Ahad, 27 Mac 2011

Hannah Yeoh

Hannah Yeoh


Press release by Menteri Besar on Taman Subang Ria (26 March 2011)

Posted: 26 Mar 2011 03:44 PM PDT

Outcome of meeting with Menteri Besar on 26 March 2011 at MPSJ with Subang Jaya residents:


KENYATAAN AKHBAR
26 MAC 2011
KERAJAAN SELANGOR BATAL CADANGAN PEMBANGUNAN KOMERSIL DI TAMAN SUBANG RIA


Kerajaan Selangor hari ini memulakan proses membatalkan rancangan pembangunan komersil di tapak seluas 19 ekar (7.6 hektar) di Taman Subang Ria yang dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2020.


Keputusan ini dibuat setelah Kerajaan Selangor mengambil kira rintihan dan bantahan sebahagian besar penduduk Subang Jaya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.


Tambah pula, usaha mencari penyelesaian terbaik bersama Sime Darby tidak mendapat kerjasama dari syarikat tersebut.


Selepas diteliti secara perinci syarat-syarat rancangan tempatan, didapati kawasan seluas 19 ekar yang dicadangkan itu tidak sepatutnya dibangunkan untuk pembangunan komersil.


Sehubungan itu, selepas proses ini, rancangan pembangunan komersil di tapak seluas 19 ekar akan dikeluarkan dari Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2020, bermula hari ini.


Dengan pembatalan rancangan pembangunan ini, seluruh kawasan Taman Subang Ria seluas lebih 70 ekar akan dikekalkan untuk kegunaan rekreasi.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan