Jumaat, 11 Februari 2011

Philosophy Politics Economics

Philosophy Politics Economics


Questions for Parliament 2011 Session I

Posted: 11 Feb 2011 06:46 AM PST

Parliament starts again on 7th March and MPs have been asked to submit their usual list of 10 oral and 5 written answer questions by today. Below are my set of questions.

Soalan Jawapan Lisan

1. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan prestasi dan kedudukan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak ianya ditubuh
(a) Nilai 'current assets', 'return on equity' dan 'total assets'.
(b) Kedudukan terkini kesemua pelaburan termasuk nilai dan jangkaan pulangan setiap projek

2. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan
(a) Hubungan dan perkaitan antara Jabatan Perdana Menteri dengan pertubuhan NGO 1Malaysia
(b) Peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri atau kerajaan kepada NGO 1Malaysia secara langsung atau tidak langsung

3. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan butir-butir projek kad pintar untuk mengawal pembelian petrol mengikut keupayaan yang telah dihentikan, termasuk nama pembekal, kos yang terlibat, skop projek dan sebab-sebab terperinci projek dibatalkan.

4. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan
(a) Skop dan syarat-syarat perlantikan Gamuda-MMC JV sebagai "Project Development Partner (PDP)" projek pembinaan MRT
(b) Kos perlantikan tersebut kepada kerajaan, termasuk kos "contingency" atau luar jangkaan, jika ada.

5. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan
(a) sebab projek pembangunan "1National Institute of Health (1NIH)" ditawarkan secara rundingan terus kepada Sentosa Jitra Sdn Bhd dengan bayaran secara "land swap", termasuk pulangan kepada kerajaan
(b) syarat-syarat jitu bawah perjanjian di ini.

6. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan
(a) Sama ada kontrak pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ditawarkan kepada syarikat China Harbour Engineering Company (CHEC) atas persefahaman bahawa kerajaan China akan memberikan sokongan dari segi "soft loan"
(b) Impek kos kepada kerajaan akibat perjanjian pinjaman yang masih belum dipersetujui

7. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab syarikat Pembinaan BLT (PBLT) Sdn Bhd diberikan konsesi untuk membina kesemua ibu pejabat polis seluruh Negara sehingga 2014 dan jaminan kerajaan yang telah diberikan supaya PBLT dapat pinjaman sukuk sebanyak RM10 billion.

8. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan impek pengurangan subsidi kepada makanan dan barang-barang keperluan seperti teh tarik, mee goreng dan lain-lain.

9. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan asas dan proses penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang, yang dilaporkan bahawa Kabinet telah memputuskan secara prinsip untuk ditawar kepada syarikat berkaitan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bokhary. Apakah syarat-syarat penting dalam penswastaaan ini

10. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan kadar tarif elektrik yang berpatutan mengikut jumlah subsidi gas yang diberikan kepada penjana tenaga bila berbanding dengan Negara lain seperti Thailand yang memberikan subsidi gas yang lebih kurang.

Soalan Jawapan Bertulis

11. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan untuk setiap tahun dari 2016-2030
(a) Anggaran tambang yang akan dikenakan untuk perkhidmatan MRT dan jumlah hasil tambang yang akan dikutip
(b) Anggaran kos dan butiran pengurusan perkhidmatan MRT dan jumlah anggaran deficit perbelanjaan setiap tahun

12. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan senarai universiti luar negeri yang pemegang biasiswa Mara sarjana muda dan jumlah penuntut yang dihantar setiap tahun sejak 2000 untuk setiap universiti

13. Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan dengan jadual terperinci mengenai indeks kadar jenayah:
(a)mengikut kawasan di negeri Selangor dan jenis jenayah dari 2005 ke 2009
(b)mengikut negeri di Malaysia dan jenis jenayah dari 2005 ke 2009

14. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan senarai secara terperinci, pinjaman dan bon yang akan diterbitkan pada tahun 2011 dan 2012
(a) oleh kerajaan, anak syarikat kerajaan, badan berkanun
(b) oleh pihak swasta tetapi diberikan jaminan oleh kerajaan

15. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini projek-projek yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2011 sebagai "projek strategic berimpak tinggi" termasuk KLIFD, pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sg Buloh dan Warisan Merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan