Isnin, 13 September 2010

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE


Pendirian DAP Johor Terhadap Hudud

Posted: 12 Sep 2010 07:24 AM PDT


KENYATAAN BERSAMA
Dr BOO CHENG HAU, ADUN SKUDAI
ONG KOW MENG, ADUN SENAI
pada 7 September 2010

Akhbar Sinar 5hb September 2010 telah menerbitkan di m/s J3 berita bertajuk "Hudud : DAP Sambut Baik".

Kami dengan ini ingin menjelaskan bahawa berita yang disiarkan tidak memaparkan pandangan menyeleluruh kami terhadap soalan yang diajukan pemberita suratkhabar Sinar.

Kami ingin menjelaskan bahawa pendirian DAP adalah kami berpegang teguh kepada perlembagaan negara dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan negara.  Apa-apa perubahan dan atau pindaan termasuk system perundangan yang  memerlukan persetujuan Dewan Rakyat. Selanjutnya isu perlaksanaan Hudud juga tidak termasuk dalam Common Policy Framework Pakatan Rakyat.

Akhirnya, adalah pendirian kami bahawa jenayah boleh dicegah dan ditangani tanpa tanpa perubahan kepada system perundangan yang sedia ada sekiranya undang-undang yang sedia ada sekiranya dikuatkuasakan secara adil, saksama dan telus.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan