Khamis, 6 Oktober 2011

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Rais Yatim Should Stop His Dangerous Games Of Portraying Himself As A Bahasa Malaysia Language Hero By Denying That I Had Also Spoken In Bahasa Malaysia.

Posted: 05 Oct 2011 09:31 PM PDT

The series of malicious lies against me continue with harsh and personal attacks by Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim that at an official function that Rais attended in Penang had sidelined the use of Bahasa Malaysia. Rais Yatim Has No Sense Of Right And Wrong When A State Government Is Held Responsible For A Function Organised By A Private Body And Refuses To Admit The Penang Chief Minister Also Spoke In Bahasa Malaysia.

Rais had first lied that only he spoke some Bahasa Malaysia at the Han Chiang College dinner on 29 September 2011, when he represented Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who could not attend as promised.Rais claims that he was the only person speaking Bahasa Malaysia that night is false as I had also spoken in Bahasa Malaysia, English and Mandarin. Rais also spoke some Chinese at the event. Why is Rais trying to portray himself as a Malay language champion by denying that I had also spoken in Bahasa Malaysia?

Rais is wrong to treat the Han Chiang event as a Penang government event when it was organised by the private college. Clearly those who wish to explain away or cover up their lies would have to make another lie. Instead of admitting that he had been mistaken that the Han Chiang event was not a state government event, Rais had continued to attack the Penang state government by stating that I should have advised my konco-konco (followers) at the Han Chiang College to respect the national language.

The use of the words konco-konco(followers) is unwarranted because those managing Han Chiang are involved in education and not in political partisanship. Rais not just rude and disrespectful to organizers but has also breached protocol by asking the state government to interfere in a function meant for the Prime Minister. I wish to stress that the state government has no role whatsoever in the organisation of the 29thSeptember function at Han Chiang College.

Further how can the present state government be involved with the establishment of the Han Chiang College as alleged by Rais when the college was set up well before the PR government took office in 2008? If Rais is unhappy with Han Chiang, he should have boldly protested to Han Chiang that night itself. Instead he took the "brave" route of criticising Han Chiang from the distant safety of Negeri Sembilan.

Clearly, a mountain of lies by Rais would not be sufficient to hide the truth that he has unfairly maligned the Penang state government in bad faith over a private function organised by Han Chiang College. Further Rais should stop behaving exactly like Utusan Malaysia, which refuses to admit its lies and will continue those lies just to play up Malay sentiments.

Will Rais Yatim deny that I had also spoken Bahasa Malaysia at that event? That is why Rais Yatim should stop his dangerous games of play-acting as the Bahasa Malaysia language hero and stop blaming the state government for a private event organised by a private college for the Prime Minister.

—— BM Translation —-

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 6.10.2011 di Komtar, George Town:

Rais Yatim perlu menghentikan permainan bahaya beliau yang kononnya menunjukkan dirinya sebagai pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan bahawa saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Siri pembohongan yang berniat jahat dan menyerang peribadi saya diteruskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mendakwa bahawa sebuah majlis rasmi yang dihadiri Rais di Pulau Pinang telah meminggirkan Bahasa Malaysia. Rais jelas tidak dapat membezakan antara salah dan betul.

Pertamanya, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang hak dalam majlis yang dianjurkan oleh agensi swasta, dan di samping itu, beliau enggan mengakui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang turut bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Rais pada mulanya berbohong bahawa hanya beliau seorang sahaja bercakap Bahasa Malaysia pada majlis makan malam di Kolej Han Chiang pada 29 September 2011 ketika beliau hadir mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dakwaannya adalah tidak benar kerana saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Rais juga turut berucap beberapa patah dalam Bahasa Mandarin. Mengapa Rais cuba menggambarkan dirinya seorang sahaja pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan bahawa saya turut bertutur dalam Bahasa Malaysia?

Rais telah salah menilai majlis anjuran Han Chiang sebagai majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila majlis tersebut merupakan anjuran kolej swasta. Jelas sekali orang yang ingin menutup pembohongan akan terpaksa berbohong lagi. Daripada mengakui kesilapan yang mengatakan bahawa majlis anjuran Han Chiang bukan merupakan majlis kerajaan negeri, Rais terus menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menyuruh supaya saya menasihati konco-konco (pengikut) di Kolej Han Chiang supaya menghormati bahasa kebangsaan.

Penggunaan perkataan ‘konco-konco’ (pengikut) adalah tidak munasabah kerana pihak pengurusan Han Chiang hanya terlibat dalam bidang pendidikan dan bukan politik. Rais bukan sahaja biadap dan tidak menghormati penganjur malah telah melanggar protokol dengan meminta kerajaan negeri untuk mencampur tangan dalam sebuah majlis yang dianjurkan untuk pemimpin tertinggi Kerajaan Persekutuan. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai apa jua peranan dalam penganjuran majlis di Kolej Han Chiang pada 29 September yang lalu.

Tambahan pula, bagaimana kerajaan negeri sekarang boleh terlibat dengan penubuhan Kolej Han Chiang sebagaimana didakwa oleh Rais sedangkan kolej tersebut sudah lama wujud sebelum Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengambil alih pada 2008? Sekiranya Rais tidak gembira dengan Han Chiang, beliau sepatutnya berani membantah pada malam tersebut. Sebaliknya beliau hanya ‘berani’ mengkritik Han Chiang daripada jarak yang jauh dan selamat, iaitu ketika beliau berada di Negeri Sembilan.

Jelas sekali, sebanyak mana pembohongan Rais pun tidak cukup untuk menyembunyikan kebenaran bahawa beliau dengan tidak adilnya telah menghina Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas majlis anjuran Kolej Han Chiang.

Seharusnya Rais berhenti daripada berkelakuan seperti Utusan Malaysia yang enggan mengakui pembohongan dan akan terus menipu untuk memainkan sentimen perkauman.

Adakah Rais Yatim akan menafikan bahawa saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia pada malam tersebut? Itulah sebabnya mengapa Rais Yatim harus menghentikan permainan bahaya kononnya beliau merupakan seorang pejuang Bahasa Malaysia, dan juga berhenti menyalahkan Kerajaan Negeri untuk sebuah majlis anjuran kolej swasta.

—– Mandarin Translation —-

槟州首席部长林冠英于2011年10月6日在乔治市发表声明:

莱士雅丁应该停止他的危险游戏,把自己当成国语英雄,却否认我也跟他一样在同一个场合用国语致词。

新闻、通讯及文化部长莱士雅士继续用一系列的恶意谎言,对我进行人身攻击,他说他所出席的一项槟州官方活动边缘化国语。莱士雅丁简直是非不分,那是私人机构主办的活动,却把它归咎于州政府,他也不愿意承认槟州首长也用国语致词。

莱士雅丁代表首相拿督斯里纳吉出席于2011年9月29日的韩江学院晚宴上,他首先谎称只有他一个人使用国语致词,这是不真实的。我也在当晚用国语、英语和华语致词。莱士雅丁也在当晚使用了一些华语。为什么莱士雅丁要自我描述成马来语英雄,不愿意承认我也用马来语致词?

莱士雅丁硬要把韩江学院主办的活动说成是槟州政府主办的活动是不对的。很明显地,那些撒谎的人必须继续用另一个谎言来加以掩盖。他不但不承认自己错把韩江学院的活动当成州政府官方活动,他还继续攻击槟州政府,说我应该建议韩江学院的"跟班(konco-konco)"尊重国语。

他用"跟班"这种字眼是无根据的,因为韩江学院的领导人都是办教育,而不是办政治的。莱士雅丁不只是对主办单位无礼,也违反礼节,要州政府插手干预一个原本是邀请首相开幕的活动。我要郑重强调,州政府在9月29日韩江学院的那场活动上,不曾参与筹办工作。

再说,现任政府又如何与韩江学院的创办有关?有关学院是民联在2008上任之前成立的。如果他对韩江不满,他大可在当晚大胆地向韩江抗议,但是,他却跑到几百公里外的森美兰州,在安全距离内做这种看来"勇敢"的批评韩江。

很明显的,莱士雅丁的谎言掩盖不了事实,明明是私人机构主办的活动,他却不公平地恶意诬赖槟州政府。他也应该停止像《马来西亚前锋报》那样,不承认撒谎,还继续用谎言煽动马来人的情绪。

莱士雅丁会不会否认我也在同一个场合用国语致词?那就是为什么莱士雅丁应该停止他的危险游戏,假装自己是国语英雄, 也不要再把一个私立机构为首相而主办的活动,算到州政府的头上。

林冠英

Tiada ulasan:

Catat Ulasan