Sabtu, 14 Mei 2011

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉


Gotong Royong with 100 Police officers at Farlim Police Station

Posted: 14 May 2011 02:47 AM PDT

YB Wong Hon Wai bersama JKKK Thean Teik dan Pejabat Daerah Timur Laut dan seratus orang pegawai polis dan keluarga mereka telah menjalankan kempen gotong royong di Balai Polis Farlim untuk membanteras nyamuk denggi. Kawasan tersebut merupakan hotspot wabak denggi.


北馬.發林警察宿舍養蚊 警員居民聯手大掃除


 (檳城7日訊)發林警察宿舍變"養蚊地"!

 位于發林警局旁的12座警察宿舍,自發生居民遭毒蚊叮上事件后,檳島東北縣署已把該區列為骨痛熱症觀察區。

 檳州行政議員黃漢偉指出,為解決警察宿舍出現毒蚊問題,他與發林警方于今早聯辦一場清潔運動,旨在提高當地居民對環境清潔的覺醒。

疏忽清理積水

 他說,今早約有近百名警員及居民同心協力展開大掃除行動,以滅除該區的毒蚊滋生溫床。

 黃漢偉今早為發林警察宿舍主持清潔運動推介儀式上說,在阿依淡州選區,除了發林警察宿舍被列入骨痛熱症熱點的觀察區外,甘榜馬來由組屋也是其中被觀察的地區。

 他說,這些組屋頻頻面對蚊蟲孳生問題,主因是該區居民往往疏于清理當地的積水處,以致淪為毒蚊孳生溫床。

 另一方面,針對阿依淡巴剎提升計劃,黃氏說,該巴剎首階段(雜貨攤格)提升工程,已完成90%工作。接著市局將進行次階段工程,該局也會在近期與豬肉及豆腐等攤格販商會面,以了解民意,隨著達致共識后提升工程會續展開。

 至于第3階段(蔬菜攤格)工程,預料會在明年全面竣工。

 他說,當局在實施提升巴剎計劃方面,皆以小型商家的利益及福利為考量,盡量在不影響他們的情況下進行開展工程。

Pembentangan Rang Undang-Undang Warisan Negeri Pulau Pinang 2011

Posted: 14 May 2011 01:53 AM PDT

Ucapan YB Wong Hon Wai (Air Itam) Exco Perancang Bandar Dan Desa , Perumahan Dan Kesenian Mengenai Pembentangan Rang Undang Undang Warisan Negeri Pulau Pinang, 2011
pada 10-5-2011 di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
-----------------------------------------------------------------------------------

Yang Berhormat Dato' Speaker,
Pengiktirafan George Town sebagai tapak warisan Dunia UNESCO oleh World Heritage Committee pada 7 Julai 2008 di Quebec City memerlukan Kerajaan untuk menyediakan satu bentuk mekanisma pengurusan dan perundangan yang sesuai bagi memastikan tapak warisan Dunia UNESCO George Town dijaga.

Mekanisme Pengurusan
Draf Rancangan Kawasan Khas (Draft Special Area Plan) dan Pelan Pengurusan Pemuliharaan Bandaraya Bersejarah Selat Melaka: George Town telah disediakan mengikut seksyen 16B, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 sebagai satu mekanisme pengurusan bagi memastikan bahawa kawalan pembangunan dan polisi berkenaan warisan dapat diimplementasikan dengan sewajarnya.

Mekanisme Perundangan

Kerajaan Negeri mengambil initiatif untuk menggariskan Rang Undang-Undang Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan dan warisan semula jadi bagi negeri Pulau Pinang.




Peruntukan undang undang perihal warisan negeri Pulau Pinang ini dizahirkan dengan niat untuk mengiktiraf signifikasi elemen elemen warisan kebudayaan dan warisan semulajadi yang telah wujud sekian lama untuk kita tatapi dan hargai dan seterusnya untuk menjadi kebanggaan generasi akan datang .

Bidang kuasa Kerajaan Negeri
Saya ingin merujuk kepada Jadual Kesembilan Senarai III bahawa subject matter culture, preservation of heritage adalah di bawah senarai bersama iaitu antara negeri dan persekutuan. Saya ingin menambah juga di bawah Senarai II – 12A bahawa libraries, museums, ancient and historical monuments and records and archaelogical sites and remains adalah di bawah senarai Negeri.

Iaitu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkuasa untuk membuat enakmen warisan negeri Pulau Pinang seperti yang diperuntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Selain daripada itu, mengikut Seksyen 30(a) Akta Warisan Kebangsaan 2005 bagi tapak-tapak warisan yang tidak mendapat keizinan Pihak Berkuasa Negeri, maka Kerajaan bolehlah mengambil alih tanggungjawab untuk memelihara dan memulihara tapak-tapak warisan tersebut dengan kaedah dan perundangan sendiri.

Dari segi isi kandungan Rang undang undang ini , disamping memperincikan tafsiran elemen elemen warisan negeri , ianya mengandungi perkara perkara berkaitan dengan ;-

1. Fasal 4 dan Fasal 5 telah menggariskan penubuhan Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang bersama fungsiny. Penubuhan Majlis Warisan Negeri yang berfungsi sebagai badan tertinggi yang menetapkan dasar dan garispanduan berkaitan dengan warisan dalam negeri, disamping membuat pemantauan terhadap pelaksanan "conservation management plan" setiap tapak/bangunan warisan yang telah didaftarkan dalam Daftar warisan Negeri.

2. Bahagian III Enakmen yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi pelantikan, fungsi dan kuasa Pesuruhjaya Warisan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi dan menjalankan kewajipan di bawah Rang Undang-undang ini. Pesuruhjaya Warisan Negeri terlibat dengan usaha dengan agensi lain Pihak Berkuasa Tempatan serta lain lain badan yang terlibat dengan usaha usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan dalam negeri, meninjau dan menetapkan apa-apa warisan kebudayaan dan warisan semulajadi, membuat kerja kerja penyelidikan berkaitan warisan , disamping bertanggungjawab dalam menyediakan dan menjaga Daftar Warisan Negeri . Dalam hal ini perlantikan Pesuruhjaya warisan Negeri serta pegawai pegawai bantuannya adalah dari kalangan penjawat awam dalam pentadbiran Negeri.

3. Bahagian IV Enakmen yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi tatacara penetapan warisan kebudayaan ketara dan warisan semula jadi sebagai tapak warisan dan perkara berkaitan warisan kebudayaan tidak ketara.

Proses pengenalpastian dan penetapan tapak warisan yang bermula dari kerja kerja tinjauan tapak/bangunan , notis pemberitahuan awam , bantahan awam , kelulusan Majlis , pewartaan dan seterusnya rayuan bagi pihak pihak yang terkilan.
Fasal 25 memperuntukkan bahawa seseorang yang terkilan dengan keputusan Pesuruhjya boleh membuat rayuan kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 30 hari daripada keputusan itu, dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri adalah muktamad.

4. Daftar warisan negeri yang mengandungi senarai lengkap tapak/ bangunan warisan, termasuklah warisan tidak ketara yang telah diwarta dan boleh di rujuk dan di periksa oleh orang awam pada waktu pejabat .

5. Demi melindungi tapak warisan yang telah diwartakan, Fasal 32 mengenakan kewajipan kepada pemunya tapak warisan yang berhasrat untuk menjual keseluruhan atau mana-mana bahagian tapak warisan hendaklah memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis maklumat tentang perjanjian penjualan dalam tempoh 28 hari dari tarikh perjanjian itu ditandatangani.

6. Fasal 34 mengenakan tanggungawab kepada pemunya atau penghuni suatu tapak warisan untuk memastikan bahawa tapak itu sentiasa berada dalam keadaan baik.

7. Fasal 34(3) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa langkah-langkah yang munasabah tidak diambil bagi pemeliharaan sewajarnya tapak warisan itu, dia boleh menjalankan apa-apa kerja pembaikan, setelah memberikan kepada pemunya atau penghuni tapak itu 14 hari notis bertulis mengenai niatnya untuk membuat demikian dan segala kos dan belanja yang ditanggung semasa menjalankan kerja ini hendaklah dibayar balik oleh pemunya atau penghuni tapak itu.

8. Bahagian VII Enakmen yang dicadangkan juga mengadakan peruntukan bagi pelantikan pegawai peguatkuasa dan pengeluaran kad kuasa untuk menjalankan kuasa yang diberi kepadanya.

9. Fasal 49 menghendaki pemunya atau penghuni tapak warisan untuk mendapatkan persetujuan daripada Pesuruhjaya sebelum mengenakan apa-apa fi kemasukan ke mana-mana tapak warisan.

10. Fasal 52 memperuntukan berkenaan kesalahan-kesalahan berkenaan dengan kerosakan tapak warisan dan sekiranya disabitkan didenda maksimum RM500,000 atau dipenjarakan maksimum 5 tahun atau kedua-duanya.


11. Fasal 54 memperuntukan mana-mana orang yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan tapak warisan atau bahan warisan hendaklah membayar kos pembaikan bagi tapak atau bahan ini sebagai tambahan kepada denda atau penjara.

Dengan wujudnya Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang ini , kerajaan negeri pastinya akan menjadi lebih komited dan bertanggungjawab untuk terus memelihara dan memulihara tapak tapak warisan serta juga warisan kebudayaan tidak ketara dengan kaedah dan perundangan yang lengkap dan teratur .

Umum juga mengetahui bahawa negeri Pulau Pinang banyak mempunyai kawasan dan tapak tapak bersejarah yang perlu dipelihara dan dikekalkan sebagai warisan negeri. Setakat ini sahaja terdapat sebanyak 24 tapak/bangunan bersejarah di seluruh negeri yang perlu didaftar sebagai warisan negeri, termasuklah bangunan pentadbiran MPPP di Padang Kota , Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang , dll. Walau bagaimana pun , saya fikir masih terdapat banyak lagi tapak dan bangunan bersejarah di seluruh negeri Pulau Pinang yang masih belum diterokai dan belum diberi perhatian yang secukupnya samada di bahagian pulau mahu pun di Seberang Perai.

Apabila menggariskan Rang Undang-undang ini, pertimbangan khas telah diambil bahawa warisan bukan sahaja wujud di George Town. Skop pemakaian RUU ini meliputi seluruh Pulau Pinang di mana tapak warisan yang dikenapasti dan didaftarkan. Skop Pemakaian RUU ini juga merangkumi bukan sahaja bangunan warisan tetapi meliputi warisan semulajadi dan warisan budaya tidak ketara.

Oleh yang demikian , dengan terlaksananya Enakmen warisan Negeri ini serta dengan tenaga kepakaran yang ada , diharapkan lebih banyak tapak dan bangunan warisan yang akan dikenalpasti , didaftar dan di pelihara dengan lebih terjamin dan sistematik., Dalam pada itu , barang diingat , kewujudan warisan kebudayaan tidak ketara yang meliputi aspek budaya dan adat resam , hasil kesenian anak negeri yang unik akan juga akan dikenalpasti , didaftar dan di pelihara dibawah peruntukan enakmen warisan ini.


Saya menggunakan platform ini ingin mengulangi seruan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat bahawa peruntukan adil RM 25 juta seperti RM 30 juta kepada Melaka daripada kerajaan persekutuan perlu diberi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan tidak melaksanakan keadilan dalam hal ini. Ini seolah-olah satu Negara dua sistem dalam hal ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak pernah ketinggalan di dalam usaha untuk mempromosikan Negeri Pulau Pinang amnya dan Tapak Warisan Dunia George Town khususnya. Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk melipat-gandakan program-program yang di Tapak Warisan Dunia George Town walaupun Kerajaan Negeri masih tidak mendapat peruntukan kewangan RM25 juta seperti yang dijanjikan oleh mantan Perdana Menteri. Pulau Pinang memang telah mendahului dengan penubuhan George Town World Heritage Incorporated(GTWI) dengan cepat dan pelbagai program telah dijalankan untuk tujuan memelihara nama baik George Town sebagai Tapak Warisan Dunia.

Kerajaan negeri juga mengambil maklum untuk memastikan bahawa peruntukan peruntukan Rang undang undang ini adalah selaras dengan undang undang yang ada diperingkat Persekutuan. Jika mana mana peruntukan Enakmen Warisan Negeri ini tidak selaras dan bercanggah dengan peruntukan undang undang Persekutuan, maka semangat Perlembagaan Persekutuan terpakai iaitu Akta Parlimen akan mengatasi Enakmen Negeri.

Yang Berhormat Speaker , dengan mengambil maklum atas perkara perkara dasar di atas , saya memohon mencadangkan.


As reported in malaysiakini.

槟议会三读制定遗产法令
赋权政府严惩破坏古迹者

刘嘉铭

除了世遗特区蓝图,槟州政府如今再通过议会制定《槟州遗产法令》,赋权当局管理、维护及提升全槟有形与无形的文化及自然遗产。

槟州城市及乡村规划、房屋及艺术委员会主席黄汉伟行政议员今午提呈《槟州遗产法令》,供议会三读批准此项涵盖全槟的州级法律,加强古迹维护。

参与辩论的5名朝野议员都赞同立法,一旦宪报后生效,新法令将允许当局严惩破坏古迹者。

未与国家遗产法令冲突

《槟州遗产法令》将不影响《2005年国家遗产法令》,任何诠释上的出入,以后者的阐释为准。

《槟州遗产法令》建议成立"槟州古迹理事会",以照顾、维护及保护文化与自然遗产,给予州政府咨询、制定维护遗产的政策、监督与协调古迹区的发展及研究州内的文化与自然遗产。

理事会成员不可少过17人,除了由槟州首长担任主席,成员包括3位行政议员、州秘书与财政、两个市政局主席及世遗机构总经理等。出席会议的成员可获得津贴。

专员可进入潜能古迹区

此外,《槟州遗产法令》也赋权当局委任"槟州遗产专员",执行《槟州遗产法令》、鉴定古迹为槟州遗产、准备与更新槟州遗产登记名策、策划活动推广古迹保护和维护工作。

值得一提的是,法令赋予专员极大权限,如进入有潜能列为古迹的私人地区,展开调查或考究。

但是法令规定,专员须事先给予业主或住户至少14天的书面通知。如果业主因宗教因素拒绝专员进入,专员须取得州政府的书面批准。

此外,专员在鉴定特定古迹区或建筑物为槟州遗产后,须书面通知业主或住户。后者有权反对、要求召开听证会及提出上诉。

执法官有权对公众搜身

除了古迹专员,《槟州遗产法令》允许当局委任执法官辅助古迹专员,唯后者须遵从专员的指示及持有执法证件。

执法官的权限包括在获得法庭搜查令下,进入古迹执法,甚至硬闯古迹区及充公证物。

执法官也授权对公众搜身,但需相同性别及态度友善,阻止执法者一律视为违法。

破坏古迹定义相当广泛

另一方面,《槟州遗产法令》对破坏古迹的定义相当广泛,共有7种情况被视为破坏古迹。违法而罪成者可面对最高50万令吉罚款,不超过5年监禁,或两者兼施。

古迹专员在取得州政府的同意后,可把有形和无形的古迹宪报为槟州遗产。

如果相关古迹不在政府地段,当局在宪报前须在不少过30天前通知业主或住户。之后,业主或住户仍可在当地居住。

届时,古迹业主可向专员申请拨款或货款,作为维护和保护古迹用途。

Tiada ulasan:

Catat Ulasan