Khamis, 21 Oktober 2010

Charles Santiago

Charles Santiago


Jawapan Parlimen :- Dasar Kerajaan mengenai pendaftaran ‘stateless Malaysians’ dan anggaran mengikut kaum pada masa kini. Mengapakah pihak Kementerian mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk memproses pendaftaran kumpulan ini.

Posted: 21 Oct 2010 04:13 AM PDT


Teks Ucapan Budget 2011 YB Charles Santiago di- Parlimen pada 20hb October, 2010 Sempena Pembentangan Belanjawan 2011.

Posted: 21 Oct 2010 02:18 AM PDT

Tuan Yang di Pertua –

Thema belajawan  yang di bentangkan olih Perdana Menteri pada hari jumaat lalu ia lah 'Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi'.

Dua isu yang bangkit daripada thema ini ia lah 1) Transformasi, dan 2) Pendapatan Tinggi.

Transformasi merupakan satu process. Dan dalam konteks negara kita , transformasi  di sini bermaksud,  mengatasi masalah stukutur yang menjadi cabaran dan penghalangan utama kepada persaingan ekonomi Malaysa  dengan negara-negara lain.

Pada masa kini, Malaysia menghadapi beberpa cabaran critical: a) middle income trap, b) brain drain, c) kehilangan daya saing, d) jurang kekayaan yang semakin besar di antara golongan orang kaya dan miskin.

Kerajaan pada awal tahun ini memberi commitment kepada rakyat bahawa  reforms atau transformasi akan di perkenalkan untuk mengatasi masalah struktur yang menjadi halagan utama dalan peperangan saingan di-antara negara negara atau global competitiveness.

Hakikat ekonimi negara kita ada-lah seperti berikut:

1) Pertumbuhan pelaburan sektor swasta hanya dua peratus pada purata di –antara tahun 2006 dengan 2010;

2) Nisbah hutang Isi Rumah kepada GDP telah tiba ke peringkat yang membimbangkan.  Bank Negara Malaysia lapurkan bahawa hutang Isi Rumah pada tahun 2009 telah meningkat ke 76.6 of GDP dari 63.9 peratus pada tahun 2008.  Ini bermaksud rakyat bergantung pada hutang untuk menanampung kos kehidupan yang tinggi, khusus nya pembelian rumah;

3) Penghijrahan cendekiawan (brain drain) yang unprecedented telah menyebabkan kehilangan modal manusia yang amat di perlu untuk memajukan ekonomi.  Khususnya, seramai  700,000 – profesional, pengurus-pengurus, akademik, penginovasi dan ahli-ahli sains telah meninggalkan negara ini ke tempat lain. Jumalah ini mewakili lebih kurang 3 peratus penduduk Malaysia.

4) Kajian Kementerian Sumber Manusia menunjukkan bahawa pendapatan atau gaji lebih kurang 34 peratus pekerja tempatan ia lah kurang daripada RM700. Ini bermaksud bahawa lebih kuang 430,000 pekerja tempatan menerima gaji bulanan kurang daripada paras miskinan ia-itu RM 720. Tambahan pula, sebanyak 36.8 percent pekerja tempatan menerima gaji gaji sejumalah RM 700 hingga RM 1,499 untuk sebulan. Fenomena ini menunjukkan bahawa, lebih daripada 70 peratus pekerja negara kita menerima gaji kurang daripada RM 1500. Pada masa yang sama trend gaji menunjukan annual 2.6% growth dalam 10 tahun yang lalu.

 

Tuan yang di pertama,

Kerajaan memang sedar keadaan tenat ini.

Olih kerana itu, beberapa langkah telah di ambil, seperti  New Economic Modal (NEM); NKRA, ETP, GTP dan lain.

Malah, kerajaan telah mengadakan beberap lab untuk menolong merangka effective solutions untuk mengatasi masalah ekonomi Malaysia.

Kerajaan juga telah mengunakan pakar-runding antara-bangsa seperti Boston Consulting, McKinsey and Ethos dengan kos sebanyak RM 23 juta untuk menjanakan pandangan baru.

Tetapi, jelas kepada semua bahawa belanjawaan 2011 tidak mewakili hasrat untuk transformasi ekonomi dan ini menunjukkan bahawa, bahawa kerajaan tidak commitmet kepada perubahan yang di hebohkan dan di warwarkan.

Ini ada lah sebab:

a)      Daripada jumlah budget sebanyak RM 213 billion, perbelanjaan pengurusan merangkumi 76.1 peratus (RM 162.81 billion) dan perbelanjaan pembangunan hanya 23.9 peratus  (51.8 billion).  Ini bermaksud bahawa untuk setiap ringgit yang di belanja dalam belanjawaan ini 75 sen akan di gunakan untuk pengurusan civil service,  pembayaran hutang kerajaan dan lain lain. Perbelanjaan pengurusan di-katakan tidak productif.  Manakala, hanya 25 sen akan di gunakan untuk kerja kerja pembangunan rakyat.  Maka, dalam belanjawan 2011, ¾ wang di peruntukan kepada  kegiatan tidak producktif.

 

b)      Pelaburan Swasta:

 

(i)                  Fokus belanjawan 2011 ia lah untuk mendaya kembali pelaburan swasta.  Strategi  yang di gariskan untuk menarik balik pelaburan swasta dalam dan luar negri ada lah dengan project pembinaaan lebuh raya, MRT, dan pembinaan Menara Warisan yang akan menelan wang lebih kurang RM 5 billion ringgit. Saya percaya, untuk mendaya kembali pelaburan swasta, kerajaan harus praktikan open tender, ketelusan dalam hal ehwal kerajaan, sistem kehakiman yang  independent,  membasmikan kroni kapitalsme dan rasuah. Isu isu ini tidak di sentuh dalam belanjawaan 2011.

(ii)                Tuan Yang Di Pertua – sesuatu ekonomi mesti menjana  dan mengagihkan kekayaan. Tetapi dengan pendekatan projek mega sebagai strategi  pembangunan ekonomi, maka, kita kembali menyokong ekonomi penyewa atau rentier ekonomi. Strategi pembangunan yang utamakan mega-project hanya akan menolong kroni-kroni dan bukan rakyat jelata. Malah, jurang  kekayaan akan merosot di antara orang kaya dan pekerja miskin dan hasrat kerajaan untuk menudjukkan pendapatan tinggi, tidak akan di capai.

 

c)      Brain Drain:

 

(i)             Kerajaan cadang untuk membentuk Talent Corp sebagai satu strategi untuk kembalikan rakyat Malaysia yang kerja dan tinggal di luar negara khusus nya di negara Singapura. Tuan Yang di Pertua, rakyat Malaysia memang hendak pulang ke tanahair dan menyumbang untuk pembangunan negara. Tetapi, ada kah keraajaan sedia untuk mebuat perubahan untuk terima maereka balik? Dalam satu temu-ramah dengan seorang pakar sains  yang hendak pulang ke tanah-air dengan akhbar tempatan, pakar sains itu mengatakan bahawa beliau telah beberapa kali memanggil univestiti tempatan untul mengertahui  status permohanan tetapi jawapan dari pehak university ada-lah sama: ia-itu : "My application was being processed". Pakar sains ini tunggu untuk permohanan beliau di process untuk 10 bulan sebelum membuat keputusan untuk kerja di negara lain.

 

(ii)            Satu lagi isu yang penghalang golongan ini untuk pulang-balik ia-lah sistem pendidikan yang kurang cemerlang di Malaysia untuk anak anak mereka. Tambahan pula, golongan ini hendak kerajaan untuk praktikkan sistem meritocracy, ketelusan dalam hal ekonomi, politik, pentadbiran kerajaan dan peluang yang sama untuk semua. Kumpulan ini juga hendak, carrier development dan prospects for promotion untuk mereka tidak di halang olih dasar kerajaan. Dalam, kata lain golongan cendikawan ini memerlukan satu komitment daripada kerajaain bahawa kepentigan dan hak mereka akan di pelihara. Belanawan 2011 tindak menyentuh dasar-dasar yang akan di tukar untuk menyakinkan golongan cerdik-pandai ini.

 

(iii)          Semalam media tempatan menyiarkan berita bahawa anak negara ini yang lahir di  Ipoh bernama Tan Zhong Shan menjadi  top law student di  Univesriti  Cambridge.  Malah, dekan univesiti Queens College berkata bahawa Tan Zhong Shan is "probably the best Malaysian student I have seen in the last 10 years." Tetapi, malang nya Tan tidak akan pulang balik ke Malaysia, tetapi akan pergi terus ke Singapura untuk berkerja. Ini ada lah kerena pendidikan Tan di biyayi on Kementerian Pendidikan Singapura.  Needless to say, that is a great loss for Malaysia.

 

d) Kualiti Pendidikan yang Merosot:

 

Apa kah status pendidikan menengah di Malaysia berbanding dengan negara-negara membangun yang lain? Satu perbandingan antarabangsa yang menilai prestasi dalam mataplelajaran matematik dan sains di kalangan pelajar Tingkatan empat menunjukkan bahawa pendidikan di sekolah kita telah merosot  berbanding dengan negara-negara sedang membangun lain seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan China dan Singapura.

 

Perbandingan antarabangsa yang di maksudkan ia lah Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS). Penilaian untuk matapelajaran matematik menunjukkan bahawa skor purata Malaysia jatuh dari 519 dalam tahun 1999 kepada 474 dalam 2007, sedikit di bawah 475 tanda aras atas passing trash hold point. Hanya 18 peratus pelajar Malaysia mencapai skor yang tinggi ia itu 550.  Tetapi, pelajar-pelajar di negara-negara lain mencapai 60 peratus kejayaan untuk penilain yang sama. . Keadaan ini sama dalam penilaian mata-pelajaran sains. Penilaian ini jelas menunjukkan bahawa prestasi sekolah tersungkur dalan jangka masa sepuluh tahun yang lalu. Dan keadaan ini akan menjadi satu halangan yang serius dalam bekalan kualiti pelajar untuk latihan tahap tinggi dalam sains, kejuruteraan dan teknologi.

 

e)      Hutang negara dan isi rumah melambung tinggi:

 

(i)                 Menurut Lapuran Ekonomi Kementerian Kewangan 2010/11 hutang negara akan naik sebanyak 12.6 peratus ia-itu dari RM362.4 billion pada tahun 2009 ke  RM 408.2 billion pada tahun 2010. Ini bermaksud bahawa setiap warganegara – warga emas, belia, suri-rumah tangga dan anak yang baru lahir akan di bebankan dengan hutang sebanyak RM 15,118 sehingga akhir tahun ini.  Sehingga ini, kerajaan belum lagi gariskan langkah-langkah untuk kawal hutang kerajaan.

(ii)               Angka- angka Bank Negara Malaysia terkini menunjukkan bahawa hutang isi rumah tangga telah cerca tahap bahaya, ia-itu 76.6 peratus GDP untuk tahun 2009. Angka ini ada lah tertinggi di Asia. Satu lagi rekod untuk Malaysia.  Malaysia mencatat satu rekod baru  Fenomena ini menunjukkan bahawa keluarga-keluarga kita tidak dapat menampung kehidupan seharian tanpa pinjaman daripada bank atau Ah Long atau menerusi kad kredit. Di-akhir tahun 2009, di anggarkan bahawa sembilan juta kad kredit telah di keluarkan olih institusi kewangan.  Masalah hutang ini lah yang bawa maut di Amerika Syarikat dengan masalah sub-prime mortage crisis. Dalam konteks ini saya cadang bahawa kerajaan mencari jalan untuk mengawal kegunaan kad kredit dan juga mengawal supaya property bubble does not develop, termasuk spekualasi dalam sector perumahan di kawal.

(iii)             Tuan Yang di Pertua, kalau isu hutang tidak dapat dikawal, dan dengan kemungkinan pertumbuhan ekonomi lembap pada tahun depan, ia boleh menterjemahkan ke dalam rakyat tidak dapat bayar hutang dan implikasi pada bank-bank ada lah serius.

 

 

f)        Gaji Minima:

(i) Kerajaan juga memutuskan supaya memperkenalkan gaji minima untuk beberapa kategori pekerja khusus nya pegawai keselamatan. Untuk kategori ini, kerajaan telah tetapkan gaji pokok minima kepada RM 500 hingga RM 700. Tuan Yang Di Pertua, soal di depan kita ia-lah ada-kah jumlah ini ia-itu RM 500 hingga RM 700 cukup untuk menampung sesaorang di mana mana tempat, khusus nya di bandar bandar utama di mana, kos kehidupan nya tinggi. Saya percaya, Kementerian Sumber Manusia tidak faham apa itu gaji minima. Gaji pokok minima untuk pegawai keselematan ada lah kurang daripada paras garis kemiskinan. Tambahan lagi, gaji minima yang di kemukakan ini ada gaji yang di terima olih pegawai keselamatan pada masa kini. Dan kerajaan tidak harus mengunakan prevailing wages untuk menentukan gaji minima.

 

(ii) Tuan Yang Di Pertua – pekerja pekerja tempatan memerlukan gaji kehidupan (living wages) dan bukan  gaji  kemiskinan masquarding sebagai gaji minimum.  Saya cadang bahawa garis gaji minimia di tetapkan between RM 1500 dan RM 2000. Pada pandangan saya, ini ada lah setimpal dengan kos kehidupan di Bandar-bandar utama.

 

 

Tuan Yang Di Pertua,

Jelas slogan transformasi  hanya retorik semata-mata.

Dalam kata lain, kerajaan mengatakan bahawa "ya kita memang sedar bahawa ekonomi Malaysia mengahadapi masalah yang kritikal tetapi cara Barisan Nasional  mengatasi nya ia lah dengan mega-projek.

Ini ada lah strategi yang salah ia-itu menutup masalah struktur dengan mega-project.

Dengan cara ini, Tuan Yang di Pertua, we have postponed addressing our problem to another day dan sekarang kita menunggu bila selesema akan tukar menjadi pneumonia berbahaya dan kemudiannya dihantar ke Intensive Care Unit untuk di bedah.

What is good for UMNO is toxic for Malaysia. Ini ada lah bajet yang akan letak Malaysia sebagai negara mambangun untuk selama lama nya.

Saya cadang bahawa kerajaan ulang kaji cadangan untuk membina bangunan Warisan Merdeka yang akan menelan RM 5 billion. Ini ada lah sebab hartanah komersial yang sedia-ada di- Kuala Lumpur tidak menikmati kependudukan penuh (full occupancy)  dan bangunan baru ini mungkin akan mengakibatkan 'property glut'.

Saya percaya wang sejumlah ini bolih di gunakan lebih efektif demi kepentingan rakyat. Wang itu di gunakan untuk membina public housing, pengangkuatan awan yang cekap dan affordable dan pembinaan hospital  dan biasasiwa kepada penuntut miskin dan membasmi kemiskinan.

 

Tuan Yang Di Pertua –

Saya hendak bangkit satu lagi isu rakyat yang hangat di bincangkan di Selangor, ia-itu penstkturan pengurusan air di negeri Selangor. Khusus nya, saya hendak bangkit tiga soalan untuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

 

a)      Apa kah  cadangan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menyelesaikan isu air di negeri  Selangor;

b)      Adakah kerajaan komited kepada Water Serives Industries Act yang jelas memperkenalkan u pendekatan holistik untuk pengurusan air di negara in. Ini ada lah kerana beberpa lapuran telah muncul di mana kerajaan bersedia abandon  pendekatan holistik untuk menyokong  syarikat-syarikat air yang dekat dengan UMNO.

c)      Mengapa kah, kerajaan masih menyimpan lapuran audit 2006 yang di gunakan untuk justify peningkatan tariff air sebanyak 15 peratus  di bawah Akta Rahsia.  Bukan kah masa dah sampai untuk kerajaan menjadi telus dan accountable kepada rakyat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan