Selasa, 6 Julai 2010

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE


State Assembly Speech 5 Julai 2010

Posted: 05 Jul 2010 09:46 PM PDT

Ucapan menjunjung kasih kw atas Titah DYMM Sultan Johor sempena Perasimian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri ke-12 oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, ADUN Skudai memerangkap Ketua Pembangkang pada 5 Julai 2010

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Penggal Kedua Dewan yang mulia ini kedua belas.

Sayai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Banginda Tuanku kerana sudi menyampaikan Titah  Baginda.


Permasalahan Samaph Sarap

Sampah sarap di kawasan Skudai termasuk Taman Universiti, Taman Desa Skudai, Taman Ungku Tun Aminah tidak dipungut  menurut jadual sejak bulan Februari. Sampah sarap bertimbun-timbun di kawasan perumahan dan tepi jalan. Kontraktor telah memberhentikan kerja sebab menuntut  bayaran RM3 setiap rumah sebulan dinaikkan ke RM 5.

Disebabkan pengrusan sampah sarap yang kurang efektif, makhluk-makhluk perosak seperti tikus, lipas dan burung gagak berkeliaran di tempat awam.
Keadaan burung gagak dan tikus berleluasa di Persekitaran Pasar Awam dan Lorong Belakang Jalan kebudayaan 18, Taman Universiti, Skudai dan tikus berkeliaran di Pangsapuri-Pangsapuri Taman Ungku Tun Aminah disebabkan sampah bertimbun-timbun menjadi bekalan makanan  untuk tikus, burung gagak  dan anjing liar.

Akta Pengrurusan Sisa pepejal dan Pembersihan Awam dan Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam  2007   telah mengalihkan kuasa perlantikan kontraktor sampah dan pembersihan temapat awam dari PBT kepada KPKT  (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Walaupun PBT telah diberikan arahan supaya kontrak-kontrak untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan tempat awam hanya boleh ditawarkan kontrak jangkamasa pendek,  ini telah mengakibatkan  pengambilan kakitangan kontraktor-kontraktor  tempatan dan pembelian traktor dan lori baru diberhentikan.  .

Untuk mengatasi masalah ini, kuasa melantik kontraktor sewajarnya dikembalikan kepada kerajaan tempatan dan tender terbuka ditawarkan kepada kontraktor.

Rancangan Melaysia Ke-10 dan Pembangunan Skudai  

Skudai merupakan tumpuan pembangunan dalam Wilayah Iskandar Malaysia dan banyak infrstruktur perlu dinaik taraf di bawah Rancangan Malaysia ke-10

(1). Jambatan Bertingkat Jalan Pontian-Jalan Senai

JKR diharapkan akan bertanggungjawab untuk membina Jambatan Bertingkat di lokasi tersebut dari arah Jalan Pontian dan Jalan Skudai ke Taman Impian Emas dan juga laluan dari Jalan Pontian ke Taman Sri Skudai-Taman Sri Putri  di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

Walaupun belum ada sebarang kematian kemalangan jalan raya dilaporkan sebab ketiadaan penutup longkang di Jambtan Bertingkat terbabit, saya berpandangan JKR sepatutnya bertanggunjawab  kepada keselamatan nyawa khasnya pengunggang motosikal supaya kerja memasang penutup longkang berkenaan disenarai di bawah Rancangan Malaysia ke-10.


(2). Banjir-banjir Kilat

l        Kampung Poh Chee Leng:

Banjir kilat masih sering berlaku di Kampung Poh Chee Leng, Skudai, tetapi Kementerian Pertahanan belum mengambil sebarang tindakan untuk memperbaiki keadaan di sana. Oleh itu, saya cadangakn supaya Tapak Kem Skudai diubah syarat untuk tujuan pembangunan sivil serta mengelakkan masalah Banjir kilat di Kampung Poh Chee Leng. Jika Kementarian Pertahanan sanggup kehilangan enjin pesawat perang dalam usaha mempertahnkan keselamatan Negara, apatah kita harapkan Kementah sanggup prihatin kepada keselamatan penduduk-penduduk setempat?

Saya juga kecewa terhadap sikap MPJBT menangani masalah banjir kilat dan penyenggaraan infrastruktur di Kawasan Skudai. MPJBT dinasihat supaya lebih prihatin kepada masalah banjir kilat di kawasan perumahan. 

Dalam japwan yang diberikan oleh pihak MPJBT kepada soalan saya pada persidangan Dewan ini yang lalu, ada kerja-kerja untuk memperbaiki masalah banjir kilat dikatakan telah dilakukan tetapi sebenarnya tidak pernah dilakukan atau kurang berkesan:
-
l        Bagi Jalan Hang Tuah 33, waalupun pemasangon 'Scupper Drain' telah dibuat di Jalan Hang Tuah pada tahun 2009, tetapi banjir kilat masih berlaku disebabkan arusan air terlalu deras dari kawasan tinggi iaitu Jalan Nakhoda 19. Para penduduk telah mencadangkan Culvert yang lebih besar di bina di Jalan Nakhoda 19
l        Di Jalan Seri Orkid 23, Taman Sri Orkid,  dan Jalan Pulai 27, Taman Pulai Utama, Jalan Simpang Impian Emas 1, 8 dan 9, banjir kilat dikenalpastikan berpunca dari  mulut pengeluaran air conceal drain yang  terlalu sempit. Setakat ini kerja-kerja pembesaran 'inlet' untuk conceal drain belum dilakukan seperti yang dijanjikan. 

l        Pembesaran saiz longkang di Jalan Emas Putih 5 Taman Sri Skudai tidak  dilakukan  seperti dalam jawapan MPJBT kepada Dewan yang Mulai ini tetapi kerja berkenaan dilakukan di Jalan Emas Putih 1 yang bukan tapak ayng dimaksudkan. Oleh itu, banjir kilat masih berlaku di Jalan Emas Putih 5.  

Pembanguan Semula atau Urban Renewal

Walaupun Blok 4 Flet Taman Jaya, Skudai telah disahkan tidak selamat diduduki dan cadangan dan rancangan telah dibuat untuk membangun semula flet-flet berkenaan, pihak Kerajaan Negeri masih tidak dapat menentukan rancangan yang ketara untuk menyelesaikan masalah flet-flet terbengkalai yang dikatakan telah menjadi sarang penagih dadah.

Apabila Kerajaan asyik menjalankan projek-projek baru di Iskandar Malaysia, janganlah kerajaan mengabaikan kawasan perumahan dan komplek-komplek komersil yang terbengkalai seperti Palza Skudai, Waterfront City dan Kemayan City. Saya dimaklumkan Plaza Skudai telah menjadi sarang pembiakan nyamuk dengi dan mendatangkan ancaman kepada kesihatan penduduk berhampiran.   

Apabila MPJBT membelanjakan RM 7 juta untuk membina Hutan Bandar Mutiara Rini, peningkatan taraf infrasrtuktur asas seperti perhentian  bas dan teksi, stesyen minyak yang membekalkan gas asli, memperbaiki taman riadah seperti padang bola sepak di Taman Nesa.

Bidang Kuasa Perlesenan PBT

Adalah diperingatkan PBT-PBT sepatutnya dilatih dalam proses meluluskan lesen-lesen premis niaga dan   papan iklan untuk mengelakkan pertindihan di antara agensi kerajaan persekutuan dan PBT.  Menurut Seksyen 102 (s) Akta Kerajaan Tempatan 1976, KPKT (Kementerian  Perumahan dan Kerajaan Tempatan) telah mengisukan jadual yang senaraikan 155 jenis industri dan perniagaan  untuk PBT mengeluarkan lesen premis melalui Pekeliling KPKT bertarikh 17 Disember 1984.

Maka kebanyakan PBT tidak mengetahui atau melanggar syarat-syarat seksyen berkenaan yang menyatakan hanya tred, industri dan perniagaan yang mendatangkan kacau ganggu atau memudaratkan adalah di bawah budang kuasa PBT untuk  mengeluarkan lesen premis niaga.

Ini bermakna PBT-PBT tidak boleh membuat undang-undang kecil yang melebihi kuasa yang dimandat dibawah Seksyen 102 Subseksyen (s) umpamanya mengelasifikasikan sebarang niaga sebagai "sensitif". Tindakan sedemikian telah di luar kuasa  yang ditafsirkan oleh jadual di bawah seksyen berkenaan..

Di samping itu,   profesional seperti peguam, jurutera dan doctor adalah dikawal oleh Akta Profesional dan lain-lain  Akta terbabit. Ini bermakna PBT tidak mempunyai kuasa dan kepakaran untuk mengeluarkan Lesen Premis dan Papan Iklan kepada Profesional termasuk Jurutera, Peguam dan Doktor.

Contonhnya, Lesen Premis Klinik Swasta dan Papan Iklan  adalah dikawal  oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta  Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Oleh itu, PBT-PBT perlu mengkaji Akta-akta terbabit untuk mengelakkan pertindihan atau  percanggahan kuasa di antara agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan PBT.

Masalah Penternakan dan Perikanan

Saya telah bertemu dengan Persatuan Penternak Haiwan Kecil dan Sederhana Negeri Johor yang mengutarakan  masalah-masalah yang dihadapi penternak-penternak ayam pedaging kecil dan sederhana.

Mereka tidak puas hati terhadap tindakan Kerajaan membatalkan insentif pengeluaran  kepada penternak ayam pedaging berkapasiti melebihi 20,000 ekor ayam sebab pembatalan ini lebih menyebelahi penternak-penternak korporat yang bermodal tinggi. Pada jangka masa panjang penternak-penternak kecil dan sederhana akan dihapuskan serta menjadikan pasaran pengeluaran ayam pedaging monopoli korporat besar tertentu. Oleh itu,  harga pasaran ayam pedaging akan dibolot oleh korporat-korporat besar dan tidak  bermanfaat kepada para pengguna.

Para penternak ayam pedaging kecil dan sederhana juga menghadapi kekurangan tenaga buruh disebabkan bidang berkenaan tidak diminati oleh pekerja tempatan. Mereka merayu supaya Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri akan  mempercepatkan proses meluluskan permohonan permit pekerja-pekerja asing.

Di samping itu, Persatuan berkenaan juga menrayu kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinri supaya lebih prihatin kepada masalah kekurangan modal penternak-penternak kecil dan sederhana apabila  menguatkuasakan Enakmen Kawalan Dan Perlesenan Penternakan Unggas Negeri Johor 1997. Sokongan teknikal dan bantuan pinjaman modal diperlukan oleh penternak kecil dan sederhana untuk menaik taraf ladang-ladang ayam mereka.

Sebenarnya Enakmen terbabit juga dipanjangkan kepada perlesenan dan kawalan pemeliharaan segala burung termasuk burung walet. Seksyen 7 (2)(iii) Enakmen berkenaan  menghendaki sebarang tempat pemeliharaan unggas, baik ayam atau burung walet, berada di lokasi  500 meter ke atas dari kawasan kediaman, sekolah atau tempat ibarat.  Kerajaan  sepatutnya  memperuntukkan zon-zon tertentu untuk tujuan berkenaan seperti ladang-ladang ayam, khinzir, lembu dan kambing.

Selain daripada penternakan, perikanan adalah salah satu industri makanan yang mustahak. Oleh itu, kebajikan nelayan sewajarnya dibela oelh pihak berkuasa. Nelayan-nelayan di Kawasan Kukup dan Sungai Pulai boleh dikatakan "sudah jatuh tertimpa tangga" kerana subsidi saraaan hidup bulanan mereka sebanyak RM 200 seseorang telah ditarik balik oleh Lembaga Kemajuan Ikan selama setahun. Di sebaliknya  kemerosotan tangkapan ikan sebanyak 70% peratus sejak pembinaan Hab Petrokimia dan Loji Janakuasa Tajung Bin yang disyaki  punca pencemaran perairan laut di Kukup.

Oleh itu,  Lembaga Kemajuan Ikan dirayu supaya terus memberikan subsidi saraan hidup kepada  300 Nelayan berlesen B dan 140 orang berlesen A di Kawasan KukUP dengan kadar segera.

Masalah Pembinaan Modal Insan

Pembinaan modal insan tanpa kira aliran adalah amat mustahak bagi pembangunan Negara. Oleh itu, Kementarian Pelajaran sepatutnya lebih prihatin kepada pembangunan sekolah tanpa kira aliran.  Blok B  SJKC Kuo Kuang (1) telah disahkan tidak selamat diduduki dan perlu diperbaiki. Kerja reper  dijangka menelan perbelanjaan RM 800 ribu malahan angin rebut yang kencang pada 13 Jun lalu juga merosakkan sebahagian bangunan di SJKC Kuo Kuang (1) dan Kuo Kuang (2) yang memerlukan RM 100 ribu untuk memperbaiki sekolah masing-masing. Setakat ini, Kementerian Pelajaran belum memberikan sebarang  peruntukan kepada  dua-dua sekolah ini untuk  memperbaiki kerosakan bangunan.   

Di samping itu, saya juga diberikan mandat oleh sesetengah Noja masjid bukan kerajaan merayu kepada Kerajaan Negeri supaya dapat menaikkan elaun mereka dari  RM 1 sehari ke RM 10 sehari sebab kebanyakan Noja terdiri daripada pesara yang memerlukan pendapatan sambilan untuk menyara perbelanjaan seharian mereka.

POA di antara Malaysia-Sinagpura

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju mengembalikan tanah KTMB di Singapura kepada Kerajaan Singapura dan memindahkan Stesyen Keretapi di  Tanjung Pagar ke Woddlands. Saya berharap perjanjian ini akan mengeratkan perhubungan di antara dua-dua Negara yang sering bergelora  sejak Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia dan berhenti menjadi sebahagian Kepulauan Melayu.

Memandangkan Tanah KTMB di SIngapura dianggap sebagai "tanah milik di Singapura" di bawah pentadbiran agensi Kerajaan Malaysia iaitu KTMB, kedaulatan Pulau Pisang dan Pulau Merambong yang tidak menentu sewajarnya dijadikan salah satu agenda dalam pakej perjanjian baru untuk mengelakkan kontroversi seumpama kedaulatan Pulau Batu Putih berlaku semula.

Jika tanah KTMB boleh dipulangkan kepada Singapura, keadaannya sama dengan Pulau Pisang dan Pulau Merambong di mana sebahagian wilayah negeri Johor dibenarkan Singapura menguruskan Rumah Api.

Ekspot Pasir Ke Singapura

Pada pandangan saya, ekspot pasir ke Singapura tidak boleh disamakan dengan kedaulatan wilayah Negara termasuk Pulau Pisang dan Pulau Merambong.  

Oleh itu, saya bersetuju jika lesen ekspot pasir diluluskan secara terbuka supaya royalty dan cukai dapat dikutip untuk memperkukuhkan status kewangan Kerajaan Negeri.. Jika Bekas Perdana Menteri meyokong kelulusan Lesen Judi Sukan, apakah sebab dan logiknya beliau menentang Lesen Ekspot Pasir?

Mungkin Bekas Perdana Menteri terasa sedih sebab anak buahnya telah ditolak lesen judi sukan, oleh itu beliau  mendesak Kerajaan supaya memulihkan projek Jambatan Bengkok untuk menggantikan Tambak Johor.

Berikutan pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok kerajaan telah membayar pampasan RM292.5juta  kepada syarikat kontraktor yang dilantik, Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB).

Oleh itu, walaupun jambatan baru yang tegak boleh diperitmbangkan tetapi tender projek berkenaan mesti dibuka kepada kontraktor-kontraktor berpontensi. 

Saya memperingatkan Dewan yang mulia ini  bahawa di ibu kota Korea Selatan Seoul terdapat 26 batang jambatan besar yang merentasi Sungai Han, Kerajaan Korea tidak mengutip satu sen tol pun daripada pengguna jambatan-jambatan. Oleh itu, Jambatan Baru Selat Tebrau perlu  dikecualikan tol sedangkan Tambak Johor tidak dikenakan tol bila siap dibina pada zaman penjajahan British.

Walaupun tol di Linkedua dikurangkan 30%, kadar pemotongan tol ini mungkin tidak cukup banyak untuk  menarik penggunaannya. Jika penggunaan Linkedua masih berkurangan selepas  pemotongan tol, Kerajaan dijangka terpaksa membayar pampasan RM 30 juta setahun kepada syarikat Linkedua .
                                      
Pada keseluruhan, pembinaan Jambatan Baru Selat Tebrau, Linkedua atau Jambatan Ketiga mesti mempertimbangkan deficit Kerajaan yang semakin mencecah langit serta dipastikan bermanfaat kepada rakyat.

RAPID 

Kerajan juga sepatutnya memasukkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Johor Bahru (RAPID) dalam pakej perjanjian dengan Sinagpura supaya mengaitkan RAPID dengan MRT Singapura untuk memudahkan lagi pengangkutan awam di antara Johor Bahru dan Singapura.
Saya juga mencadangkan Lintasan RAPID Tebrau diteruskan sehingga Ulu Tiram,  bukan sahaja Sunway College seperti yang dirancangkan  dan Lintasan Skudai dipanjangkan ke Kulaijaya.

Bekalan Air

Pada tahun 2011 Kerajaan Singapura kan menyerahkan loji Rawatn Air Skudai
dan Empangan Gunung Pulai kepada Kerajaan Johor. Teknologi dan taknik pengurusan mesti dipalajri SAJH dengan baik supaya permasalahan catuan air di Kluang, Muar, Yong Peng dan Batu Pahat tidak akan berulang di Kawasan Skudai dan Johor Bahru apabila perjanjian bekalan air dengan PUB Singapura tamat pada tahun depan.


Perbelanjaan Wang Kerajaan Lebih Berhemah

Aset semasa Kerajaan Negeri dikatakan lebih kukuh lagi sekiranya ia menggunakan perakaunan akruan atau accrual basis yang mengambil kira tunggakan hasiil RM 157 juta, pelaburan dalam syarikat kerajaan RM 428 juta, tanah-tanah milik Perbadanan Setiuasaha Kerajaan dan harta modal kerajaaan dan harta modal kerajaan yang tidak dimaksukkan dalam kumpulanwang Diastukan Negeri.

Adalah diperingatkan bahawa perakuan akruan atau accrual bukan kaedah perakaunan tepat untuk menggambarkan prestasi perakuan kewangan semasa. Tunggkan hasil kerajaan pada tahun 2008 adalah RM 157 juta atau 15.5% berbanding dengan hutang awam sejumlah RM 1,014 juta .

Disebaliknya, asset-aset di bawah Perbadanan Setiuasaha Kerajaan merupakan pejabat-pejabat kerajaaan termasuk pejabat-pejabat  daerah, Pusat Pentadbiran Negeri  yang tidak boleh dujual dengan bebas dalam pasaran atau immovable asset

Sebahagian besar hutang awam Kerajaan Negeri sebanyak RM 798.9 juta dikatakan pinjaman untuk projek bekalan air di bawah SAJH. Oleh itu, penjualan asset SAJH sebanyak RM 4 billion kepada PAAB pada Mac 2009 digunakan untuk menjelaskan hutang SAJH dan Kerajaan Negeri Johor tetapi kerajaan sepatutnya memaklumkan Dewan yang mulia ini ke mana  baki RM 3 billlion dari penjualan asset SAJH kepada PAAB akan disalurkan?   

Di samping itu, Saya mengkhuatiri  kerajaan Negeri dan JCorp terpaksa menjual aset-aset ataupun hartanah strategik mereka untuk menyelesaikan hutang JCorp dan membiayai perbelanjaan mengurus Negeri Johor. Dalam sidang DUN Johor baru-baru ini JCorp telah mengesahkan menjual Menara Pejabat Kotaraya kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) pada 2009 dengan harga RM27 juta.

Sehingga 31 Disember 2009, jumlah kesluruhan asset   JCorp dianggarkan RM 4.9 billion tetapi JCorp berhutang sebanyak RM 6 billion dengan RM 3 hingga 4 billion dalam bentuk bon.  Aset, pengurusan dan liabiliti JCorp perlu distruktur semula.

Kerajaan Negeri telah menyatakan keinginan menjual asset JCorp  sebanyak RM 1.5 billion untuk menjelaskan hutang. Kerajaan Negeri sepatutnya mengemukakan suatu kertas berkenaan senarai dan nilai aset-aset JCorp yang akan dijual kepada Dewan yang mulia ini.

Penjualan asset bukannya satu-satu kaedah yang berkesan untuk mengurangkan hutang JCorp dan Kerajaan Negeri tetapi usaha untuk mengurangkan perbelanjaan berlebihan dan mempertingkatkan hasil pendapatan adalah satu-satu jalan yang akan mengatasi masalah kewangan Kerajaan Negeri dan Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan.

Oleh itu, penstrukturan semula syarikat-syarikat berkatian Kerajaan Negeri yang  dianggar sebanyak 350 buah anak syarikat adalah kritikal dalam usha menyusun semula liabiliti dan asset GLC dan kerajaan Negeri.


Yayasan Pelajaran Johor

Slaah satu Perbadanan berkanun yang mustahak adalah Yayasan Pelajaran Johor yang telah ditegur oleh Ketua Audit Negara berkenaan keleamahan pengrusannya khasnya dalam dokumentasi akaun. Baki pemiutang Yayasan pada 31 Disember 2007 YPJ berjumlah RM 7.49 juta tetapi sejumlahRM 5.22 juta (atau 70%) daripada jumlah tersebut tidak dapat disahkan kerana kekurangan dokumen sokongan dan satus kewujudannya tidak dapat ditentukan.

Ini membayangkan kekurangan akauntabiliti pihak pengurusan YPJ. Sebagai  perbadanan berkanun yang mustahak dalam usaha membina modal insan di Negeri Johor, jika keleamahan pengrusan YPJ terus dibiarkan berlarutan, pengurusan yang kurang akauntabel dan kompeten akan menjejaskan masa depan pelajar-pelajar Negeri Johor yang berpotensi.

Masalah Catuan Bekalan Air di Muar, Yong Peng, Kluang dan Batu Pahat

Di antara bulan Feburari dan bulan Mei, catuan bekalan air di Daerah Batu Pahat, Yong Peng, Kluang dan Muar telah dinyatakan berpunca dari kekurangan penurunan hujan dan paras air di Empangan Bekok, Machap dan Semborong.

Saya sedniri telah melakukan tinjauan dan ujian air di Emapnagn Bekok, Sungai Bekok, Bandar Yong Peng dan Batu Pahat.. Ujian sample air di Empangan Bekok telah menunjukkan kiraan bakteria Coliform dan Ammonia yang tinggi dan ini bermakna sumber air Empangan Bekok tercemar oleh najis binatang atau manusia dan baja kimia selaras dengan aktiviti penternakan dan pertanian haram di dalam kawasan Emapangan Bekok.

Pajakan untuk pertanian di kawasan Emapangan Bekok, Machap dan Semborong telah tamat pada tahun 2006. Kawasan Empangan Bekok seluas 35,400 hektar tetapi dikawal oleh seorang pengawal pada setiap masa. Dan aktiviti pertanian dan penternakan haram berleluasa sampai pulau-pulau di tengah takungan air Eampangan-empangan terbabit. Kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri sewajarnya mewartakan kawasan berkenaan sebagai kawasan tadahan air serta mengharam sebarang aktiviti pertqanian dan penternakan di kawasan Empangan dengan secepat mungkin..

Sampel-sampel air paip Batu Pahat didapati kekeruhan  dan paras magnesium, besi and fluorida yang tinggi. Paras magnesium setinggi 20-23 mg/L. iaitu 4 kali ganda lebih tinggi dari piawaian Negara Maju yang ditetapkan tidak lebih dari 5mg/l walaupun saya dimaklumkan SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) menggunakan piawaian magnesium yang lebih tinggi pada paras 150 mg/L.


Menurut WHO, piawaian magnesium itu berbeza dari setempat ke setempat berasaskan toleransi penduduk setempat. Para penduduk mengadu kejadian sakit perut ekoran catuan air adalah selaras dengan paras magnesium yang tidak boleh ditoleransi.

Malangnya kualiti air paip di Kampung Baru Bekoh, Tangkak juga menunjukkan kekeruhan dan kiraan bakteria Coliform yang setinggi 30. Ini bermakna sample air paip itu tercemar dengan najis binatang atau manusia yang sewajarnya dikenalpasti sumber pencemaran itu.dan mengambil tindakan untuk memperbaiki maslah dengan kadar secepat mungkin. 

Sumber-sumber air  dan kawasan tadahan air  mesti diperlindungi khasnya hutan simpanan kekal selain dari usaha mengelakkan aktiviti partanian dan penternakan dalam kawasan tadahan air. Air terjun dan emapangan-empangan air kekeringan disebabkan pembalakan di hulu-hulu sungai, termasuk Projek Ladang Getah yang masih berleluasa.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan