Selasa, 15 Februari 2011

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员


Gong Xi Fa Cai open house by DAP Kedah and YB Lee Guan Aik, 14 Feb 2011/Rumah terbuka perayaan tahun baru cina di pdg.Pekan Simpang Kuala, Alor Setar.

Posted: 15 Feb 2011 07:30 AM PST
































Tahun ini DAP Ked. dan Adun DAP Kawasan Kota Darul Aman telah mengadakan rumah terbuka Gong Xi Fa Cai pada malam jam 8.00 hingga 10.30 dengan mengadakan program pertunjukan tarian, nyanyian, tarian singa dan pertunjukan Kumpulan Chingay dari Alor Setar. Yang hebat adalah kali ini kehadiran dari semua lapisan masyarakat semua kaum di Alor Setar bertempat di padang Komplex Pekan Simpang Kuala. Yang menakjubkan adalah, kehadiran yang ada adalah hampir tidak kurang dari 5000 orang, yang di jamu selera kueh muih dan minuman termasuk nasi lemak dan nasi beraini. Sambutan adalah sangat baik dan semua ahli ahli persatuan dari San Sheng dan DAP dari wcawangan berdekatan Alor Setar sangat berkerjasama. Pengerusi majlis ia itu Sdr. Dr. Lim Sin Keat, merangkap S/U Penerangan/publisiti DAP Kedah telah mengurus dan menjalankan majlis ini dengan teratur, baik, benar besar begitu rupa dan sangat berjaya. Terima kasih juga kerana kita Berjaya memberi pendidikan kepada rakyat bagaimana menjaga kebersihan dan mengurus sampah sarap dengan cara mengurangkan kegunaan plastik dan mendidik berdisiplin untuk tidak buang sampah merata rata kerana pada malam ini kita tidak mengunakan pengisi makanan dan minuman dengan plastik dengan thema PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DEMI KESEJAHTERAAN NDAN KEHARMONIAN INSAN SEIMBANG.
Bolih dikatakan majlis ini amat berjaya kerana kehadiran begitu ramai menunjukan sangat jelas semua kaum telah menolak perkauman dan berita berita yang mengandungi fitnah fitnah dan ungkapan ungkapan yang berbau perkauman terhadap kerajaan PR dengan dalam masa 3 tahun ini. Rakyat sekarang sangat bijak kerana telah menilaikan perpaduan antara kaum dan inginkan keharmonian daripada kerajaan yang ikhklas, bersih dan berkebajikan terhadap rakyat sejak mula mula lagi menerajui negeri selepas PRU 12.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan