Selasa, 8 Mac 2011

Lim Lip Eng

Lim Lip Eng


Interlok

Posted: 07 Mar 2011 10:28 PM PST

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada 27 Jan 2011 bahawa novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 5 dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Saya berpendapat novel Interlok tidak harus dipakai kerana ia telah menyinggung perasaan kaum India dan juga kaum Cina.

Terdapat banyak lagi novel sastera boleh dipilih oleh Kementerian Pelajaran, mengapa Kementerian masih hendak memilih Interlok walaupun ia menimbulkan kontroversi yang tidak terhenti-henti.

Tujuan utama pelajar-pelajar Tingkatan Lima dikehendaki membaca buku teks sastera Bahasa Malaysia adalah salah satu usaha dan komitmen Kerajaan bagi memastikan rakyat berbilang kaum di negara ini dapat memafami kebudayaan antara kaum serta menjalani kehidupan seharian dalam suasana harmoni. Tetapi novel Interlok mendatangkan hasil yang terbalik.

Oleh demikian dan demi memupuk dan memperkukuhkan perpaduan di negara ini, adalah wajar untuk Kerajaan menggantikan Interlok dalam semangat muafakat dengan novel lain yang dapat diterima oleh kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan