Selasa, 25 Oktober 2011

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员


Sumbangan “dividen anti- rasuah” Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah—YB Lee, 21/10/11, Dewan KIA, Alor Setar.

Posted: 24 Oct 2011 10:17 PM PDT


Yb Lee menyampaikan sumbangan wang kepada penuntut IPTA seramai 52 orang. Jumlah ini terdiri dari 28 orang penuntut yang di tawar Ijazah dan 24 orang adalah Diploma dari semua rakyat berbilang kaum. Kumpulan ini adalah kumpulan yang pertama bagi tahun ini kerajaan PR Kedah memberi sumbangan.
Kumpulan yang kedua akan di beri sumbangan pada masa terdekat yang berjumlah 204 penuntut yang terdiri dari 174 orang penuntut yang ditawar Ijazah, dan 32 orang penuntut yang ditawar Diploma.
Wang sumbangan sebanyak Rm 200.00 untuk Diploma, dan Rm 400.00 untuk Ijazah adalah hasil yang kerajaan negeri memperolehi untuk rakyat masuk tahun ketiga pemerintahan Pakatan Rakyat sejak 2008 selepas PRU-12. Kemampuan pemberian sumbangan ini disebabkan kerajaan negeri berhemah belanja, tanpa rasuah, tanpa pembocoran dan pembasiran. Inilah sebab rakyat Kedah dapat menikmati habuan dari Kerajaan Negeri, yang baru 3 ½ tahun. Kedah bukan negeri yang memperolehi hasil negeri yang tinggi, tetapi mampu memberi habuan kepada rakyat dengan cara tanpa berhutang daripada orang lain. Sebab itu, wang sumbangan saperti ini kepada penuntut dan yang lain lain jenis lagi sumbangan kepada rakyat, sebenarnya semua ini adalah saperti dividen dari dasar anti-rasuah kerajaan PR untuk dinikmati semua . Cara saperti Pakatan Rakyat buat ini agar berlainan saperti umno/BN, yang meminjam untuk memberi habuan kepada rakyat, pada masa panjangnya padah kepada rakyat yang akan sengsara, sebab, tiada satu kerajaan yang berhutang tanpa menaiki hasil barangan. Akhirnya rakyat yang akan menerima beban dan kesusahan dengan kerajaan yang sanggup bertindak sebegitu cuma untuk berminat mengumpan undi daripada rakyat semata mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan