Jumaat, 7 Januari 2011

Charles Santiago

Charles Santiago


Charles : Kenyataan Hardev Kaur Melucukan

Posted: 07 Jan 2011 09:42 PM PST

Source: Selangorkini

 


Charles : Kenyataan Hardev Kaur Melucukan

Posted: 07 Jan 2011 09:38 PM PST

SHAH ALAM 7 JAN : Kenyataan Pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Hardev Kaur yang berkata ‘ia satu permintaan dan bukannya arahan’ dianggap lucu oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Sebelum ini , Hardev Kaur menafikan beliau adalah pegawai yang memberikan arahan supaya elemen keagamaan Kristian, termasuk salib atau lambangnya dibuang daripada satu majlis sambutan Krismas yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak pada 25 Disember lalu.

Beliau menganggap kenyataan yang dibuat tidak masuk akal kerana arahan yang diterima Hardev adalah daripada seseorang yang berkuasa dalam negara.

“Memang itu satu kenyataan yang begitu lucu pada pandangan saya,dia mewakili Perdana Menteri dan apa yang dikata itu, kalau dikata satu nasihat tidak boleh diterima, kalau seorang pegawai yang mewakili pejabat Perdana Menteri maka itu menjadi arahan,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Beliau turut mempertikaikan kekhuatiran Perdana Menteri apabila takut untuk berucap di rostrum yang mempunyai lambang salib, kerana perlakuan ini jelas bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh beliau.

“Apakah salah kalau gambar diambil atau berucap depan cross atau mana-mana simbol agama di negara ini, apa salah?kalau kita katakan kita adalah Perdana Menteri Malaysia, yang mendokong 1 Malaysia, bukankah salib itu ajaran Buddha ke Kristian ke, Hindu ke atau yang lain merupakan 1 Malaysia, ajaran orang-orang Malaysia, penganut-penganut di Malaysia,” katanya lagi.

Pegawai khas kepada perdana menteri, Datuk Hardev Kaur menafikan beliau adalah pegawai yang memberikan arahan supaya elemen keagamaan Kristian, termasuk salib atau lambangnya dibuang daripada satu majlis sambutan Krismas yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak pada 25 Disember lalu.

Dalam kenyataan itu juga beliau turut menafikan tiada arahan dibuat supaya lagu-lagu (carol) tidak dinyanyikan pada majlis tersebut.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan