Rabu, 27 Oktober 2010

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员


Kedah mula projek mega hujung tahun Sinar Harian-27/10/10.

Posted: 27 Oct 2010 08:44 AM PDT

ALOR SETAR - Beberapa projek mega akan dilaksanakan penghujung tahun ini untuk mensejahterakan rakyat Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, setakat ini, projek yang dirancang itu masih dalam penelitian akhir dan dijangka dapat dimulakan dalam masa terdekat.

"Antaranya membabitkan sektor perumahan dan pembukaan beberapa bandar baru di negeri ini yang dirancang di daerah utara dan selatan Kedah," katanya.

Bagaimanapun, buat masa ini Azizan enggan mendedahkan secara terperinci projek yang dirancang itu kerana ia hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Beliau turut membidas pihak tertentu, terutama parti lawan yang sebelum ini berkeras mahu Kerajaan Negeri mengumumkan pelan perancangan dan pembangunan negeri sehingga mendakwa Kedah pada tahap mundur serta tidak ada projek pembangunan bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Tindakan mereka tidak wajar. Kerajaan Negeri tidak boleh sewenang-wenangnya mendedahkan pelan perancangan negeri pada umum. Sampai masanya baru boleh dihebahkan dan saya sendiri akan umumkan," katanya.

Menurutnya, kewujudan projek mega ini sedikit sebanyak diyakini dapat menangkis tohmahan kononnya pembangunan di Kedah terbantut kerana kekangan kewangan dan sebagainya seperti yang pernah dibangkitkan oleh UMNO sebelum ini.

Hari penamaan calon PRK dun Galas, Kelantan 26hb Oct 2010

Posted: 26 Oct 2010 10:44 PM PDT






Dap Kedah menghantarkan rombongan parti untuk memberi sokongan kuat kepada calon PAS dun Galas.Yang pergi memberi sokongan adalah YB Lee, Setia Usaha Negeri Sdr.Chow, Sdr. Vincent Chee dan sebilangan AJK DAP Negeri Kedah dan Perlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan