Jumaat, 21 Oktober 2011

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


Lapuran SPRM terhadap kelulusan tanah 68,503 ekar oleh Zambry‏

Posted: 20 Oct 2011 08:47 PM PDT

Kenyataan Akhbar

Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ini saya akan pergi ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia di Ipoh untuk membuat lapuran terhadap Kerajaan BN Negeri Perak yang di pimpin oleh Dato' Seri Zambry Bin Abdul Kadir.

Saya telah menerima maklumat yang kukuh bahawa Kerajaan BN Perak yang dipimpin oleh Dato' Seri Zambry Bin Abdul Kadir telah meluluskan tanah-tanah berikut sejak 2009 hingga Julai 2011.


(i) Kuari
(a) Keluasan : 528.5582 ekar
(b) Premium : RM7,099,250.00

(ii) Lombong
(a) Keluasan : 4,502.965 ekar
(b) Premium : RM297,357.00

(iii) Skim Perumahan
(a) Keluasan : 2,910.61 ekar
(a) Premium : RM123,534,786.00

(iv) Skim Industri/Pertanian
(a) Keluasan : 60,561.73 ekar
(a) Premium : RM22,696,910.00


Saya telah berkali-kali dalam Dewan Undang Negeri dan melalui media meminta Dato' Seri Zambry untuk mengumumkan dan menyenaraikan nama-nama penerima-penerima tanah-tanah tersebut tetapi beliau telah enggan berbuat demikian.

Saya mensyaki ada penyelewengan yang berlaku terutamanya tanah industri/pertanian yang diluluskan dengan harga lebih kurang RM375 seekar sahaja. Harga pasaran seekar tanah dinegeri Perak sekarang adalah sekurang-kurangnya RM20,000 seekar. Ini bermaksud jika 60,561.75 ekar dijual secara lelong terbuka Kerajaan Negeri Perak akan menerima wang sekurang-kurangnya RM1.2 billion.

Pada 17/10/2011 Dato' Seri Zambry telah melalui satu kenyataan media telah menjelaskan bahawa tanah-tanah yang diluluskan kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIP), Sekolah SUWA, Yayasan Perak dan agensi-agensi dan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri dengan kadar nominal. Saya percaya jumlah tanah yang diluluskan kepada organisasi, agensi dan anak-anak syarikat tersebut merupakan sebahagian kecil daripada tanah-tanah tersebut yang telah diluluskan.

Demi kelulusan dan untuk memastikan bahawa tidak ada salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah saya hari ini membuat lapuran kepada SPRM.

Saya akan membekalkan bukti kukuh bahawa tanah-tanah yang tersebut di atas semenangnya telah diluluskan oleh Kerajaan BN sejak rampasan kuasa yang dilakukannya pada 6hb Februari 2009.


Bertarikh 21 Oktober 2011 jam 10.00 pagi.


YB NGEH KOO HAM
AHLI PARLIMEN BERUAS & ADUN SITIAWAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan