Ahad, 17 Julai 2011

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Program Anak Emas Pulau Pinang-Kerajaan Negeri Menimbang Memberikan RM 100 Wang Tunai “One-off” Kepada Bayi Yang Dilahirkan Mulai Tahun Ini(bm/cn)

Posted: 16 Jul 2011 08:22 PM PDT

Program Anak Emas Pulau Pinang – Kerajaan Negeri PR Menimbang Memberikan RM 100 Wang Tunai "One-off" Kepada Bayi Yang Dilahirkan Mulai Tahun Ini Kepada Salah Seorang Ibubapa Yang Merupakan Pengundi Pulau Pinang.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang menimbang memberikan RM 100 wang tunai "one-off" kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang. Program "Anak Emas Pulau Pinang" akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.

Kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 "one-off" urusan jenazah kepada waris warga emas dilancarkan oleh kerajaan negeri PR pada 2010 demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri, telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri PR anggap pemberian RM 100 one-off kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik. Sungguhpun pemberian one-off RM100 oleh kerajaan negeri PR adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru.

Sebanyak RM 20 juta setiap tahun telah dibelanjakan untuk program penghargaan warga emas dan waris mereka. Sungguhpun program penghargaan emas ini cuba disabotajkan oleh parti pembangkang BN, usaha sabotaj mereka gagal dengan kadar pendaftaran kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang mendaftarkan diri.

Sumber kewangan program baru "Anak Emas Pulau Pinang" ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan PR menjalankan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International. Program baru "Anak Emas Pulau Pinang" ini akan dibentangkan dalam mesyuarat EXCO Negeri Pulau Pinang pada minggu ini dan dijangkakan makan perbelanjaan di antara RM5-RM10 juta setiap tahun.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 17.1.2011.

—-Mandarin Translation —

槟州首席部长林冠英于2011年1月17日在乔治市光大发表声明:

槟州宝贝计划-槟州民联政府正在考虑一次性派发100令吉给今年出世、父母其中一人为槟州选民的新生儿。

槟州民联政府考虑一次性派发100令吉给今年出世、父母其中一人为槟州选民的婴儿。这项"槟州宝贝计划"的附带条件是,新婴儿出生家庭的月入不及4000令吉。

2010年,为了对60岁以上乐龄人士的贡献表示感激,槟州成功推行了每年100令吉乐龄人士回馈计划及一次性1000令吉抚恤金计划给逝世乐龄人士的家属,很多人建议我们考虑发出新生儿补助金。

做为以民为本的政府,我们听人民的话、做人民的事、给人民希望,槟州民联政府认为发出100令吉补助金给槟州新生儿是一项良善的建议。虽然这笔一次性发出的100令吉补助金非常微薄,但是,这代表州政府迎接新增槟州成员的心意。

在乐龄人士回馈金及家属抚恤金计划下,州政府每年耗资2000万令吉。虽然在野的国阵三番四次企图破坏乐龄人士回馈金计划,但是,至今为止,已有11万5000名(或87%)乐龄人士已经登记,证明他们的破坏行动已经失败。

上述"槟州宝贝计划"的资金来源与乐龄人士回馈金一样,都是槟州开源节流的成果,槟州推行的肃贪政策已经获国际透明组织表扬。我们将在本周的州行政会议上提呈这项"槟州宝贝计划",预料每年将耗费500万令吉到1000万令吉。

林冠英

Tiada ulasan:

Catat Ulasan