Khamis, 28 Julai 2011

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan mulai 15/08/2011

Posted: 28 Jul 2011 03:33 AM PDT

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan mulai 15hb Ogos, 2011.


Tarikh : 27hb Julai 2011
Daripada : YB DATO' NGEH KOO HAM (Kawasan Sitiawan)


Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk nyatakan purata pendapatan orang perseorangan dan juga isi keluarga (5 orang ) di Negeri Perak. Berapa isi keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan.

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar sudahkah mereka yang dikatakan mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (TOL) palsu berkenaan dengan penerokaan secara haram tanah di Sungai Tumbuh, Lambor Kanan berdekatan Seri Iskandar telah ditangkap dan didakwa di Mahkamah. Apakah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan berkenaan dengan lebih kurang 404 hektar tanah yang telah dicerobohi ini.

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar adakah tender terbuka dijalankan sebelum projek pengangkutan bas awam di Manjung dilaksanakan. Sila nyatakan nama syarikat dan terma-terma perjanjian untuk pengendalian pengangkutan bas awam ini.



Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk senaraikan 200,000 hakmilik tanah baru seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar dan dilapurkan dalam Star Metro pada 30hb Jun 2011. Berikan nama penerima-penerima hakmilik-hakmilik tersebut yang merupakan pemberimilikkan tanah baru (new land alienation).

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk senaraikan daerah-daerah dan keluasannya disetiap daerah tersebut tanah seluas 26,800 hektar yang diumumkan oleh Menteri Besar (dilapurkan di Star Metro pada 27/6/2011) telah diusahakan secara haram.

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk senaraikan nama mereka yang telah diluluskan tanah yang sekarang diusahakan oleh lebih kurang 100 petani di Tronoh Mines dan kenapa tanah-tanah ini diluluskan kepada mereka yang tidak ada kaitan dengan tanah ini dan bukan kepada petani-petani yang sedia ada di situ.


4. Bertanya kepada YAB Menteri Besar dimanakah 1214.1 hektar tanah yang telah diperuntukkan untuk projek Perak Eco Industrial Hub. Nyatakan dengan terperinci rancangan kerajaan berkenaan dengan projek ini.

5. Bertanya kepada YAB Menteri Besar berapa kalikah kadar premium bagi lot-lot perumahan Kampung Tersusun dan Kampung Baru bertukar dari 6/2/2009 hingga ke hari ini
(27/2/2011). Nyatakan kadar premium untuk lot-lot perumahan bagi Kampung Tersusun dan Kampung Baru dalam tempoh tersebut.


NGEH KOO HAM
Pengerusi DAP Perak
Ahli Parlimen Beruas & ADUN Kawasan Sitiawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan