Pengikut

Lim Lip Eng

Posted by : Admin Direktori Blog | Sabtu, 14 Januari 2012 | Published in

sumber :-

Lim Lip Eng


Saman: Kayveas berdepan kemungkinan bankrap

Posted: 13 Jan 2012 07:21 PM PST

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7565-saman-kayveas-berdepan-kemungkinan-bankrap (Hazayani Zakaria, 13.1.2012)
Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng hari ini mendedahkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas sedang berdepan kemungkinan jatuh bankrap. Beliau berkata, Kayveas dan isterinya, Datin Seri Blanche O' Leary pernah disaman oleh sebuah syarikat kontraktor, Peninsular Concord Sdn Bhd pada tahun 1997 kerana gagal membayar ganti rugi bernilai RM470,000 kepada syarikat tersebut.
"Pada 1 Februari 1997 Peninsular Concord bayar RM470,000 kepada Kayveas dan isteri sebagai 'stakeholder' untuk satu projek. Tapi projek itu terbengkalai dan Peninsular minta balik duit tersebut tapi kayveas enggan bayar balik," kata beliau pada sidang media di pejabat khidmat masyarakat Parlimen Segambut, hari ini.
Pada 28 Julai tahun lalu, mahkamah memutuskan Kayveas mesti membayar balik wang tersebut berserta interest dan tiada perintah mahkamah menyebut kes ini ditangguh. Walaupun Kayveas dan isteri mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan, namun kes ini masih dalam perbicaraan.
"Kayveas kena bayar balik walaupun telah failkan rayuan. Peninsular Concord pula telah memfailkan notis bankrapsi terhadap Kayveas," jelasnya.
Semalam, Kayveas yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan bahawa namanya tidak terdapat dalam senarai bakal calon PPP untuk pilihan raya umum ke-13. Menjelaskan perkara itu, Kayveas seperti dilaporkan media berkata, beliau menyerahkan keputusan sama ada bertanding atau tidak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional. PPP telah mengemukakan hasrat bertanding di empat kawasan Parlimen dan 12 kawasan Dewan Undangan Negeri kepada Najib.
Pada pilihan raya umum lalu, PPP diperuntukkan dua kerusi di Perak iaitu kawasan Parlimen Taiping dan kawasan DUN Pasir Bedamar. Di Taiping, Kayveas tewas kepada calon DAP Nga Kor Ming dengan 11,298 undi manakala bagi kerusi Pasir Bedamar, calon PPP Lee Heng tewas kepada Seah Leong Peng daripada DAP dengan 7,914 undi.

(0) Comments

Leave a Response

Sayap Parti