Selasa, 20 Disember 2011

Charles Santiago

Charles Santiago


மஇகா தலைவர்களின் குரலுக்கு மதிப்பில்லையா? சார்ல்ஸ் கேள்வி

Posted: 20 Dec 2011 06:54 PM PST

  • மூலம் :- செம்பருத்தி
  • Tuesday, December 20, 2011 11:15 pm

சர்ச்சைக்குரிய இண்டர்லோக் நாவல் மீட்கப்பட்ட செய்தி கேட்டு மகிழ்ச்சியடைந்த இந்தியர்கள் பலருக்கு துணைக்கல்வி அமைச்சர் டாக்டர் முகமட் ஃபுவாட் ஸர்காஷி வெளியிட்டுள்ள அறிக்கை பெரும் ஏமாற்றத்தையும் அதிர்ச்சியையும் அளித்துள்ளது என நாடாளுமன்ற உறுப்பினர் சார்ல்ஸ் சந்தியாகோ கூறினார்.

கடந்த வெள்ளிகிழமை  சர்ச்சைக்குரிய இண்டர்லோக் நாவல் மீட்கப்பட்டுள்ளது என மஇகா தேசியத் தலைவர் ஜி.பழனிவேலும் அக்கட்சியின் தேசிய துணைத்தலைவரும் மனிதவளத் துறை அமைச்சருமான டாக்டர் சுப்ரமணியமும்  பகிரங்கமாக அறிவித்திருந்தனர்.

ஆனால் 'இண்டேர்லோக் நாவல் உண்மையிலே மீட்கப்பட்டதா; இல்லையா? என்பது குறித்து கல்வியமைச்சர் மொகதீன் யாசின் அறிவிப்பிற்காக அனைவரும் காத்திருக்க வேண்டும்' என முகமட் ஃபுவாட் கூறியிருப்பது, ஒட்டுமொத்த இந்தியர்களையும் மீண்டும் அவமானப்படுத்தும் செயல் என கூறுகிறார் கிள்ளான் நாடாளுமன்ற உறுப்பினர் சார்ல்ஸ் சந்தியாகோ.

அப்படியானால், ஆளங்கட்சியிலிருந்துகொண்டு இந்திய சமூதாயத்தின் தலைவர்கள் என மார்தட்டிக் கொள்ளும் மஇகா தலைவர்களின் குரலுக்கு எந்த மதிப்பும் இல்லையா? இந்தியர்களின் பிரதிநிதிகளின் முடிவுக்கு அரசாங்கம் மதிப்பளிக்காதா? என அவர் வினவினார்.

ஆரம்பத்தில் இண்டர்லோக் நாவலுக்கு எதிர்ப்பு தெரிவித்தபோதே அந்நாவலை அரசாங்கம் மீட்டுக்கொண்டிருக்கவேண்டும். தாமதம் செய்தற்குக் காரணமே இல்லை. அந்த நாவலில் கூறப்பட்டுள்ள விசயங்களை ஏற்றுக் கொள்ள முடியாது என்பது அனைவரும் அறிந்த ஒன்றே. அந்தப் பிரச்னை எழுப்பப்பட்டதும் அது பள்ளிக்கூடப் பாடப் புத்தகத் திட்டத்திருந்து உடனடியாக மீட்டுக் கொள்ளப்பட்டிருக்க வேண்டும் எனவும் சார்ல்ஸ் கூறினார்.

ஆனால், தற்போது மீட்டுக் கொள்ளப்படும் எனக் கூறுவதும் பின்பு, துணைத் தலைமையமைச்சரின் அறிவிப்பிற்கு காத்திருக்க வேண்டும் என்பதும், மத்திய அரசாங்கத்தின் அரசியல் நாடகமே என்பதனை மக்கள் புரிந்து கொண்டு, வரும் பொதுத் தேர்தலில் தீர்க்க முடிவு எடுக்குமாறும் சார்ல்ஸ் கேட்டுக்கொண்டார்.


Surat terbuka Bar Malaysia kepada Senator

Posted: 20 Dec 2011 12:35 AM PST

Source: Merdeka Review

 

Lim Chee Wee | Dec 20, 2011 11:15:01 am

 

Kepada Ahli Dewan Negara,

Surat Terbuka kepada Ahli-Ahli Dewan Negara mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 42/2011

Anda mungkin pernah dengar bahawa Bar Malaysia menentang Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 (“PA 2011″) di atas alasan ia meletakkan sekatan yang tidak munasabah dan tidak seimbang ke atas kebebasan berhimpun yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat peruntukan-peruntukan di dalam PA 2011yang jauh lebih ketat daripada undang-undang semasa seperti pengharaman “tunjuk perasaan jalanan” (perhimpunan bergerak atau perarakan) dan kuasa tidak terhad yang terletak pada pihak polis untuk menetapkan masa, tarikh, tempat dan kelakuan perhimpunan.  Terdapat juga peruntukan-peruntukan dalam PA 2011 yang tidak logik.  Sebagai contoh, walaupun pihak polis tidak perlu diberitahu tentang satu perhimpunan agama, perhimpunan seperti itu tidak boleh diadakan di tempat ibadat.  Tambahan pula, orang yang tinggal dalam jarak 50 meter daripada tadika atau sekolah tidak dapat mengadakan rumah terbuka bagi perayaan, perarakan pengebumian atau majlis perkahwinan.

Perdana Menteri dalam ucapan Hari Malaysia pada15 September 2011, menjanjikan kepada rakyat seperti berikut:

Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. . . .

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.  Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa. . . . (penekanan ditambahkan)

Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihandalam  mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. . . .

Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah.  Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif….

Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu….

PA 2011 adalah tidak konsisten dengan “norma antarabangsa”, tidak “mengikut dengan ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan menghormati hak asasi manusia dan hak-hak individu”.  Sebaliknya, Rang Undang-Undang ini akan membawa kita lebih jauh daripada “sebuah negara yang moden dan progresif”.

Ia adalah keterlaluan bahawa perhimpunan bergerak adalah dilarang.

Perhimpunan bergerak memberi peserta perhimpunan penonton daripada khalayak yang lebih ramai dan jarak penglihatan yang lebih luas, untuk melihat dan mendengar punca atau rungutan yang membawa kepada perhimpunan tersebut.  Perhimpunan bergerak telah digambarkan sebagai “satu kaedah bersuara yang kuat dan adalah fenomena biasa dalam masyarakat demokrasi”.  Sejarah adalah penuh dengan perhimpunan bergerak aman, yang merupakan ejen perubahan dan kebaikan.

Pada 27 Februari 1946, Dato ‘Onn Jaafar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (“UMNO”) dan datuk kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, mengetuai perarakan seramai 15,000 individu untuk membantah penubuhan Malayan Union, yang mengabaikan kepentinganRaja-Raja Melayu dan orang Melayu.  Ini adalah permulaan kepada siri perarakan yang berjaya menentang Malayan Union, dan kemudian membawa kepada kemerdekaan negara kita.  Pada 27 Februari 2008, Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi memimpin 20,000 orang dalam satu perarakan satu kilometer dari pejabat UMNO Batu Pahat ke stadium untuk memperingati perhimpunan ini.

Telah ada perarakan lain yang memanggil untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, hak-hak minoriti dan pembaharuan pilihanraya

Bagi Bar Malaysia, kami menganjurkan “Walk for Justice“, yang telah diadakan pada 26 September 2007, untuk meminta Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat klip video VK Lingam dan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, di mana kedua-duanya kemudiannya ditubuhkan oleh kerajaan.

Larangan perarakan sekarang mencuri hak Rakyat yang kini wujud di bawah Seksyen 27 Akta Polis, yang mengawal selia “perhimpunan, mesyuarat dan perarakan”.

Di tempat lain, sejarah adalah penuh dengan pelbagai perarakan aman yang diketuai oleh Mahatma Gandhi, Martin Luther King Jr dan Nelson Mandela, untuk menamakan seberapa, yang membawa kepada pengakhiran undang-undang, dasar dan rejim-rejim yang menindas.

Ia adalah ironik bahawa kerajaan kini mahu melarang perarakan yang membawa kepada penubuhan negara kita, dan lain-lain yang mengerakkan Perdana Menteri untuk menjanjikan pembaharuan perundangan.  Pembaharuan yang dijanjikan kini menyerang kembali demonstrasi yang menjadi pemangkin kepada mereka.

Bar Malaysia adalah teguh dalam pendirian dan keazaman bahawa PA 2011, dalam bentuk semasa, tidak boleh menjadi undang-undang.  Bar Malaysia tegas bahawa sebarang cubaan untuk mengawal kebebasan asas yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilakukan selepas berunding dengan semua pihak yang berkepentingan, termasuk ahli-ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil.  Untuk tujuan ini, Bar Malaysia telah mencadangkan satu rang undang-undang alternatif untuk dipertimbangkan, dan panggilan untuk PA 2011 akan diremitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk pertimbangan.  Pada bacaan kedua PA2011, kami meminta bahawa anda, sebagai Rakyat giat, sokongan panggilan kami.

Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa anda memegang kebebasan Rakyat di tangan anda.  Kami meminta agar anda melayannya dengan penghormatan yang sewajarnya.  Sekarang, lebih daripada biasa, anda perlu ingat bahawa anda telah dipilih sebagai wakil kepada rakyat, untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara.

Tolong jangan meletakkan ketaatan buta kepada parti dan sikap berat sebelah sebelum tugas anda sebagai pengkhidmat rakyat.  Rakyat tidak harus dibuat untuk menderita akibat politik berparti.  PA 2011 adalah satu undang-undang yang tidak adil, yang dibuat dengan terburu-buru tidak wajar, yang telah menerima kutukan Rakyat.

Tidak ada pilihan lain.

Jangan luluskan PA 2011.  Sokong rang undang-undang alternatif dan panggilan kami untuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

Yang benar,
Lim Chee Wee
Yang Dipertua
Bar Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan