Charles Santiago |
- Move money from speculation to production, says AEPF
- Jawatankuasa bertindak penduduk Kg Papan serah memorandum di SUK
- Nilai Pelaburan Luar Bukti Keupayaan Kerajaan Selangor, Kedah
Move money from speculation to production, says AEPF Posted: 21 Sep 2010 09:24 PM PDT Source: INQUIRER.net First Posted 12:37:00 09/08/2010 MANILA, Philippines—A way out of the global financial crisis is to put money out of speculation and into actual production, social movements belonging to the Asia-Europe People's Forum (AEPF) said. In an interview with INQUIRER.net, Charles Santiago, Member of Parliament of Malaysia and AEPF co-coordinator for Asia, said 80 percent of the money is in speculation—in stock and future markets for oil, metals, and other commodities, and even currencies themselves. "The markets are no longer logical. Money should follow the productive sectors and promote production," he said. Increasing money in actual production to at least 30 percent would make the global economy more sustainable, Santiago added. The current rate of money in speculation "makes us highly vulnerable," he said, proposing that the world economy must be put under control "to address the concerns of companies and people." "Markets want certainty. Right now, the markets are like a yoyo. It's a senseless monitoring of the markets every day. The situation must not be what it is now: we gain for one year, and then lose for the five years," he said. At the same time, he said, the international community "must agree to distribute surplus equitably among international sectors," he said. And instead of relying on foreign investments, Santiago said, countries—especially developing nations—must invest in local industries to spur domestic-led growth. In the face of climate change crises, Santiago said governments must encourage the development of new skills for eco-friendly, low-carbon industries as in recycling, solar panels, and renewable energy. In discussions prior to the October 2010 AEPF-8, which is the parallel people's gathering to the biennial heads of states' Eighth Asia-Europe Meeting (ASEM-8) in Brussels, civil society groups in Asia urged decision-makers to re-think their assumptions and actions. AEPF's Santiago noted that the trillions of dollars in stimulus packages are running out and while governments are deliberating on new ones to stave off the inevitable collapse of the world economy, they should also question their assumptions about the neo-liberal system itself. |
Jawatankuasa bertindak penduduk Kg Papan serah memorandum di SUK Posted: 21 Sep 2010 04:42 AM PDT Source: Komunitikini by Fadzly Esa on 21 Sep, 2010 Jawatankuasa bertindak penduduk Kampung Papan menyerahkan memorandum kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, pagi tadi. Memorandum yang diserahkan pada jam 10.40 pagi itu bagi mengkaji keputusan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkenaan projek perumahan di kampung Jalan Papan dan Kampung Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran Klang. Ia mewakili jawatankuasa Peneroka Kampung Jalan Papan, Jawatankuasa Bertindak peneroka Bandar Jalan Bukit Kerayong dan Persatuan Penduduk Jalan Papan Pandamaran Pelabuhan Klang Hadir sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Pengerusi Jawatankuasa Peneroka Jalan Papan, Ang Mah Chye, Pengerusi jawatankuasa Kampung Jalan Bukit Kerayong, Dominic See dan Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Papan Ang Boon Tai.Sementara itu, selepas mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk, Haniza Talha yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor berkata beliau akan membawa isu tersebut dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC). Menurutnya jawatankuasa itu akan menyiasat serta mengambil tindakan termasuk memanggil beberapa saksi penduduk untuk memberi keterangan. "Kita perlu mendengar cadangan dan pandangan daripada kedua-dua belah pihak dan selepas itu baru membuat rumusan di sebalik siasatan tersebut. "Dijangkakan kita akan membawa perkara ini dalam jawatankuasa pilihan khas berkaitan pihak PBT minggu depan," katanya.Ang Mah Chye menunjukkan memorandum kepada mediaKomunitikini difahamkan, isu tanah di Kampung Jalan Papan tercetus pada tahun 1997 apabila enam lot tanah di Pandamaran termasuk tanah kedua-dua kampung tersebut telah diberikan kepada TPPT Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Bank Negara, untuk memulih projek terbengkalai. Pada 2003, MPK memberi notis kepada penduduk di situ supaya mengosongkan rumah masing-masing dan berpindah ke pangsapuri kos rendah yang dibina oleh TPPT atau pemaju lain dengan diberikan wang pampasan sebanyak RM7,000 kepada mereka yang setuju berpindah. Kebanyakan penduduk tidak berpuas hati dengan tawaran itu dan mencadangkan TPPT membina rumah yang harganya di bawah RM100,000 kerana menurut mereka, sejak menghuni kawasan itu 70 tahun lalu, Pejabat Tanah telah memberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada sebahagian penduduk, sehinggalah TOL itu dibatalkan tanpa alasan pada tahun 1990. Isu itu memuncak apabila MPK pada 2004 bertindak merobohkan rumah di kedua-dua kampung itu dengan menggunakan Ordinan Darurat, dan ini memaksa jawatankuasa penduduk memohon satu injunksi mahkamah bagi menghentikan kerja merobohkan itu, selain turut mencadangkan TPPT menggunakan kontraktor pilihan jawatankuasa penduduk kampung yang dipercayai boleh memberi tawaran yang lebih baik, iaitu rumah teres. Bagaimanapun, pada 2007, TPPT melantik Melati Ehsan Development Sdn Bhd bagi pembangunan projek tersebut tetapi syarikat itu hanya akan membina 107 buah rumah teres satu setengah tingkat di bawah harga RM100,000 dengan hanya 51 buah rumah akan diberi kepada pembeli daripada senarai jawatankuasa penduduk. TPPT sebagai anak syarikat Bank Negara secara jelas telah melanggar syarat perjanjian yang dipersetujui dengan kerajaan negeri Selangor, dengan membenarkan projek itu diberikan kepada Melati Ehsan, sedangkan perjanjian berkenaan jelas menyatakan sebuah anak syarikat Bank Negara tidak boleh mengadakan satu projek yang mendatangkan keuntungan melainkan untuk memastikan perumahan dibuat untuk membantu masyarakat miskin. |
Nilai Pelaburan Luar Bukti Keupayaan Kerajaan Selangor, Kedah Posted: 20 Sep 2010 11:27 PM PDT Source:by TVSelangor2009 on Tuesday, 21 September 2010 at 14:14 SHAH ALAM 21 SEPT: Keyakinan pelaburan asing terhadap Selangor dan Kedah ketika negara berdepan masalah kemerosotan pelaburan asing, menunjukkan keberkesanan dan keupayaaan pentadbiran Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata Faktor kestabilan politik dan kesungguhan kerajaan negeri mewujudkan persekitaran selesa kepada pelabur, menjadi punca kedua-dua negeri memperoleh nilai pelaburan asing yang tinggi. “Di mana-mana negara, apabila pelabur ada keyakinan terhadap kerajaan pemerintah, maka pelaburan akan naik dan sebaliknya pelaburan akan turun jika pelabur tidak yakin terhadap kerajaan pemerintah,” kata kepada TV Selangor. Sebelum ini, Ketua Pengerangan PAS, Idris Ahmad sebelum ini menyatakan Kedah berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM1.837 bilion dan Selangor RM7.755 bilion tahun lalu walaupun pelaburan asing ke negara ini merosot. “Ini menunjukkan pelabur percaya kepada negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat; dalam masa yang sama kerajaan pusat merungut, pelabur tidak datang kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” kata Idris. Mengulas lanjut, Charles berkata, Selangor menikmati pelaburan yang tinggi lantaran menjadi negeri paling membangun di negara ini, selain mempunyai infrastruktur yang lebih lengkap bebanding negeri lain. “Selangor juga ada ramai pekerja mahir dalam pelbagai industri dan kita dapat melihat migrasi pekerja daripada negeri lain. Ini petunjuk yang menggambarkan peluang pembangunan di Selangor lebih baik,” katanya. Sekaligus, katanya, suasana sedemikian ialah kebanyakan pelabur-pelabur yang dikenalpasti adalah dari dalam negara dan ini mencerminkan tahap keyakinan yang tinggi terhadap pentadbiran kerajaan oleh Pakatan Rakyat. |
You are subscribed to email updates from Charles Santiago To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan