Sabtu, 17 Julai 2010

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员


Malam majlis memasang lilin memperingati pemergian Sdr. Teoh Beng Hock

Posted: 17 Jul 2010 08:26 PM PDT




Pada malam 16hb July 2010, genap satu tahun insiden yang berlaku dimana nyawa Sdr. Teoh Beng Hock, seorang Pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor,Sdr. YB Ean Yong Hian Wah, di jumpai mati dan dikatakan jatuh dari tingkat 14, di ibu pejabat SPRM di Plaza Masalam.
Pada malam 16 hb July ini, suatu perhimpunan aman di adakan untuk memperingati pemergian Sdr Teoh dan saya dengan rakan DAP termasuk pemimpin dan ahli parti component Pakatan Rakyat mengadakan majlis menyalakan lilin di tepi jalan di tengah tengah padang Komplek Spg Kual, Alor Setar, untuk memperingati Sdr. Teoh.
Rakyat masih tertanya tanya bagaimana seorang yang begitu cergas dan sihat boleh jatuh dari bangunan yang begitu tinggi. Adakah dia dibuang sebelum atau sesudah di meninggal atau adakah di membunuh diri?
Semua ini masih misteri sehingga hari ini. Keluarga, isteri dan seluruh rakyat Malaysia masih ingin tahu apa yang benar berlaku pada malam 16hb malam 2009, setahun yang lalu. Seluruh rakyat Malaysia masih tertunggu tunggu dengan penuh kerisauan, sedih dan pilu, dan sangat tidak percaya Sdr. Teoh Beng Hock sanggup bunuh diri dengan kes yang melibatkan wang sebanyak Rm 2400.00 sahaja untuk pembelian bendera sebanyak 1500 helai, bukan suatu kes yang melibatkan wang yang berjumlah berjuta juta ringgit.
Sehingga hari ini belum lagi dapat jawapan yang jelas dan munasabah keatas mengapa dia boleh jatuh dari tingkat 14, Plaza Masalam.
Rakyat sangat berharap Dr. Porntip, seorang pakar kajisiasat dari Negara Thai dapat di beri kebebasan yang secukup tanpa gangguan supaya pada 18 hb Ogos 2010 ini nanti, segala misteri kematian beliau dapat di jelas untuk dibongkar dengan penuh kebenaran dan keadilan.
Yang paling menyesal adalah baru baru ini dalam keyataan media, pihak SPRM dikatakan berkongsi sedih bersama sama keluarga Teoh Beng Hock satelah genap satu tahun beliau meninggal. Pihak SPRM di lihat sangat begitu tidak jujur.
Kita sangat berharap kebenaran akan wujud dengan keterangan Dr, Porntip bulan hadapan nanti, supaya keluarga Teoh boleh dapat menerima jawapan keatas bagaimana incident ini boleh berlaku dengan tenang dan juga supaya roh Sdr. Teoh Beng Hock dapat juga rehat dengan aman.
Hadir bersama sama dalam upacara majlis untuk memasang lilin adalah ADUN Kubang Rotan,Sdr. Nasir Mustafa dengan beberapa pemimpin dan ahli dari DAP, PAS dan PKR. Majlis berjalan secara aman tanpa gangguan dari pihak polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan