Ahad, 23 Januari 2011

Charles Santiago

Charles Santiago


Charles-Lagi Bukti ETP Najib Gagal

Posted: 23 Jan 2011 06:41 PM PST


Charles-Lagi Bukti ETP Najib Gagal

Posted: 23 Jan 2011 06:27 PM PST

Source: TV Selangor

 

Ditulis oleh Edi Suleiman
23/01/2011

SHAH ALAM 23 JAN : Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan amalan rasuah dan ketirisan dalam melaksanakan projek pembangunan menjadi punca kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengurus ekonomi negara dengan baik sehingga mencatat rekod buruk dalam laporan antarabangsa Meryll Lynch dan Global Financial Integrity (GFI).

Sehubungan itu, ia satu lagi bukti bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanangkan Perdana Menteri, Najib Razak tidak berupaya menyakinkan golongan pelabur dalam dan luar negara, bahkan turut gagal mengekang jenayah ‘penyeludupan’ wang di negara sendiri.

Laporan GFI menyebut, Malaysia berada di tangga kelima dalam senarai Pengaliran Wang Panas daripada Negara Membangun antara 2000 hingga 2008.

“Yang lebih menakutkan ialah isu yang berkait Global Financial Integrity atau GFI oleh  Washington, Amerika Syarikat. Itu pandangan anggaran yang besar iaitu wang rasuah atau yang dibuat secara haram dikeluarkan daripada Malaysia ke negara-negara lain.

“Ini menunjukkan bahawa ada pihak di Malaysia yang menggunakan wang atau membuat wang secara haram dan mereka tidak dapat membayar cukai dan menggunakan saluran haram untuk keluarkan wang dari malaysia ke negara lain” kata Charles kepada Tv Selangor.

Tambah beliau, rekod buruk ini berpunca daripada pentadbiran pincang Perdana Menteri, Najib Razak.

Jelasnya, laporan GFI tersebut menafsirkan pengaliran wang panas membabitkan pemindahan wang yang diperolehi daripada aktiviti-aktivi haram seperti rasuah, transaksi membabitkan barangan terlarang, aktiviti jenayah, dan usaha melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa yang mengutip cukai di kalangan negara-negara terbabit.

” Ini agak membimbangkan dan tidak memberi keyakinan pada pihak kerajaan dan pengusaha antarabangsa dan juga Malaysia bahawa negara ini merupakan satu tempat di mana mereka boleh meletakkan wang dan dana mereka. Ini pada saya perkembangan yang tidak begitu baik dan tidak memberangsangkan untuk Malaysia.

“Yang jelas ialah mereka fikir Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak berjaya. ETP itu dilancarkan pun tidak ada butir yang begitu terperinci yang
menyatakan ETP akan berjaya. Apa yang dikatakan dalam NEM (New Economy Model) agak berlainan. Dalam NEM ada banyak ungkapan dan janji yang menyatakan akan membuat perubahan dalam ekonomi, dan sebagainya. tapi tidak ada perubahan,” tambahnya lagi.

Sebelum ini sebuah badan penganalisis ekonomi antarabangsa, Meryll Lynch, Bank of America mencadangkan pelabur antarabangsa supaya menghindar atau
mengurangkan pelaburan di Malaysia kerana menganggap negara ini sebagai “underweight” atau pelaburan yang kurang berbaloi.

Dalam ulasannya minggu ini, Meryll Lynch menganggap Malaysia kekal bukan pilihan yang baik kepada para pelabur di mana kedudukan penarafan menokok daripada 46 peratus pada Disember kepada 55 peratus, Januari tahun ini.

Dikatakan Malaysia jatuh dari tangga ke-14 pada Disember ke tangga tercorot bulan ini, antara 15 negara yang dikaji walaupun Malaysia membuat pelbagai

pengumuman projek-projek besar dalam Program Transformasi Ekonominya.

Di samping itu senarai negara yang dianggap ‘overweight’ dan wajar ditokok pelaburan adalah Rusia, diikuti Thailand, Brazil, Turki, Korea Selatan, China,

Sementara, poasaran membangun dan dianggap ‘underweight’ adalah Poland, Taiwan, Colombia, India, Afrika Selatan dan Chile.

Malaysia menduduki tangga kelima di dunia dalam rekod pengaliran keluar dana haram di dunia, lapor pemerhati kewangan berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat, Global Financial Integrity atau GFI yang dikeluarkan bulan ini.

Pengaliran wang haram tersebut berjumlah RM888 bilion sepanjang tahun 2000 sehingga 2008 ataupun AS$291 bilion.

Laporan yang bertajuk “Pengaliran Wang Panas dari Negara Membangun: 2000-2008″ berkata pengaliran keluar wang panas dari Malaysia berjumlah  RM888 bilion
dalam tempoh tersebut.

Tambah laporan itu lagi, kenaikan secara berskala besar itu dilihat berlaku di beberapa negara Asia yang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan