesti dibawah kelolaan kerajaan,” jelas beliau di lobi parlimen. 

Charles berkata kerajaan negeri Selangor sudah bersedia untuk mengambil alih pengurusan air daripada Syabas namun terdapat halangan daripada kerajaan persekutuan walaupun perbincangan telah berlangsung selama 2 tahun.

Tambah beliau, kerajaan persekutuan lebih memihak kepada Syabas yang mementingkan keuntungan.

Beliau turut mengambil pendekatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meletakkan air sebagai tanggungjawab kerajaan selain ianya tergolong dalam komoditi yang tidak boleh dijual beli.

“Ada banyak alasan tapi masih dalam perbincangan. Pada amnya kerajaan hanya beri kepada syabas. Perbincangan sudah berlangsung 2 tahun. Kerajaan persekutuan menyebelahi pihak swasta,” ujar beliau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan