Selasa, 15 Februari 2011

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


The arrests of Human Rights Party is regrettable and an abuse of basic human rights and freedom to protest peacefully.

Posted: 14 Feb 2011 11:30 PM PST

Royal Malaysia Police(PDRM) will undo all their efforts in reducing crime by allowing themselves to be exploited as political tools of BN to be unleashed as and when necessary against those who oppose BN. The arrests of Human Rights Party(HRP) protesting against some derogatory contents in the school text "Interlok" is regrettable and an abuse of basic human rights and freedom to protest peacefully.

DAP urges the BN government to take into account the genuine concerns of Malaysians who feel insulted by derogatory descriptions in the book. Any failure to address these concerns would only show that 1Malaysia is all talk and no action.

DAP opposes the arrests of HRP members and urges the BN government to drop all charges against those who want to protest peacefully. In marking World, the BN government claims that it is committed towards resolving religious issues in the country and preserving the well-being of Malaysia's multi-racial community.

One of the key aspects of this Interfaith Harmony Week celebrations is freedom. Not just freedom of religious worship but also freedom of assembly and to dissent or protest peacefully. Such harsh actions against HRP members would be contrary to the basic charter as set out in the United Nations Universal Declaration of Human Rights.

Melantik Karpal Singh & Co Untuk Keluarkan Saman Malu Atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad Dan Utusan Malaysia

Posted: 14 Feb 2011 11:36 PM PST

Melantik Karpal Singh & Co Untuk Keluarkan Saman Malu Atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad Dan Utusan Malaysia Kerana Meludah Ke Langit Dengan Fitnah Bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mengedarkan Buku Risalah “My Balik Pulau" Yang Didakwanya Lupa Sejarah Dan Hina Melayu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh & Co. untuk keluarkan saman malu atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari 2011 bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah "My Balik Pulau". Dalam lapuran bertajuk "Lupa Sejarah, Hina Melayu", kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau.

Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan lapuran susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu. UMNO, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah "My Balik Pulau" tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama.

Ia diluluskan oleh kerajaan negeri BN lama sebelum Mac 8, 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat UMNO beliau adalah penyumbang ke atas keluaran "My Balik Pulau" ini.

Sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid tarik balik dan minta maaf atas sifat perkauman anti-bukan melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri PR Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian. Sebaliknya Utusan Malaysia teruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah “My Balik Pulau” yang sebenarnya dikeluarkan oleh UMNO dan kerajaan persekutuan.

Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat EXCO minggu lepas untuk saman malu ADUN UMNO ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah “My Balik Pulau” dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat lapuran besar bertajuk “lupa sejarah, hina Melayu”. Penasihat Undang-undang Negeri Dato Faiza telah menasihatkan agar saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan. Sungguhpun yang “bersalah” adalah BN/UMNO dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya UMNO yang jahat seribu jahat ini. Politik rasis dan benci-membenci UMNO dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA.

Kesemua 1,500 Guru Kafa Akan Diberikan RM100 Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang Bertemakan “Wasatiyyah(Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Posted: 14 Feb 2011 08:55 PM PST

Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan "Wasatiyyah(Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah. Bayaran RM 100 one-off ini akan makan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan oleh saya kepada mesyuarat EXCO pada hari Khamis ini.

Pada tahun lepas, kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam. Buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.

Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah. Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasuah antarabangsa terunggul Transparency International.

Kesederhanaan dalam Islam akan menolak dakwaan pemimpin BN tertentu bahawa Islam adalah ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup. Seperti yang dinyatakan oleh ulamak Islam terkenal Dr Yusof Al Qaradhawi,

Kesederhanaan dalam Islam disumberkan daripada kesederhanaan method dan undang undang seperti berikut:-

1. Kesederhanaan adalah adil

2. Kesederhanaan adalah konsisten

3. Kesederhanaan adalah keamanan

4. Kesederhanaan adalah lambang kebaikan

5. Kesederhanaan adalah lambang kekuatan

6. Kesederhanaan adalah tunjang kekuatan

Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan